Aller au contenu principal

Ab Halim Tamuri


Ab Halim Tamuri


Dato' Dr. Ab. Halim bin Tamuri (lahir 9 Oktober 1967) ialah seorang ahli akademik di Malaysia. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan Islam di Pusat Kajian Kepimpinan dan Polisi Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau telah dilantik menjadi Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bermula 1 Julai 2013 hingga 30 Jun 2021. Beliau telah dilantik menggangotai Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKKDPN) di bawah Menteri Pendidikan Malaysia, Maszlee Malik pada Oktober 2018 hingga April 2019.

Kehidupan awal dan pendidikan

Ab Halim Tamuri dilahirkan pada 9 Oktober 1967 di Tanjung Karang, Selangor. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris Tanjung Karang (1974-1979), dan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang (1980-1983) dan Kolej Islam Klang (1984-1985). Kemudian, beliau melanjutkan pengajian STPM di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam (1986).

Di peringkat pengajian tinggi, beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) di UKM (1987-1991), Diploma Pendidikan UKM (1993-1995), Sarjana Pendidikan Islam (M.Litt) (1995-1997) dan ijazah kedoktoran dalam Pendidikan Islam (2000) di Universiti Birmingham, United Kingdom.

Anugerah dan pengiktirafan

Anugerah Maulidur Rasul

  • Anugerah Maulidur Rasul Negeri Selangor - Anugerah Imam Al-Ghazali - 2015

Darjah kebesaran

  • Selangor
    • Darjah Kebesaran Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) - Dato' (2010)

Pautan luar

  • Penerbitan Ab Halim Tamuri diindekskan oleh Google Scholar
  • Ab Halim Tamuri di Google Books
  • Ab Halim Tamuri di ResearchGate
  • Ab Halim Tamuri di UKM Sarjana

Rujukan

Giuseppe Zanotti Luxury Sneakers


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Ab Halim Tamuri by Wikipedia (Historical)


INVESTIGATION