Aller au contenu principal

Josef Harpe


Josef Harpe


Josef Harpe (21 September 1887 – 14 Mac 1968) adalah seorang Kolonel Jeneral Jerman yang berkhidmat dalam Perang Dunia I dan Perang Dunia II. Beliau juga adalah penerima pingat Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak dan Pedang. Pingat Knight Cross of the Iron Cross dan darjah lebih tingginya Daun Oak dan Pedang telah dikurniakan bagi mengiktiraf keberanian luar biasa dalam peperangan atau kepimpinan tentera yang berjaya.

Harpe telah dilahirkan di Buer yang merupakan sebahagian daripada Gelsenkirchen, Negeri Westphalia, dan meninggal dunia du Nuremberg, Bavaria.

Kerjaya tentera

Herr Harpe menyertai Tentera Darat Prusia pada 28 September 1909 sebagai Kadet dan telah ditukarkan ke Rejimen Ke-56 Infantri pada tahun 1911. Disini beliau dinaikkan pangkat ke Leftenan Muda pada 20 Mac dan terlibat dengan rejimen ini dalam Perang Dunia I. Pada penghujung Perang Dunia I beliau menyandang jawatan komander kompeni.

Selepas perang Harpe kekal didalam perkhidmatan tentera Reichswehr. Pada tahun 1931, dibawah nama samaran Direktor Hacker, beliau memegang jawatan utama dalam Sekolah Kereta Kebal Jerman-Rusia (Sekolah kereta kebal Kama) rahsia di Kazan, Soviet Union. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel pada 1 Ogos 1934 dan menjadi komander Rejimen Ke-3 Panzer pada 15 Oktober 1935. Dinaikkan pangkat sekali lagi pada 1 Januari 1937, beliau telah diberi memerintah 1st Panzerbrigade dengan pangkat Kolonel. Pada tahun 1940 beliau mengambil alih jawatan Komandan Sekolah Pasukan Panzer Wünsdorf. Beliau bertugas di Barisan Timur, dimana beliau memerintah XXXXI. Panzerkorps dari Julai 1942 sehingga Oktober 1943 dan kemudian memerintah Kumpulan Tentera Darat A dari September 1944 hingga Januari 1945, apabila beliau telah dilucutkan jawatan kerana ketidakupayaan tentera Jerman menghentikan Penyerangan Vistula–Oder Soviet. Beliau mengakhiri perang sebagai Panglima Tentera Darat Ke-5 Panzer, Barisan Barat, dengan pangkat Kolonel Jeneral dan telah ditahan sebagai tawanan perang oleh pihak Amerika Syarikat sehingga tahun 1948.

Tarikh kenaikkan pangkat

  • Fähnrich - 17 Mei 1910
  • Leutnant - 20 Mac 1911
  • Oberleutnant - 18 April 1915
  • Hauptmann - 18 April 1918
  • Major - 1 April 1931
  • Oberstleutnant - 1 Ogos 1934
  • Oberst - 1 Januari 1937
  • Generalmajor - 30 Ogos 1940
  • Generalleutnant - 15 Januari 1942
  • General der Panzertruppe - 1 Jun 1942
  • Generaloberst - 20 Mei 1944

Anugerah kebesaran

  • Iron Cross (1914)
    • Kelas 2 (21 September 1914)
    • Kelas 1 (3 September 1915)
  • Lencana Cedera (1914) warna Hitam (20 Mei 1918)
  • Pingat Kehormatan
  • Pingat Khidmat Lama Angkatan Tentera Kelas 1 (2 Oktober 1936)
  • Medal Peringatan Anschluss
  • Medal Peringatan Sudetenland berserta Prague Castle Bar
  • Pingat Semat Iron Cross (1939) Kelas 2 dan 1
  • Lencana Panzer warna Perak
  • Pingat Barisan Timur (20 Julai 1942)
  • Knight Cross of the Iron Cross dengan Daun Oak dan Pedang
    • Knight Cross pada 13 Ogos 1941 selaku Generalmajor dan Panglima 12. Panzer-Division
    • Darjah Daun Oak yang ke-55 pada 31 Disember 1941 selaku Generalmajor dan Panglima 12. Panzer-Division
    • Darjah Pedang yang ke-36 pada 15 September 1943 selaku General der Panzertruppe dan Panglima XXXXI.Panzerkorps
  • German Cross warna Emas pada 19 Februari 1943 selaku General der Panzertruppe dan Panglima XXXXI.Panzerkorps
  • Grand Officer of the Order of the Crown (Romania) with Swords
  • Disebut dalam Wehrmachtbericht pada 1 Januari 1944

Rujukan Wehrmachtbericht

Rujukan

Petikan

Bibliografi

Pautan luar

  • Josef Harpe @ Lexikon der Wehrmacht
  • Josef Harpe @ das-ritterkreuz.de
  • Josef Harpe @ Axis Biographical Research di Wayback Machine (diarkibkan pada Oktober 29, 2009)
Collection James Bond 007

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Josef Harpe by Wikipedia (Historical)



INVESTIGATION