Aller au contenu principal

Ghetto Nazi


Ghetto Nazi


Dengan bermulanya pencerobohan Poland semasa Perang Dunia II, rejim Jerman Nazi mendirikan ghetto diseluruh taklukan Eropah agar dapat memisahkan dan membatasi orang Yahudi, dan kadangkala orang Gipsi, kepada seksyen-seksyen kecil bandar dan bandaraya lalu menambah lagi penganiayaan mereka. Didalam dokumen Jerman, dan papan tanda di pintu masuk ghetto, pihak Nazi biasanya merujuk mereka sebagai Jüdischer Wohnbezirk atau Wohngebiet der Juden, diterjemah sebagai Kawasan Yahudi. Terdapat beberapa jenis yang berbeza seperti ghetto terbuka, ghetto tertutup, kerja, transit, dan pemusnahan ghetto, seperti yang ditakrifkan oleh ahli-ahli sejarah peristiwa Holokus. Dalam beberapa kes, mereka adalah tempat penentangan bawah tanah Yahudi terhadap penjajahan Jerman, dikenali secara kolektif sebagai pemberontakan ghetto.

Lihat juga

  • Ghetto Yahudi di Eropah
  • Judendienstordnung
  • Judenrat
  • Kem tahanan Nazi

Nota

Rujukan

  • Megargee, Geoffrey P., penyunting (2012). Encyclopedia of Camps and Ghettos, 1933-1945. in association with United States Holocaust Memorial Museum. Bloomington: Indiana University Press. ISBN 978-0253355997.
  • Browning, Christopher R. (2007) [2004]. The Origins of the Final Solution: The Evolution of Nazi Jewish Policy 1939-1942. Lincoln: University of Nebraska Press. ISBN 0803203926.CS1 maint: ref=harv (link)

Templat:The Holocaust


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Ghetto Nazi by Wikipedia (Historical)