Aller au contenu principal

Langit Cinta


Langit Cinta


Langit Cinta merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 2016 arahan Osman Ali. Filem ini dibintangi oleh Nur Fazura, Keith Foo, Farid Kamil, Siti Saleha, Datuk Jalaluddin Hassan, dan Ogy Ahmad Daud. Filem ini mengisahkan mengenai percintaan antara Khadejah (Nur Fazura) dan Aliff (Keith Foo). Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 7 Januari 2016. Filem ini telah diadaptasi kepada novel dengan tajuk yang sama. Filem ini telah memenangi satu dari dua pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28 melalui Ogy Ahmad Daud (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik).

Sinopsis

Aliff Zulkarnain (Keith Foo) ialah anak kepada Datuk Affendi (Datuk Jalaluddin Hassan), pemilik kepada sebuah syarikat hartanah di Kuala Lumpur. Mereka berhasrat untuk membangunkan resort di Pulau Perindu, Langkawi. Mereka bersekongkol dengan nelayan, iaitu Budiman (Farid Kamil) unutk menghasut ahli kampung supaya menjual tanah mereka bagi tujuan pembangunan resort tersebut.

Khadejah (Nur Fazura) pula menentang penjualan tersebut dek kerana hakikat rumahnya itu dibina oleh arwah bapanya. Aliff cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan mendekati ibu Khadejah, Mak Piah (Ogy Ahmad Daud). Bibit-bibit percintaan mulai mekar apabila Aliff melihat akan kepentingan rumah tersebut kepada Khadejah dan Mak Piah.

Beliau juga mula mengenali erti kehidupan sebenar dan belajar memahami bahawa kesederhanaan itu indah. Biarpun hubungannya ditentang keluarga, namun Aliff nekad memperisterikan Khadejah. Bermula dari situ, kehidupan Aliff dirundung pelbagai dugaan dan cabaran demi cabaran harus ditempuh dalam hidup dua insan itu.

Pelakon

  • Nur Fazura sebagai Khadeja
  • Keith Foo sebagai Aliff
  • Farid Kamil sebagai Budiman
  • Siti Saleha sebagai Suzana
  • Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Datuk Affendi
  • Ogy Ahmad Daud sebagai Mak Piah
  • Zaidi Omar sebagai Pak Tam
  • Dian P. Ramlee sebagai Datin Soraya
  • Normah Damanhuri sebagai Hasnah
  • Ammar Alfian sebagai Jali
  • Aida Khalida sebagai Puan Sri Salina
  • Nadzmi Adhwa sebagai Leroy Affendi
  • Fendy Bakry sebagai Kamil

Penerbitan

Filem ini mendapat inspirasi dari kisah percintaan antara ibu bapa pengarah, Osman Ali. Filem ini telah menjalani pengambaraan selama 50 hari di Pulau Tuba, Langkawi, Sabah dan Lembah Klang. Farid Kamil, yang membawakan watak Budiman telah menggelapkan kulitnya agar sesuai dengan pekerjaannya sebagai seorang nelayan. Tempoh tiga minggu diperlukan untuk membina rumah Khadeja yang terletak di tepi laut.

Keluaran dan sambutan

Tayangan

Majlis pratonton filem ini telah diadakan pada 22 Disember 2015 di GSC Cathay Cineleisure, Petaling Jaya. Tayangan perdana bagi filem ini telah dijalankan pada 5 Januari 2016 di Langkawi.Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 7 Januari 2016.

Ulasan

Rata-rata ulasan mengenai filem ini adalah positif. Ajami Hashim dari Astro Awani dan AR Rizu dari Malaysiakini senada dalam ulasan mereka terhadap filem ini iaitu "...sebuah filem bertih jagung yang ringan dan santai ". Aqmar Mustaza dari Sinar Harian memuji aspek sinematografi filem ini. Huzz dari portal kehidupan Instaonline.com.my memberi empat dari enam bintang kepada filem ini.

Runut bunyi

Runut bunyi asal (OST) bagi filem ini ialah Langit Cinta oleh Dayang Nurfaizah.

Collection James Bond 007

Anugerah

Rujukan

Pautan luar

  • Langit Cinta di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Langit Cinta by Wikipedia (Historical)


INVESTIGATION