Aller au contenu principal

Kang Seul-gi


Kang Seul-gi


}}

Kang Seul-gi (lahir 10 Februari 1994), dikenali sebagai Seulgi, ialah seorang penyanyi wanita Korea Selatan. Beliau merupakan ahli kumpulan wanita Korea Selatan, Red Velvet.

Kehidupan awal

Kang lahir pada 10 Februari 1994 di Ansan, Gyeonggi. Beliau belajar di Sekolah Menengah Ansan Byeolmang dan menghadiri Sekolah Seni Persembahan Seoul. Beliau boleh bercakap dalam Bahasa Korea dan Jepun.

Kerjaya

Awal kerjaya

Kang mula berlatih di SM Entertainment pada tahun 2007. Pada 2 Disember 2013, beliau merupakan salah seorang daripada tiga pelatih yang diperkenalkan kepada orang awam melalui projek pra-debut SM Entertainment, SM Rookies bersama Jeno dan Taeyong yang kini merupakan ahli NCT. Pada bulan Julai 2014, beliau ditampilkan di dalam lagu Henry Lau, "Butterfly" dari album mini Fantastic. Beliau juga muncul di dalam video muzik lagu tersebut. Pada 1 Ogos 2014, Kang membuat debut rasmi sebagai ahli Red Velvet.

2015–sekarang

Pada bulan Januari 2015, beliau membintangi sebuah teater muzikal, SM Entertainment School Oz dengan melakonkan watak utama, Dorothy. Dari bulan April sehingga Mei, beliau merupakan sebahagian daripada rancangan aneka ragam JTBC, Off to School.

Pada bulan Julai 2016, beliau mengeluarkan lagu "Don't Push Me" bersama Wendy sebagai sebahagian daripada runut bunyi drama KBS2, Uncontrollably Fond. Pada bulan Oktober 2016, Kang muncul di dalam King of Mask Singer sebagai seorang peserta di bawah nama Cinema Heaven.

Kang mengeluarkan lagu "You, Just Like That" yang digubah oleh Yoon Sang sebagai lagu tema Blade & Soul pada 18 November. Kang bersama Wendy dan artis-artis SM yang lain mengeluarkan sebuah lagu bertajuk "Sound of Your Heart" untuk SM Station pada 30 Disember.

Pada bulan Januari 2017, beliau mengeluarkan lagu "You're the Only One I See" bersama Wendy untuk runut bunyi drama KBS2, Hwarang: The Poet Warrior Youth. Beliau mengeluarkan sebuah lagu duet bertajuk "Darling U" bersama Yesung dari Super Junior pada 22 Januari sebagai sebahagian daripada SM Station.

Pada bulan Februari 2018, Seulgi telah disahkan akan menyertai barisan ahli untuk Law of the Jungle in Mexico. Pada bulan April, Seulgi telah disahkan akan menjadi sebahagian daripada rancangan aneka ragam JTBC, Secret Unnie bersama Sunmi. Seulgi juga ditampilkan di dalam lagu solo Moonbyul, "Selfish", yang dikeluarkan pada 23 Mei 2018.

Diskografi

Filemografi

Filem

Drama

Rancangan televisyen

Teater muzikal

Video muzik

Rujukan

Giuseppe Zanotti Luxury Sneakers

Pautan luar

  • Laman sesawang rasmi Red Velvet Diarkibkan 2018-03-03 di Wayback Machine

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Kang Seul-gi by Wikipedia (Historical)


INVESTIGATION