Aller au contenu principal

Diskografi Twice


Diskografi Twice


Kumpulan wanita Korea Selatan, Twice telah mengeluarkan tujuh album studio, dua belas album mini (EP), satu album studio keluaran semula, tiga album mini keluaran semula, empat album kompilasi dan satu album mini kompilasi.

Dibentuk oleh JYP Entertainment pada tahun 2015 melalui rancangan realiti, Sixteen, Twice membuat kemunculan pertama pada bulan Oktober 2015 menerusi album mini pertama mereka, The Story Begins. Album mini kedua Twice, Page Two telah dikeluarkan pada bulan April 2016. Pada bulan Oktober 2016, kumpulan ini mengeluarkan album mini ketiga mereka, Twicecoaster: Lane 1. Album mini ini menjadi salah satu album terlaris oleh kumpulan wanita dalam sejarah Gaon Album Chart, dengan lebih 475,000 salinan terjual. Perilisan semulanya, Twicecoaster: Lane 2 telah dikeluarkan pada bulan Februari 2017 dan album mini keempat kumpulan ini, Signal kemudian dikeluarkan pada bulan Mei. Pada bulan Oktober, album studio sulung mereka, Twicetagram dan single utamanya muncul di nombor satu dalam carta Billboard World Albums dan carta World Digital Song Sales, masing-masing, menjadi artis Korea wanita pertama yang mengungguli kedua-dua carta secara serentak. Album itu kemudiannya dikeluarkan semula sebagai Merry & Happy pada bulan Disember. Tiga perilisan terdahulu menjadi tiga teratas album terlaris oleh kumpulan wanita pada tahun 2017.

Pada 2018, kumpulan ini mengeluarkan album mini kelima mereka, What Is Love? pada bulan April dan telah dikeluarkan semula sebagai Summer Nights pada bulan Julai. Yes or Yes, album mini keenam mereka, diikuti pada bulan November, dengan keluaran semula bertajuk The Year of "Yes" pada bulan Disember. Kumpulan ini mengekalkan status kumpulan wanita terbaik mereka tahun ini. Menjual lebih 250,000 salinan, What Is Love?, Summer Nights dan Yes or Yes masing-masing memperoleh pengiktirafan platinum daripada Persatuan Kandungan Muzik Korea (KMCA).

Pada tahun 2019, album mini ketujuh dan kelapan kumpulan ini, Fancy You dan Feel Special, masing-masing dikeluarkan pada bulan April dan September. Pada tahun 2020, album mini kesembilan kumpulan ini, More & More telah diperakui 2× platinum oleh KMCA dan memasuki Billboard 200. Album studio Korea kedua Twice, Eyes Wide Open, turut mencatatkan carta di Billboard 200.

Pada tahun 2021, Album mini kesepuluh Twice, Taste of Love menduduki tempat pertama dalam carta Billboard Top Album Sales, menjadikannya album mini pertama daripada kumpulan wanita yang berbuat demikian. Ia juga merupakan album mini pertama daripada kumpulan wanita yang memasuki 10 teratas Billboard 200. Kemudian pada tahun yang sama, album studio Korea ketiga mereka, Formula of Love: O+T=<3, telah dikeluarkan. Pada 2022, selepas pembaharuan kontrak kumpulan dengan JYP Entertainment, album mini kesebelas mereka, Between 1&2 menjadi album terlaris mereka di Korea Selatan, terjual lebih sejuta salinan. Album mini kedua belas kumpulan ink, Ready to Be telah dikeluarkan pada bulan Mac 2023.

Di Jepun, Twice memulakan debut pada bulan Jun 2017 dengan album kompilasi pertama mereka, #Twice, memperoleh pengiktirafan platinum pertama mereka daripada Persatuan Industri Rakaman Jepun (RIAJ). Album studio Jepun pertama kumpulan ini, BDZ dikeluarkan pada tahun 2018 dan kemudiannya diperakui platinum. Pada tahun 2019, album kompilasi kedua mereka, #Twice2 telah dikeluarkan pada bulan Mac dan diperakui platinum oleh RIAJ. Edisi repackaged album ini dikeluarkan pada bulan Disember 2018. Pada tahun 2019, album kompilasi kedua mereka, #Twice2 telah dikeluarkan pada bulan Mac dan mendapat pengiktirafan platinum oleh RIAJ. Pada bulan November tahun yang sama, mereka mengeluarkan album Jepun kedua mereka, &Twice. Pada tahun 2020, sebuah repackage dari &Twice dan album kompilasi ketiga mereka, #Twice3 telah dikeluarkan. Pada tahun 2021, album studio Jepun ketiga mereka, Perfect World telah dikeluarkan. Pada tahun 2022, album kompilasi #Twice4 dan album studio Celebrate telah dikeluarkan.

Sehingga tahun 2022, Twice telah memperoleh sepuluh album nombor satu di Korea Selatan, sembilan album nombor satu di Carta Album Oricon Jepun dan enam album nombor satu di Billboard Japan Hot Albums. Kumpulan ini ialah kumpulan wanita terlaris di Korea Selatan, dengan lebih 7.2 juta album terjual setakat tahun 2021. Mereka telah menjual lebih 14 juta album di Korea Selatan dan Jepun, secara kumulatif, pada tahun 2022.

Album

Album studio

Album studio Korea dipasarkan oleh JYP Entertainment sebagai "Full Album".

Keluaran semula album studio

Album mini

Dipasarkan oleh JYP Entertainment sebagai "Mini Album".

Keluaran semula album mini

Dipasarkan oleh JYP Entertainment sebagai "Special Album".

Kompilasi

Album kompilasi

Videografi

Album video

Video muzik

Nota

Giuseppe Zanotti Luxury Sneakers

Rujukan


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Diskografi Twice by Wikipedia (Historical)


INVESTIGATION