Aller au contenu principal

Nargis


Nargis


Nargis (Jawi: نرݢيسcode: ms is deprecated ), narjis (Jawi: نرجس‎), narsis atau dafodil ialah jenis bunga sebarang spesies yang tergolong dalam genus tumbuhan Narcissus famili Amaryllidaceae bertumpu awal di semenanjung Iberia menyebar asal serata kawasan Mediterannean Eropah, Afrika Utara dan Asia.

Pengiraan spesies yang digolongkan dalam genus ini berbeza mengikut takrifan badan tertentu; setakat September 2014, Senarai Semakan Keluarga Tumbuhan Terpilih mendaftarkan sebanyak 52 spesies ditambahkan bersama sekurang-kurangnya 60 spesies kacukan manakala Persatuan Hortikultur Diraja British menyenaraikan 81 jenis pada Oktober tahun sama.

Pengistilahan

Nargis merupakan serapan kata bahasa Parsi untuk bunga ini (نرگسnarges) sama ada dipinjam terus mahupun melalui bahasa Arab sebagai narjis نَرْجِس‎. Kata "dafodil" pula menyerap bahasa Inggeris daffodil dari kata lama affodell pinjaman kata Asphodelus (Yunani: ἀσφόδελος, rumi: asphodeloscode: el is deprecated ) kerana kemiripan bunga dihasilkan antara kedua-dua genus ini.

Nama genus menggolongkan jenis-jenis bunga ini iaitu Narcissus dipercayai berkaitan dengan kisah Narkissos ("Narcissus" bentuk bahasa Latin figura ini) dalam mitos orang Yunani Purba yang dipercayai menjelma menjadi bunga ini; genus itu menurun kepada kata nama narcis dalam bahasa Belanda dipinjamkan sebagai narsis didapati di Indonesia.

Botani

Batang yang tumbuh dari bebawang tumbuhan ini tunggal berongga dilapisi beberapa helai daun nipis. Pertumbuhan ini berlaku dari awal sepanjang musim bunga atau musim luruh (dalam sesetengah spesies) setelah berkembang dalam bebawang sepanjang musim panas hingga musim sejuk.

Bunga yang dihasilkan dari setiap tangkai batang memunculkan enam kelopak luar mengapit suatu runjung pusat keseluruhannya berwarna putih, kuning atau kehijauan yang tumbuh menegak mahupun menunduk. Satu stigma ada pada pusat bunga dikelilingi enam stamen penuh debunga. Buah hasil senyawaan bunga ini terdiri dari suatu lenggai mengandungi banyak butir biji benih berwarna hitam

Hubungan dengan manusia

Bunga ini sering dikaitkan dengan budaya orang Cina tidak sahaja sebagai perlambangan tuah dan kemakmuran dibawa musim bunga yang menandakan tahun baru diraikan masyarakat tersebut malah sering disebut-sebutkan dalam cerita rakyat kaum ini.

Terdapat petikan yang didakwa sebagai sabda Nabi Muhammad kononnya mengesyorkan bauan dari bunga ini, tetapi hadis bersifat daif.

Risiko

Akar dan dedaun bebawang bunga-bunga nargis mengandungi bahan toksin alkaloid iaitu likorina yang boleh menyebabkan rasa loya, muntah-muntah, cirit-cirit jika tertelan bahkan masalah jantung dan saraf membawa maut jika diambil secara berlebihan; hal ini lagi diburukkan dengan kemungkinan akar bunga ini yang boleh dikelirukan dengan beberapa jenis bawang tertentu.

Getah nargis turut boleh menyebabkan tindak balas alahan mendatangkan gejala gatal-gatal pada kulit yang terkena dalam individu tertentu.

Galeri

Collection James Bond 007

Rujukan

Sumber utama
  • Hanks, Gordon R (2002). Narcissus and Daffodil: The Genus Narcissus. London: Taylor and Francis. ISBN 978-0415273442. Dicapai pada 2 Oktober 2014.

Pautan luar

  • Difference between daffodil and narcissus Diarkibkan 2008-12-22 di Wayback Machine, or see first paragraph of the present article
  • Historical Daffodils Diarkibkan 2006-12-19 di Wayback Machine
  • American Daffodil Society - ADS
  • Database of daffodils with photos
  • Wildflowers of Israel

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Nargis by Wikipedia (Historical)



ghbass