Aller au contenu principal

SS-Totenkopfverbände


SS-Totenkopfverbände


SS-Totenkopfverbände (SS-TV), diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai Unit Tengkorak Maut, adalah sebuah organisasi SS yang bertanggungjawab bagi mentadbir kem tahanan Nazi untuk Reich Ketiga. Walaupun lambang Totenkopf (tengkorak) merupakan lencana kebesaran bagi keseluruhan topi SS, SS-TV juga memakai insignia Tengkorak Maut pada kolar kanan bagi membezakan ia dari formasi Nazi Schutzstaffel (SS) yang lain.

SS-TV yang asalnya ditubuhkan pada tahun 1933 merupakan sebuah unit bebas didalam SS dengan mempunyai pangkat sendiri dan struktur pemerintahan. Ia mengurus kem-kem diseluruh Jerman dan kemudian, Eropah taklukan Jerman. kem-kem di Jerman termasuk Dachau, Bergen-Belsen dan Buchenwald; kem-kem tempat lain di Eropah termasuk Auschwitz di Poland taklukan Jerman dan Mauthausen di Austria serta banyak lagi kem tahanan yang lain dan kem maut. Fungsi utama kem penghapusan ialah pembunuhan beramai-ramai dan Treblinka, Bełżec dan Sobibór telah dibina untuk Aktion Reinhard. Mereka bertanggungjawab dalam memudahkan apa yang pihak Nazi panggil Penyelesaian Terakhir, dikenali semasa perang sebagai HaShoah atau Holokus. Ia telah dilakukan oleh SS dengan kerjasama Pejabat Keselamatan Utama Reich, dan Pejabat Besar Ekonomi dan Pentadbiran SS atau WVHA.

Pada permulaan Perang Dunia II salah satu unit tempur pertama Waffen-SS, Divisyen SS Totenkopf, telah dibentuk dari anggota SS-TV. Ia kelak mendapat reputasi yang ganas dan fanatik, terlibat dalam jenayah perang seperti Pembunuhan Le Paradis tahun 1940 sewaktu kejatuhan Perancis. Di Barisan Timur pembunuhan beramai-ramai orang awam Poland dan Soviet dalam Operasi Barbarossa merupakan kerja pasukan petugas khas yang dikenali sebagai SS-Einsatzgruppen, yang telah diatur oleh Heinrich Himmler dan Reinhard Heydrich.

Nota

Rujukan

  • Evans, Richard J. (2005). The Third Reich in Power. New York: Penguin. ISBN 978-0-14-303790-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Kershaw, Ian (2008). Hitler: A Biography. New York: W. W. Norton & Company. ISBN 978-0-393-06757-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • McNab, Chris (2009). The SS: 1923–1945. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-49-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Padfield, Peter (2001) [1990]. Himmler: Reichsführer-SS. London: Cassel & Co. ISBN 0-304-35839-8.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Stein, George H. (1984). The Waffen SS: Hitler's Elite Guard at War, 1939-1945. Cornell University Press, ISBN 0-8014-9275-0.
  • Sydnor, Jr., Charles W. (1990). Soldiers of Destruction: the SS Death's Head Division, 1933-1945. Princeton University Press, ISBN 0-691-00853-1.

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: SS-Totenkopfverbände by Wikipedia (Historical)