Aller au contenu principal

Hans von Salmuth


Hans von Salmuth


Hans von Salmuth (11 November 1888 – 1 Januari 1962) adalah seorang jeneral Jerman dan penjenayah perang semasa Perang Dunia II. Salmuth memerintah beberapa tentera darat medan di Barisan Timur, dan Tentera Darat Ke-15 di Perancis semasa penyerbuan D-Day. Selepas perang, beliau telah dibicarakan di Perbicaraan Pemerintah Tertinggi, sebagai sebahagian dari Perbicaraan Nuremberg Terkemudian. Beliau didapati bersalah melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan dan dihukum penjara selama 20 tahun. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1953.

Perang Dunia II

Hans von Salmuth menyertai Tentera Darat Jerman pada tahun 1907 dan berkhidmat dalam Perang Dunia I. Salmuth kekal dalam tentera dan bertugas sebagai Ketua Staf Kor II dari tahun 1934 hingga 1937. Beliau telah ditugaskan sebagai ketua staf kepada Markas Tentera Darat Pertama. Pada tahun 1938 beliau ditukarkan sebagai Ketua Staf kepada Tentera Darat Ke-2. Pada tahun 1939 beliau menjadi Ketua Staf bagi Kumpulan Tentera Darat Utara, yang diperintah oleh Jeneral Fedor von Bock, semasa Pencerobohan Poland. Salmuth terus bertugas sebagai Ketua Staf kepada Bock, apabila beliau diberi memerintah Kumpulan Tentera Darat B untuk menyerang Belgium dan Perancis, pada Mei 1940. Pada Julai 1940 Salmuth dikurniakan pingat Knight Cross of the Iron Cross. Pada 1 Ogos 1940, beliau dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral.

Pada tahun 1941, Salmuth telah ditugaskan ke Barisan Timur dan diberi memerintah Kor XXX. Beliau terlibat dalam Operasi Barbarossa dan mengambil bahagian dalam Pertempuran Sevastopol. Seperti kebanyakan kor Jerman di Barisan Timur, kor Salmuth melaksanakan jenayah Perintah Komisar. Pada tahun 1942, beliau dilantik sebagai pemangku Panglima Tentera Darat Ke-17 (20 April 1942 hingga 1 Jun 1942). Untuk masa yang singkat, 6 Jun 1942 hingga 15 Julai 1942, beliau diberi tugas memerintah Tentera Darat Ke-4, menggantikan bekas panglimanya, Gotthard Heinrici, yang pergi bercuti. Pada pertengahan Julai 1942 beliau diberi memerintah Tentera Darat Ke-2.

Pada Januari 1943 Salmuth dinaikkan pangkat ke Generaloberst. Pada waktu itu, beliau berdepan dengan Operasi Voronezh-Kastornensk Soviet, dimana Tentera Darat Ke-2 hampir dimusnahkan. Pada 3 Februari 1943, beliau diberi memerintah Tentera Darat Ke-4 sehingga Julai 1943. Pada Ogos 1943, Salmuth diberi tugas memerintah Tentera Darat Ke-15 yang berpangkalan di Pas-de-Calais, Perancis. Salmuth telah dilepaskan dari jawatannya, pada akhir Ogos 1944, berikutan perpecahan garisan depan Jerman, selepas tentera Bersekutu memecah keluar dari Normandy (Operasi Cobra), beliau tidak lagi diberi tugas memerintah.

Perbicaraan dan hukuman

Salmuth telah dibicarakan di Perbicaraan Pemerintah Tertinggi, sebagai sebahagian dari Perbicaraan Nuremberg Terkemudian. Salmuth didapati bersalah kerana jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, termasuk pembunuhan dan penindasan tawanan perang Soviet, dan pembunuhan, pengusiran, dan orang awam dijadikan tebusan dalam wilayah taklukan. Beliau telah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun. Hukumannya diteliti semula pada tahun 1951, diringankan ke 12 tahun dan tarikh diundurkan ke Jun 1945. Salmuth telah dibebaskan pada tahun 1953.

Hans von Salmuth meninggal dunia pada tahun 1962.

Tarikh kenaikkan pangkat

  • Fähnrich - 18 Mei 1908
  • Leutnant - 27 Januari 1909
  • Oberleutnant - 24 November 1914
  • Hauptmann - 18 Ogos 1916
  • Major - 1 Januari 1928
  • Oberstleutnant - 1 Februari 1932
  • Oberst - 1 April 1934
  • Generalmajor - 1 Ogos 1937
  • Generalleutnant - 1 Ogos 1939
  • General der Infanterie - 1 Ogos 1940
  • Generaloberst - 1 Januari 1943
Rekod perkhidmatan
Penugasan
  • Kor XXX - 10 Mei 1941 - 27 Disember 1941
  • Tentera Darat Ke-17 - 20 April 1942 - 1 Jun 1942
  • Tentera Darat Ke-4 - 6 Jun 1942 - 15 Julai 1942
  • Tentera Darat Ke-2 - 15 Julai 1942 - 3 Februari 1943
  • Tentera Darat Ke-4 - Jun 1943 - 31 Julai 1943
  • Tentera Darat Ke-15 - 1 Ogos 1943 - 25 Ogos 1944

Anugerah kebesaran

  • Iron Cross (1914) Kelas 2 dan Kelas 1
  • Pingat Semat Iron Cross (1939) Kelas 2 & Kelas 1
  • Knight Cross of the Iron Cross pada 19 Julai 1940 selaku Generalleutnant dan Ketua Staf Am Heeresgruppe B

Rujukan

Petikan

Bibliografi

Pautan luar

  • US Military Tribunal Nuremberg (1948). "High Command Trial, Judgment of 27 October 1948" (PDF). Dicapai pada 30 May 2016.CS1 maint: ref=harv (link)

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Hans von Salmuth by Wikipedia (Historical)


PEUGEOT 205