Aller au contenu principal

Bebaskan (lagu Disney)


Bebaskan (lagu Disney)


Templat:Use mdy dates

"Bebaskan" atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai "Let It Go" merupakan lagu daripada filem animasi 2013 terbitan Disney, Frozen: Anna & Permaisuri Salji. Muzik dan seni kata lagu tersebut digubah dan ditulis oleh Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez. Lagu didalam filem tersebut dipersembahkan oleh penyanyi dan pelakon dari Amerika Syarikat, Idina Menzel dalam peranannya sebagai Permaisuri Elsa.

Lagu ini tampil selepas Elsa yang dipulaukan meninggalkan kerajaannya setelah kuasa ajaibnya diketahui oleh orang ramai. Menyedari bahawa dia tidak perlu menyembunyikan kebolehan kuasa aisnya, Elsa menganggap bahawa dirinya bebas daripada halangan-halangan yang pernah dia hadapi ketika zaman kanak-kanaknya dan bergembira dengan kuasanya tanpa rasa takut.

Penggubahan

Lagu "Bebaskan" adalah lagu pertama yang ditulis oleh Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez untuk filem. Mereka berdua mengambil inspirasi daripada filem-filem Disney yang lain seperti The Little Mermaid (Si Duyung Kecil) dan Beauty and the Beast (Si Cantik dan Si Binatang) serta beberapa artis lain seperti Adele, Aimee Mann, Lady Gaga, Avril Lavigne dan Carole King. Walaupun tidak disengajakan, gubahan lagu tersebut adalah penting untuk watak Permaisuri Elsa. Pada asalnya ditulis sebagai watak jahat, Chris Buck dan Jennifer Lee secara berperingkat menulis semula watak Elsa sebagai salah seorang protagonis dalam filem itu.

"Bebaskan" ditulis dalam A♭ major dan walau bagaimanapun, lagu tersebut bermula dengan F minor sehingga Menzel memulakan rangkap kedua ("Don't let them in, don't let them see" Jangan sampai mereka tahu) dalam E♭ miksolidian. Akhirnya, selepas pindaan nada yang pendek, korus dilancarkan ke dalam A♭ major yang asal untuk selebihnya kecuali bahagian perangkai yang dinyanyikan dalam D♭ miksolidian dan E♭ miksolidian. Lagu ini adalah dalam fast 4 dan mempunyai tempo sekitar 137 bit setiap minit. Julat vokal Menzel dalam lagu itu menjangkau daripada F3 sehingga E♭5.

Penerimaan pengkritik

Lagu "Bebaskan" menerima banyak pujian daripada para pengkritik filem, muzik dan penonton dengan sesetengah daripada mereka membandingkan lagu ini dengan "Defying Gravity" (Menentang Graviti) yang turut dipersembahkan oleh Menzel. Menurut Akhbar The Rochester City menyebutnya sebagai lagu terbaik dalam runut bunyi filem dengan menulis: "Dipersembahkan dengan penuh semangat oleh Idina Menzel, ia mempunyai setiap unsur yang diperlukan untuk menjadi lagu kegemaran yang berkekalan...Menzel perlu diberi pujian kerana memberikan usaha dan keghairahan kepada persembahan ini seperti yang beliau lakukan dalam peranannya yang paling terkenal." Marc Snetiker dari majalah Entertainment Weekly menggambarkan lagu ini sebagai "sebuah lagu kebebasan yang luar biasa" manakala Joe Dziemianowicz dari The New York Daily News menganggapnya sebagai "suatu penghormatan yang penuh semangat kepada kuasa perempuan dan perlu melepaskan rasa takut dan malu". Lagu ini juga menjadi lagu tema paling laris di Korea Selatan.

Pengiktirafan

Carta dan pengiktirafan

Versi single

Keputusan untuk melancarkan single "Bebaskan" dibuat selepas lagu itu ditulis dan dipersembahkan kepada Disney. Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez memilih penyanyi dan bekas bintang Disney Channel, Demi Lovato untuk menyanyikan lagu tersebut bagi album runut bunyi.

Pelancaran

Lagu "Bebaskan" versi Demi Lovato dilancarkan sebagai single pada 21 Oktober 2013 oleh syarikat Walt Disney Records manakala video muzik lagu itu pula dikeluarkan 1 November 2013 dan ia diarahkan Declan Whitebloom.

Carta

Bahasa lain

Selain versi single oleh Demi Lovato, lagu ini juga dialih suara kepada 25 buah bahasa dan loghat lain di seluruh dunia manakala bagi versi filem pula, ia dialih suara kepada 42 bahasa dan dialek.

Collection James Bond 007

Rujukan

Pautan luar

  • (Inggeris) Disney's Frozen "Let It Go" Sequence Performed by Idina Menzel
  • (Inggeris) Demi Lovato - Let It Go (from "Frozen") [Official]
  • (Melayu) Frozen "Bebaskan" by Marsha Milan Londoh
  • Disney's Frozen - Let It Go - Multi Language

Templat:Idina Menzel


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Bebaskan (lagu Disney) by Wikipedia (Historical)



INVESTIGATION