Aller au contenu principal

Fedor von Bock


Fedor von Bock


Moritz Albrecht Franz Friedrich Fedor von Bock (3 Disember 1880 – 4 Mei 1945) ialah seorang Fil Marsyal (Generalfeldmarschall) tentera darat Jerman yang berkhidmat dalam Perang Dunia Kedua. Oleh kerana sebagai pemimpin yang memberi ceramah kepada askar-askarnya tentang kebaikkan berkorban untuk tanahair Jerman, beliau telah digelar "Der Sterber" (secara literal, tidak jelas dan ironinya bermaksud: "The Dier", "The Grim Reaper" atau "Malaikat Maut"). Bock bertugas sebagai Panglima Kumpulan Tentera Darat Utara dalam Pencerobohan Poland pada tahun 1939, Panglima Kumpulan Tentera Darat B dalam Pencerobohan Perancis pada tahun 1940, Panglima Kumpulan Tentera Darat Tengah dalam serangan keatas Kesatuan Soviet pada Jun 1941 dan kemudian sebagai Panglima Kumpulan Tentera Darat Selatan pada Januari 1942; jawatan pemerintahannya yang terakhir ialah Kumpulan Tentera Darat B pada Julai 1942. Bock adalah salah seorang dari 12 Jeneral yang dinaikkan pangkat dalam Upacara Fil Marsyal 1940 dan merupakan pegawai kanan ke-4 dalam senioriti Tentera Darat Jerman.


Bock terkenal kerana Operasi Typhoon iaitu satu percubaan yang gagal untuk menawan Moscow semasa musim sejuk tahun 1941. Penyerangan Jerman telah diperlahankan oleh tentangan sengit Soviet disekitar bandar Mozhaisk, dan juga oleh Rasputitsa, iaitu musim hujan dan lumpur di Rusia. Sebaik saja musim sejuk Rusia melanda dengan teruk, yang paling sejuk dalam masa lebih 50 tahun, pasukan tentera darat Jerman dengan cepat tidak boleh melakukan lagi operasi pertempuran, dengan lebih banyak askar terkorban disebabkan oleh cuaca sejuk berbanding dari pertempuran. Penyerangan balas cepat Soviet memaksa tentera Jerman berundur, dan Bock - yang meminta pengunduran awal - kemudian telah dipecat oleh Adolf Hitler.

Seorang pegawai lama dalam tentera darat Jerman, Bock telah dianggap sebagai jeneral yang sangat "meminati buku". Beliau juga mendapat reputasi sebagai seorang pensyarah yang berapi-api, memberikan beliau gelaran "Holy Fire of Küstrin" ("Api Suci dari Kustrin"). Bock bukanlah dianggap ahli teori yang pintar, tetapi mempunyai sifat keazaman yang kuat, merasakan bahawa kemuliaan yang paling besar bagi askar Jerman adalah berkorban di medan perang demi tanahair.

Pendukung sistem pemerintahan beraja, Bock secara peribadi tidak menyukai fahaman Nazi dan tidak pernah terlibat langsung dalam politik. Bagaimanapun, beliau juga tidak bersimpati dengan rancangan untuk menggulingkan Hitler dan tidak pernah mempersoalkan layanan buruk orang awam oleh pihak Schutzstaffel (SS). Bock juga lantang bersuara, satu keistimewaan yang Hitler berikan padanya hanya kerana beliau pernah berjaya dalam pertempuran. Bock - bersama-sama dengan isteri dan anak perempuan tunggalnya - telah terbunuh dalam satu serangan tembakan pesawat pejuang tempur British pada 4 Mei 1945 sewaktu mereka menaiki kereta kearah Hamburg.

