Aller au contenu principal

Nintendo 64


Nintendo 64



Sejarah

Pada era 1990-an, kesemua konsol yang dikeluarkan memiliki keupayaan menjana grafik permainan video dalam bentuk 2D. Nintendo ingin mengubah situasi ini dengan membina sebuah konsol permainan video yang mampu menjana grafik 3D, yang membawa kepada termetrainya perjanjian di antara Nintendo dan syarikat pengeluar komponen grafik, Silicon Graphics Inc. untuk membina konsol 64-bit. Projek pembinaan konsol 64-bit ini dikenali sebagai Project Reality. Antara perkara yang ditekankan dalam Project Reality ialah penggunaan media katrij ROM bagi kesemua permainan video yang dikeluarkan untuk konsol N64, yang pada ketika itu kebanyakkan konsol permainan video sudah mula menggunakan media CD-ROM yang membolehkan pembangun mencipta permainan video dengan jalan cerita yang lebih panjang. Penggunaan katrij ROM memberi kelebihan kepada konsol ini dari segi sela masa konsol menyediakan permainan video berbanding CD-ROM yang mengambil masa yang agak lama bagi konsol untuk menyediakan permainan video.

Reka bentuk konsol ini pertama kali didedahkan kepada umum dalam tahun 1994. Protaip konsol N64 ini memaparkan logo Nintendo Ultra 64 di badan konsol, serta katrij ROM yang akan digunakan. Ramai menyatakan pandangan terhadap penggunaan media katrij ROM di dalam konsol ini namun begitu pihak Nintendo menekankan bahawa penggunaan katrij ROM akan mempercepatkan sela masa konsol menyediakan permainan video, jadi pemain tidak perlu menunggu lama untuk bermain. Konsol N64 merupakan konsol pertama yang dibangunkan menggunakan teknologi 64-bit; menggunakan cip mikropemproses 64-bit, walaupun syarikat Atari mendakwa bahawa konsol Atari Jaguar mereka merupakan konsol 64-bit pertama namun begitu cip mikropemproses yang digunakan dalam konsol Jaguar masih lagi 32-bit.

Pada suku kedua tahun 1994, Nintendo menandatangani perjanjian lesen dengan syarikat pembangun permainan video Midway yang akan membangunkan beberapa permainan video untuk konsol arked menggunakan perkakasan daripada Project Reality serta bergabung membentuk syarikat usahasama baru dipanggil Williams/Nintendo yang akan memasarkan permainan video ekslusif untuk konsol terbaru Nintendo. Hasil dari perjanjian ini, 2 siri permainan video dikeluarkan untuk pasaran konsol arked iaitu Killer Instinct dan Cruis'n USA, menyebabkan populariti konsol dari Project Reality meningkat kerana ketersediaan konsol memainkan permainan video arked ini.


Spesifikasi


Rujukan



Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Nintendo 64 by Wikipedia (Historical)



INVESTIGATION