Aller au contenu principal

Sukan Para ASEAN


Sukan Para ASEAN


Sukan Para ASEAN (Bahasa Inggeris: ASEAN Para Games) merupakan sebuah acara beraneka Sukan yang diadakan selepas setiap Sukan Asia Tenggara dan melibatkan atlet kurang upaya dari 11 negara Asia Tenggara. Atlet yang menyertai mempunyai pelbagai jenis kecacatan termasuk spastik, lumpuh otak, kecacatan pergerakan, kecacatan penglihatan, kecacatan anggota dan kecacatan intelektual. Sukan Para ASEAN dikawal selia oleh Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF, ASEAN Para Sports Federation) dan dipantau oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Jawatankuasa Paralimpik Asia dan secara tradisinya dianjurkan oleh negara yang mengadakan Sukan Asia Tenggara.

Sejarah

Pada Mei 2000, wakil dari negara-negara Asia Tenggara yang menghadiri Sukan Paralimpiad Malaysia di Kuala Lumpur, Malaysia mengadakan sebuah mesyuarat dan bersetuju untuk menubuhkan sebuah pertubuhan sukan kurang upaya. Sukan Para ASEAN dikonsepkan oleh Zainal Abu Zarin, presiden pengasas Majlis Paralimpik Malaysia. Rasional yang dicadangkan adalah sebuah acara sukan rantau akan diadakan selepas Sukan Asia Tenggara dan bantu Memupuk semangat persahabatan dan persefahaman antara orang kurang upaya kawasan ASEAN dan mengembalikan dan memperpadukan orang kurang upaya ke dalam masyarakat melalui sukan.

Sepuluh negara, Brunei, Myanmar, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam merupakan negara pengasas temasya tersebut. Negara-negara tersebut bersetuju untuk mengadakan temasya sukan tersebut setiap dua tahun pada 28 April 2001 dan Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) telah dibentukkan pada 23 Oktober 2001 dengan Pisal Wattanawongkiri, presiden Jawatankuasa Paralimpik Thailand yang mencadangkan nama temasya sukan tersebut, dipilih sebagai presiden pertamanya.

Negara yang menyertai

Senarai edisi Sukan Para ASEAN

  • 1Timor-Leste dimasukkan secara rasmi ke dalam temasya sukan, menambahkan bilangan negara ahli kepada sebelas.
  • 2Asalnya dirancangkan untuk diadakan di Laos.

Acara Sukan

  • Boccia, tempin boling, lumba parahu layar dan lawan pedang kerusi roda pernah ditunjukan pada Sukan Para ASEAN 2005.

Jadual pingat keseluruhan

Jadual di bawah merangkumi jumlah pingat yang dianugerahkan kepada semua Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan (NPC) negara anggota ASEAN yang mengambil bahagian sejak [[Sukan Para ASEAN 2023] baru-baru ini].

Lihat juga

  • Sukan Para Asia
  • Sukan Para Remaja Asia
  • Sukan Orang Pekak ASEAN
  • Sukan Asia Tenggara

Rujukan

Pautan luar

  • 6th ASEAN PARA GAMES 2011 Solo - Jawa Tengah Diarkibkan 2011-12-03 di Wayback Machine
  • 5th Asean Para Games official launch
  • SEAGames website Diarkibkan 2007-10-30 di Wayback Machine
  • 4th ASEAN ParaGames website
  • ASEAN Para Sports Federation Diarkibkan 2007-02-06 di Wayback Machine

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Sukan Para ASEAN by Wikipedia (Historical)


ghbass