Tarikh kenaikkan pangkat

  • Fähnrich - 15 Mac 1898
  • Sekondeleutnant - 1 Mei 1898
  • Oberleutnant - 10 September 1908
  • Hauptmann - 22 Mac 1912
  • Major - 30 Disember 1916
  • Oberstleutnant - 18 Disember 1920
  • Oberst - 1 Mei 1925
  • Generalmajor - 1 Februari 1929
  • Generalleutnant - 1 Mac 1929
  • General der Infanterie - 1 Mac 1935
  • Generaloberst - 15 Mac 1938
  • Generalfeldmarschall - 19 Julai 1940

Anugerah kebesaran

  • Darjah Mahkota Prusia Kelas 4: 13 September 1911
  • Pingat Kepujian Tentera Austria-Hungary Kelas 3 berserta Bintang Perang: 24 Jun 1915
  • Iron Cross (1914) Kelas 1: 30 Oktober 1916
  • Iron Cross (1914) Kelas 2: 18 September 1914
  • Pingat Kehormatan Darjah Kerabat Putera Hohenzollern Kelas 3 berserta Pedang: Oktober 1914
  • Pingat Kesatria Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern berserta Pedang: 25 Oktober 1917
  • Darjah Mahkota Besi Austria Kelas 3 berserta Bintang Perang: 9 Februari 1917
  • Pingat Kepujian Perang Grand Duke Mecklenburg-Schwerin Kelas 2: 3 Ogos 1917
  • Salib Hanseatic Hamburg: 19 September 1917
  • Salib Hanseatic Bremen: 30 Januari 1918
  • Pingat Kesatria Kelas 1 Darjah Singa Zahringer Grand Duke Baden berserta Pedang: 10 Januari 1918
  • Pingat Kesatria Darjah Mahkota Wurttemberg berserta Pedang: 25 Januari 1918
  • Pour le Merite: 1 April 1918
  • Pingat Komander Darjah Kepujian Tentera Bulgaria: 2 Ogos 1918
  • Pingat Khidmat Lama Prusia: Mac 1920
  • Medal Helang Silesia Kelas 1 dan Kelas 2: 15 April 1921
  • Pingat Kehormatan Pejuang: 14 Disember 1934
  • Pingat Khidmat Lama Angkatan Tentera Kelas 4 hingga Kelas 1: 2 Oktober 1936
  • Daun Oak bagi Pingat Khidmat Lama Angkatan Tentera Kelas Khas: 12 September 1939
  • Medal Peringatan Anschluss: 21 November 1938
  • Medal Peringatan Sudetenland
  • Darjah Mahkota Yugoslavia Kelas 1: 1 Jun 1939
  • Lencana Iron Cross (1939) Kelas 1 dan 2: 22 September 1939
  • Knight Cross of the Iron Cross: 30 September 1939
  • Pingat Utama Darjah Mahkota Itali: 27 Ogos 1940
  • Darjah Michael the Brave Romania Kelas 3 dan Kelas 2: 29 Julai 1942
  • Darjah Michael the Brave Romania Kelas 1: 1 September 1942
  • Pingat Utama Darjah Kepujian Diraja Hungary berserta Pedang: 27 November 1942
  • Nama Bock disebut empat kali dalam Wehrmachtbericht (Laporan Kemajuan Angkatan Tentera) iaitu pada 7 Ogos 1941, 19 September 1941, 18 Oktober 1941 dan 30 Mei 1942. Ini membolehkan beliau tersenarai dalam Daftar Kehormat Tentera Darat Jerman. (Orang-orang atau unit-unit tentera yang disebut dalam Wehrmachtbericht dianggap satu penghormatan besar tentera dan dipandang tinggi)

Lihat juga

Fil Marsyal dan Laksamana Besar Jerman

  • Hermann Goering (kemudian Marsyal Empayar)
  • Werner von Blomberg
  • Erich Raeder
  • Gerd von Rundstedt
  • Wilhelm Ritter von Leeb
  • Walther von Brauchitsch
  • Wilhelm Keitel
  • Walther von Reichenau
  • Erwin von Witzleben
  • Gunther von Kluge
  • Albert Kesselring
  • Hugo Sperrle
  • Wilhelm List
  • Erhard Milch
  • Eduard Freiherr von Bohm-Ermolli
  • Erwin Rommel
  • Georg von Kuchler
  • Erich von Manstein
  • Friedrich Paulus
  • Ernst Busch
  • Ewald von Kleist
  • Maximilian Freiherr von Weichs
  • Karl Donitz
  • Wolfram Freiherr von Richthofen
  • Walter Model
  • Ferdinand Schorner
  • Robert Ritter von Greim

Rujukan


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Fedor von Bock by Wikipedia (Historical)