Aller au contenu principal

Gerakan anti-tembakau di Jerman Nazi


Gerakan anti-tembakau di Jerman Nazi


Gerakan anti-tembakau di Jerman Nazi merupakan gerakan anti-merokok pertama dalam sejarah moden. Kempen ini dilakukan apabila para doktor di Jerman menjadi yang pertama mengesan hubungan antara tabiat merokok dengan kanser paru-paru. Gerakan anti-tembakau telah meluas ke serata dunia pada awal abad ke-20, namun sedikit yang berjaya. Walau bagaimanapun, kempen anti-tembakau yang dijalankan di Jerman ini menjadi gerakan paling berjaya apabila turut disokong oleh kerajaan Nazi setelah berkuasa dan menjadi gerakan anti-merokok paling berkuasa di dunia pada tahun 1930-an dan awal 1940-an. Kepimpinan Sosialis Kebangsaan mengutuk tabiat merokok dan beberapa yang lain secara terangan mengkritik pengambilan tembakau. Ketika pemerintahan Nazi, kajian mengenai merokok dan kesannya terhadap kesihatan rancak dijalankan dan menjadi penyelidikan yang penting pada masa tersebut. Antara faktor kejayaan kempen ini adalah Adolf Hitler yang secara peribadi tidak menggemari tembakau dan polisi reproduktif Nazi.

Kempen anti-tembakau Nazi termasuklah larangan merokok dalam tram, bas, dan kereta api bandar, memperkenalkan pendidikan kesihatan, mengurangkan pengambilan rokok di Wehrmacht, menganjurkan ceramah kesihatan kepada para tentera, dan menaikkan cukai tembakau. Sosialis Kebangsaan juga memperkenalkan larangan pengiklanan tembakau dan merokok di kawasan awam, dan restoran dan kedai kopi yang dikawal selia. Gerakan anti-tembakau tidak memberi kesan yang banyak dalam sejarah awal pemerintahan Nazi dan penggunaan tembakau meningkat di antara 1933 dan 1939, namun merokok di kalangan anggota tentera menurun dari tahun 1939 sehingga 1945. Sehingga akhir abad ke-20, tiada gerakan anti-merokok selepas perang yang dapat menyamai pengaruh kempen anti-merokok Nazi.

Nota

Rujukan

Bacaan tambahan

  • Bachinger, E; McKee, M (September 2007), "Tobacco policies in Austria during the Third Reich", The International Journal of Tuberculosis and Lung Disease, 11 (9): 1033–7, PMID 17705984
  • Brooks, Alexander (19 January 1996), "Guest Column: Forward to the Past", The Daily Californian
  • Doll, Richard (2001), "Commentary: Lung cancer and tobacco consumption", International Journal of Epidemiology, 30 (1): 30–31, doi:10.1093/ije/30.1.30
  • Haustein, Knut-Olaf (2004), Fritz Lickint (1898-1960) – Ein Leben als Aufklärer über die Gefahren des Tabaks (PDF) (dalam bahasa German), Suchtmedizin in Forschung und Praxis CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Proctor, Robert N (1999), "Why did the Nazis have the world's most aggressive anti-cancer campaign?", Endeavour, 23 (2): 76–9, doi:10.1016/S0160-9327(99)01209-0, PMID 10451929, diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-16, dicapai pada 2017-05-17
  • Proctor, Robert (1988), Racial Hygiene: Medicine Under the Nazis, Harvard University Press, ISBN 0-674-74578-7
  • R. Nicosia, Francis; Huener, Jonathan (2002), Medicine and Medical Ethics in Nazi Germany, Berghahn Books, ISBN 1-57181-386-1

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Gerakan anti-tembakau di Jerman Nazi by Wikipedia (Historical)


INVESTIGATION