Aller au contenu principal

Harrison Ford


Harrison Ford


Harrison Ford (lahir 13 Julai 1942) ialah seorang pelakon dan penerbit filem Amerika Syarikat. Beliau terkenal kerana peranan beliau sebagai Han Solo dalam trilogi asal Star Wars dan watak tajuk dalam siri filem Indiana Jones. Beliau memenangi Anugerah Saturn pada tahun 1981 dan Anugerah Bambi pada tahun 1997.

Kehidupan awal

Ford dilahirkan pada 13 Julai 1942 di Chicago, Illinois, USA. Keluarganya mempunyai keturunan Ireland, Jerman, Rusia dan Yahudi. Beliau belajar di Sekolah Tinggi Timur Maine di Park Ridge, Illinois dan di Kolej Ripon yang terletak di Wisconsin.

Kerjaya

Sebelum beliau menjadi pelakon, beliau bekerja sebagai seorang tukang kayu semasa tahun 1970-an. Beliau ialah salah seorang pelakon yang paling berjaya di dunia. Dalam tahun-tahun awal, dia pergi berjumpa dengan Harrison J. Ford untuk menghentikan kekeliruan antara beliau dan pelakon filem senyap Harrison Ford. Filemnya mendapat keuntungan di seluruh dunia sebanyak $5.65 bilion USD. Beliau paling dikenali untuk peranan sebagai Han Solo dari Star Wars dan sebagai Indiana Jones dalam keempat-empat filem Indiana Jones. Sejak itu beliau membentuk hubungan dengan kedua-dua kerjaya bersama dengan Steven Spielberg dan George Lucas.

Kehidupan peribadi

Ford telah berkahwin dengan Mary Marquardt dari tahun 1964 sehingga mereka bercerai pada tahun 1979. Kemudian beliau berkahwin dengan Melissa Mathison dari 1983 sehingga mereka bercerai pada tahun 2004. Kemudian beliau berkahwin dengan Calista Flockhart pada tahun 2010. Beliau mempunyai dua anak lelaki, Benjamin dan Willard dengan Marquardt dan seorang anak lelaki, Malcolm dan seorang anak perempuan, Georgia dengan Mathison. Ford kini menetap di Los Angeles, California.

Filemografi

  • 1973 - American Graffiti
  • 1977 - Star Wars Episode IV: A New Hope
  • 1979 - Apocalypse Now
  • 1980 - Star Wars Episode V: The Empire Strikes Back
  • 1981 - Raiders of the Lost Ark
  • 1982 - Blade Runner
  • 1983 - Star Wars Episode VI: Return of the Jedi
  • 1984 - Indiana Jones and the Temple of Doom
  • 1986 - The Mosquito Coast
  • 1988 - Frantic
  • 1989 - Indiana Jones and the Last Crusade
  • 1992 - Patriot Games
  • 1993 - The Fugitive
  • 1997 - Air Force One
  • 1998 - Six Day Seven Nights
  • 2002 - K-19: The Widowmaker
  • 2003 - Hollywood Homicide
  • 2006 - Firewall
  • 2008 - Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull
  • 2011 - Cowboys and Aliens
  • 2013 - 42
  • 2013 - Anchorman 2: The Legend Continues
  • 2014 - The Expendables 3
  • 2015 - Star Wars Episode VII
  • 2017 - Blade Runner 2049
  • 2019 - Indiana Jones 5

Anugerah dan penghargaan

Ford menerima pencalonan di Anugerah Akademi bagi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Witness, yang mana beliau juga dianugerahkan "Pelakon Terbaik" BAFTA dan pencalonan Anugerah Golden Globe. Beliau menerima pencalonan di Anugerah Cecil B. DeMille di Anugerah Golden Globe 2002 dan pada 2 Jun 2003, beliau menerima bintang Hollywood Walk of Fame. Beliau telah menerima pencalonan anugerah tambahan "Best Actor" untuk The Mosquito Coast, The Fugitive dan Sabrina.

Beliau menerima Hero Award yang pertama bagi kebanyakan peranan ikoniknya, termasuk Indiana Jones dan Han Solo, di Anugerah Scream 2007 dan pada 2008, Spike TV's Guy's Choice Award untuk Brass Balls. Kedua-dua peranan tersebut melayakkannya menerima dua Anugerah Saturn bagi Pelakon Terbaik pada 1981 dan 2015.

Ford telah diberi penghargaan beberapa kali atas penglibatannya dalam penerbangan awam, menerima Anugerah Living Legends of Aviation dan Anugerah EAA Freedom of Flight pada 2009, Trofi Peringatan Wright Bersaudara pada 2010, dan Anugerah Kemanusiaan Al Ueltschi pada 2013. Pada 2013, Flying Magazine menyenaraikannya nombor 48 dalam senarai 51 Heroes of Aviation.

Harrison Ford menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat AFI pada 2000.

Rujukan

Pautan luar

  • Harrison Ford di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Harrison Ford by Wikipedia (Historical)