Aller au contenu principal

Pilihan raya umum presiden Indonesia 2014


Pilihan raya umum presiden Indonesia 2014



Pilihan raya umum presiden Indonesia ke-3 diadakan pada 9 Julai 2014 dan mempertandingkan bekas jeneral Prabowo Subianto melawan gabenor Jakarta, Joko Widodo; presiden semasa Susilo Bambang Yudhoyono telah mencapai maksimum dua penggal jawatan. Pada 22 Julai Komisi Pemilihan Umum mengumumkan kemenangan Joko Widodo. Beliau dan naib presidennya, Jusuf Kalla, dijangka akan mengangkat sumpah jawatan pada 20 Oktober 2014, bagi penggal 5 tahun.

Menurut undang-undang pilihan raya 2008, hanya parti atau parti campuran yang mengawal 20% kerusi DPR atau memenangi 25% undi popular dalam pilihan raya umum parlimen 2014 layak mengemukakan calon. Undang-undang ini telah dicabar di Mahkamah Konstitusi Indonesia, namun pada akhir Januari 2014 Mahkamah memutuskan yang syarat itu akan kekal bagi pilihan raya ini. Tiada parti yang melepasi ambang ini pada pilihan raya 2014, jadi dua parti campuran dibentuk. Presiden semasa Susilo Bambang Yudhoyono secara rasminya berkecuali namun Parti Demokratnya cenderung terhadap gabungan Prabowo Subianto.

Parti politik

Calon presiden dicalonkan secara individu (bersama dengan calon naib presiden sebagai teman); bagaimanapun, sokongan daripada parti politik memainkan peranan dalam menentukan keputusan.

  • Pada 2004, 24 parti menyertai pilihan raya nasional dan 16 mendapat jumlah kerusi yang cukup untuk diwakili di parlimen.
  • Pada 2009, 38 parti menyertai pilihan raya nasional dan 9 mendapat jumlah kerusi yang cukup untuk diwakili di parlimen.
  • Pada 2014, 12 parti menyertai pilihan raya nasional manakala 3 lagi hanya bertanding di Aceh. 12 parti tersebut ialah:
  • Secara rasmi, ketua Parti Demokrat dan presiden semasa Susilo Bambang Yudhoyono berkecuali dalam pilihan raya ini.

Keputusan rasmi

Rujukan

Pautan luar

  • (Indonesia) Berita dan video para calon presiden Pemilu 2014 Diarkibkan 2013-07-15 di Wayback Machine


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Pilihan raya umum presiden Indonesia 2014 by Wikipedia (Historical)


INVESTIGATION