Aller au contenu principal

UEFA Euro 1996


UEFA Euro 1996


Kejuaraan Bola Sepak Eropah 1996, ataupun dikenali di media sebagai Euro 96, merupakan edisi ke-10 bagi Kejohanan Eropah yang dianjurkan UEFA. Kejohanan ini berlangsung di England pada 8 hingga 30 Jun 1996.

Kejohanan ini buat kali pertama penampilan 16 pasukan yang layak berikutan keputusan UEFA yang membatalkan penyertaan oleh lapan pasukan. Perlawanan berlangsung di sepanjang lapan bandar tuan rumah dan edisi kali ini memegang purata kehadiran Kejohanan Eropah kedua tertinggi (1,276,000) dan purata setiap perlawanan (41,158).

Pasukan Jerman menjuarai kejohanan kali ini dengan menewaskan Republik Czech 2-1 hasil jaringan gol emas yang diformatkan buat pertama kali dalam mana-mana kejohanan utama. Jerman buat pertama kali memenangi mana-mana kejohanan utama sejak penyatuannya.

Pembidaan

Pada masa pembidaan, kejohanan ini masih tidak dipastikan untuk meletak 16 pasukan. Sebaliknya, persiapan pembidaan ini menjadi lebih besar jika lapan pasukan yang layak dan hanya empat venue diperlukan. Pembidaan ini berlangsng pada 10 Disember 1991.

Sebanyak lima negara mengambil bahagian antaranya Austria, England, Greece, Belanda dan Portugal. Jawatankuasa Eksekutif UEFA memilih England sebagai tuan rumah pada satu pertemuan di Lisbon pada 5 Mei 1992. Persatuan Bola Sepak England juga merancang untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 1998.

Kelayakan

Pada 30 November 1992, UEFA secara rasminya meletakkan 16 pasukan untuk layak ke kejohanan ini. UEFA menamakan beberapa pasukan berikutan pemecahan Kesatuan Soviet dan Yugoslavia. Dengan ini, sebanyak 33 ahli UEFA pada 1988 kepada 48 pada 1994.. 47 pasukan berentap untuk mengambil tiket ke 16 pasukan terakhir di England.

Cabutan kelayakan mengambil tempat di Manchester pada 22 Januari 1994. Kesemua pasukan dibahagikan kepada lapan kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada enam atau lima pasukan. Proses kelayakan bermula seawal April 1994 dan berakhir pada Disember 1995. Pada perlawanan kelayakan pada November 1994, juara kumpulan layak secara automatik bersama enam pasukan naib juara teratas. Hanya dua pasukan yang ditentukan melalui play-off iaitu Belanda dan Republik Ireland.

Pasukan layak

Berikut 16 pasukan yang layak:

Melalui format yang baru, tiga pasukan akhirnya layak buat pertama kali ke Kejohanan Eropah iaitu Bulgaria, Switzerland dan Turki. Pasukan Croatia dan Rusia mengambil bahagian buat pertama kali sejak pemecahan Yugoslavia dan Kesatuan Soviet (walaupun Rusia dianggap oleh FIFA sebagai pengganti Kesatuan Soviet dan Komanwel Negeri-Negeri Merdeka yang mengambil bahagian pada enam kejohanan yang lalu). Tujuh daripada lapan pasukan pada Kejohanan Eropah 1992 layak kecuali pasukan Sweden.

Cabutan

Cabutan untuk kejohanan akhir berlangsung pada 17 Disember 1995 di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Birmingham, England. Hanya empat pasukan yang tidak dicabut iaitu England (tuan rumah), Denmark (juara bertahan), Sepanyol dan Jerman. Baki 12 pasukan dicabut ke mana-mana kumpulan. Cabutan ini dibuat oleh pemimpin UEFA iaitu Gerhard Aigner dan Lennart Johansson.

Venue

Sejak rusuhan Stadium Hillsborough pada 1989, England kini mempunyai kapasiti tempat duduk stadium yang mencukupi untuk mengadakan kejohanan. Venue bagi kejohanan kali ini dipaparkan di bawah.

Bola rasmi

Adidas Questra menjadi bola rasmi kejohanan. Reka bentuk bola termasuk hasil kerja semula lencana England dan bola ini ialah bola berwarna yang buat pertama kali.

Pengadilan

Pengadil keempat

Peringkat kumpulan

Pasukan yang berada kedudukan dua teratas akan layak ke peringkat suku akhir manakala pasukan dua tercorot akan tersingkir.

Buat pertama kali dalam Kejohanan Eropah, tiga mata untuk menang, satu mata untuk seri manakala tiada mata untuk tewas. Jika dua atau lebih pasukan berkongsi mata pada peringkat kumpulan, kriteria berikut akan menentukan kedudukannya:

  1. Bilangan mata tertinggi yang diperolehi ketika menentang pasukan tersebut;
  2. Superior goal difference resulting from the matches played between the teams in question (if more than two teams finish equal on points);
  3. Bilangan gol yang dijaringkan pada pertemuan kedua-dua pasukan;
  4. Perbezaan gol pada kesemua perlawanan;
  5. Bilangan jaringan yang dijaringkan;
  6. Mengikut sistem kedudukan UEFA mengikut purata mata dari kelayakan Euro 1992 dan kejohanan akhir, pusinggan kelayakakan Piala Dunia 1994 dan kejohanan akhir dan akhir sekali pusingan kelayakan Euro 1996.
  7. Corak permainan pasukan;
  8. Seri terbanyak.

Kumpulan A



Kumpulan B



Kumpulan C



Kumpulan D



Peringkat kalah mati

Suku Akhir




Separuh akhir


Perlawanan Akhir

Pemenang

Penjaring gol

5 gol

  • Alan Shearer

1 gol

Gol sendiri
  • Lyuboslav Penev (menentang Perancis)

Anugerah

Pasukan Bintang Pilihan

Catatan

Pautan luar

  • UEFA Euro 1996 at UEFA.com

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: UEFA Euro 1996 by Wikipedia (Historical)


INVESTIGATION