Aller au contenu principal

Wilhelm Ritter von Leeb


Wilhelm Ritter von Leeb


Wilhelm Josef Franz Ritter von Leeb (5 September 1876 – 29 April 1956) ialah seorang Fil Marsyal (Generalfeldmarschall) Jerman semasa Perang Dunia Kedua, pernah berkhidmat dengan tentera darat Bavaria dan Reichswehr. Adik bongsu beliau, Jeneral Emil Leeb juga berkhidmat dalam Perang Dunia II sebagai Ketua Pejabat Ordnans Tentera Darat Jerman. Leeb menjadi salah seorang dari 12 Jeneral yang dinaikkan pangkat dalam Upacara Fil Marsyal 1940 dan merupakan pegawai kanan ke-5 dalam senioriti Tentera Darat Jerman.

Semasa bertugas dalam Perang Dunia I, beliau telah dianugerahkan Darjah Tentera Bavaria Max Joseph kerana menunjukkan keberanian luar biasa dan untuk itu Wilhelm Leeb diangkat menjadi bangsawan dengan menambah gelaran "Ritter von" pada namanya, tetapi Wilhelm Ritter von Leeb tidak boleh mewariskan gelaran ini kepada anak cucu-cicitnya.

Leeb bertugas sebagai Panglima Kumpulan Tentera Darat C yang mengawal Tembok Barat (Garis Maginot) serta kawasan sempadan Belgium dan Belanda pada tahun 1939, beliau juga terlibat dalam pertempuran Perancis pada tahun 1940 dan kemudian sebagai Panglima Kumpulan Tentera Darat Utara dalam serangan keatas Kesatuan Soviet pada tahun 1941. Leeb dianggap pakar peperangan defensif dan dilihat terkeluar daripada kemampuannya apabila diberi mengarah Kumpulan-Kumpulan Panzer. Beliau melakukan yang terbaik di Perancis dan telah diganjarkan pangkat fil marsyal, akan tetapi beliau pasti akan dapat menawan bandar Leningrad jika Adolf Hitler tidak masuk campur.

Tidak seperti beberapa orang rakan sezamannya, beliau dilihat bersih dari sebarang skandal. Beliau muncul menjadi seorang perajurit berdedikasi serta berbakat sebagai pakar defensif namun tidak digunakan apabila ia sangat diperlukan. Kadangkala di Rusia beliau berlengah-lengah untuk membuat keputusan menyerang. Leeb adalah seorang yang kuat beragama dan tidak menyukai Parti Nazi. Selaku Kolonel Kehormat Rejimen 7 Artileri, beliau berhak memakai uniform rejimennya. Leeb adalah pemerintah pasukan-pasukan tentera darat yang membuat serangan pantas keatas Leningrad, hanya dihentikan tiba-tiba oleh Hitler dan gagal kerana kebuntuan musim sejuk. Beliau meminta untuk dilepaskan jawatan dan selepas Januari 1942 menghabiskan masa saki baki peperangan dengan persaraan. Leeb muncul sebagai seorang pegawai yang baik dan budiman, yang tidak berhak menerima hukuman penjara selama tiga tahun.

Tarikh kenaikkan pangkat

  • Sekondeleutnant - 3 Mac 1897
  • Oberleutnant - 13 Mei 1905
  • Hauptmann - 7 Mac 1912
  • Major - 19 Mei 1916
  • Oberstleutnant - 28 Disember 1920
  • Oberst - 1 Februari 1925
  • Generalmajor - 1 Februari 1929
  • Generalleutnant - 1 Disember 1929
  • General der Artillerie - 1 Januari 1934
  • Generaloberst sementara - 28 Februari 1938
  • Generaloberst - 1 November 1939
  • Generalfeldmarschall - 19 Julai 1940

Anugerah kebesaran

  • Iron Cross (1914) Kelas 1 dan 2
  • Medal Jubli Putera Raja Luitpold Bavaria
  • Salib Hanseatic Hamburg
  • Salib Hanseatic Bremen
  • Darjah Kepujian Tentera Bavaria Kelas 3 berserta Pedang
  • Pingat Kesatria Kelas 1 Darjah Albert Saxony berserta Pedang
  • Pingat Kesatria Darjah Mahkota Wurttemberg berserta Pedang
  • Pingat Kesatria Darjah Tentera Max Joseph Bavaria: 2 Mei 1915
  • Salib Kepujian Tentera Grand Duke Mecklenburg-Schwerin Kelas 2
  • Darjah Mahkota Besi Austria Kelas 3 berserta Bintang Perang
  • Medal Bulan Sabit Besi (Bintang Gallipoli) Turki
  • Pingat Kesatria Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern berserta Pedang
  • Pingat Khidmat Lama Bavaria Kelas 2
  • Pingat Kehormatan Pejuang (1934)
  • Pingat Khidmat Lama Angkatan Tentera Kelas 4 hingga Kelas 1
  • Daun Oak bagi Pingat Khidmat Lama Angkatan Tentera Kelas Khas
  • Lencana Pemimpin Pasukan Gunung
  • Medal Peringatan Sudetenland berserta Bar Istana Prague
  • Pingat Semat Iron Cross (1939) Kelas 1 dan 2
  • Knight Cross of the Iron Cross: 24 Jun 1940

Lihat juga

Fil Marsyal dan Laksamana Besar Jerman

  • Hermann Goering (kemudian Marsyal Empayar)
  • Werner von Blomberg
  • Gerd von Rundstedt
  • Erich Raeder
  • Fedor von Bock
  • Walther von Brauchitsch
  • Wilhelm Keitel
  • Walther von Reichenau
  • Erwin von Witzleben
  • Gunther von Kluge
  • Albert Kesselring
  • Hugo Sperrle
  • Wilhelm List
  • Erhard Milch
  • Eduard Freiherr von Bohm-Ermolli
  • Erwin Rommel
  • Georg von Kuchler
  • Erich von Manstein
  • Friedrich Paulus
  • Ernst Busch
  • Ewald von Kleist
  • Maximilian Freiherr von Weichs
  • Karl Donitz
  • Wolfram Freiherr von Richthofen
  • Walter Model
  • Ferdinand Schorner
  • Robert Ritter von Greim

Rujukan

  • David Glantz, "The Battle for Leningrad", 1941–1944, Lawrence, KS, 2002.
  • Kemp, Anthony (1990 reprint). German Commanders of World War II (#124 Men-At-Arms series). Osprey Pub., London. ISBN 0-85045-433-6.
  • Mitcham, Samuel (2003). Hitler's Commanders.
  • Pavlov, Dmitri V. Leningrad 1941: The Blockade. Translated by John Clinton Adams. Chicago: The University of Chicago Press, 1965.


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Wilhelm Ritter von Leeb by Wikipedia (Historical)