Aller au contenu principal

Epoch Cassette Vision


Epoch Cassette Vision


Epoch Cassette Vision merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Epoch dan dilancarkan di Jepun pada 30 Julai 1981. Konsol ini boleh dikatakan memiliki alat pengawal yang agak pelik; empat tombol terbina di atas badan konsol, 2 pemain akan menggunakan 2 tombol (1 tombol untuk pergerakan mendatar dan 1 lagi tombol untuk pergerakan melintang), dan juga 2 butang untuk setiap pemain.


Sejarah

Sebelum pembangunan konsol Cassette Vision, syarikat Epoch sedang membangunkan konsol Super 10, yang merupakan versi kemaskini daripada konsol Super 10 terdahulu yang menggunakan cip logik tersambung secara fizikal. Versi kemaskini konsol Super 10 menggunakan cip mikropemproses NEC D777C yang digunakan dalam konsol Epoch yang lain seperti TV Baseball dan TV Vader. Namun begitu, pihak yang terlibat dalam pembangunan konsol Super 10 yang dikemaskini ini menyatakan bahawa cip mikropemproses NEC ini boleh juga digunakan dalam katrij berasingan dan konsol itu sendiri hanya memerlukan bekalan kuasa elektrik, alat pengawal dan sambungan output bagi video dan bunyi.

Disebabkan penemuan ini, Epoch menamatkan jualan konsol Super 10 yang dikemaskini, bagi memberi laluan kepada pembangunan sebuah konsol permainan video yang menggunakan katrij ROM boleh saling tukar sebagai medium permainan video. Penyelia dan pereka bentuk Epoch pada ketika itu, Masayuki Horie ditugaskan sebagai pereka bentuk dan jurutera perkakasan bagi pembangunan konsol Cassette Vision ini. Horie sebelum ini pernah terlibat dalam beberapa projek pembangunan konsol Epoch seperti Digit-Com 9.


Spesifikasi


Senarai permainan video

  • Astro Command
  • Baseball
  • Battle Vader
  • Big Sports 12
  • Elevator Panic
  • Galaxian (permainan ini tidak berdasarkan kepada versi asal Galaxian tetapi ianya lebih kepada versi Moon Cresta)
  • Kikori no Yosaku
  • Monster Block
  • Monster Mansion (permainan yang diklon dari permainan video Dongkey Kong)
  • New Baseball
  • PakPak Monster (permainan yang diklon dari permainan video Pac-Man)


Rujukan



Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Epoch Cassette Vision by Wikipedia (Historical)

Articles connexes


  1. Epoch (syarikat)


INVESTIGATION