Aller au contenu principal

Piala Asia B-23 AFC 2020


Piala Asia B-23 AFC 2020


Piala Asia B-23 AFC 2020 (juga dikenali sebagai Kejohanan Asia B-23 AFC 2020) adalah merupakan edisi ke-3 Piala Asia B-23 AFC, sekatan umur kejohanan bola sepak antarabangsa empat tahun sekali yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi pasukan negara lelaki bawah 23 tahun di Asia. Sebanyak 16 pasukan bersaing dalam kejohanan ini. Kejohanan ini akan dijadualkan berlangsung 8 Januari hingga 26 Januari 2020.

Kejohanan B-23 AFC ini akan bertindak sebagai kelayakan AFC untuk kejohanan bola sepak Olimpik. Tiga pasukan teratas kejohanan itu akan melayakkan diri ke kejohanan bola sepak lelaki Sukan Olimpik 2020 di Jepun sebagai wakil AFC. Jepun sebagai pasukan tuan rumah sudah pun layak ke Sukan Olimpik 2020, jika mereka mencapai separuh akhir, pasukan tempat keempat juga layak.

Uzbekistan adalah juara bertahan, but were eliminated in the semi-finals. Korea Selatan menjadi negara keempat berbeza yang memenangi kejohanan, dengan mengalahkan Arab Saudi di pentas akhir, sementara Australia mengalahkan Uzbekistan dalam penentuan tempat ketiga dengan 1-0.

Pemilihan Tuan Rumah

Beberapa negara menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah kejohanan, termasuk Australia, Malaysia, Thailand dan Vietnam. Thailand dipilih sebagai tuan rumah kejohanan pada mesyuarat Jawatankuasa Persaingan AFC di Tokyo pada Ogos 2018.

Kelayakan

Kelayakan dijadualkan akan diadakan dari 18 hingga 26 Mac 2019, yang termasuk dalam Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA.

Pasukan layak

Tiga belas daripada enam belas pasukan (termasuk tuan rumah Thailand) yang layak pada Piala Asia B-23 AFC 2018 layak ke kejohanan akhir 2020. Juara 2013 Iraq, juara 2013 Iraq, juara 2016 Jepun, juara 2018 Uzbekistan semuanya layak ke kejohanan akhir 2020. Pasukan-pasukan: Iraq, Jepun, Uzbekistan, Jordan, Syria, Arab Saudi, Korea Utara, Korea Selatan, China, Australia layak untuk semua edisi Piala Asia B-23 AFC hingga 2020.

Iran, Emiriah Arab Bersatu kembali selepas tidak layak pada 2018, dengan Bahrain membuat penampilan sulung mereka pada kejohanan akhir Piala Asia B-23 AFC.

16 pasukan berikut layak ke kejohanan akhir.

Nota:

Venue

Kejohanan ini akan dimainkan di empat tempat di Bangkok, Buriram, Pathum Thani dan Wilayah Songkhla.

Cabutan

Cabutan kejohanan akhir telah diadakan pada 26 September 2019, 15:00 ICT (UTC+7), di Swissotel Bangkok Ratchada di Bangkok. 16 pasukan telah ditarik ke dalam empat kumpulan empat pasukan. Pasukan telah dipilih mengikut prestasi mereka di kejohanan akhir Piala Asia B-23 AFC 2018 dan kelayakan, dengan tuan rumah Thailand secara automatik dipilih dan ditugaskan ke Kedudukan A1 dalam cabutan.

Pegawai Rasmi

Pada 3 Januari 2020, AFC mengumumkan senarai pengadil yang dipilih untuk Kejohanan B-23 AFC 2020. 34 pengadil, 26 penolong pengadil dan 2 penolong pengadil sokongan dilantik untuk kejohanan ini. Pengadil pembantu video akan digunakan dalam kejohanan ini.

Pengadil

Penolong pengadil

Pengadil pembantu video

Giuseppe Zanotti Luxury Sneakers

Skuad

Pemain yang dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 1997 layak bersaing dalam kejohanan ini. Setiap pasukan mesti mendaftar dengan skuad minimum 18 pemain dan maksimum 23 pemain, minimum tiga daripada mereka adalah penjaga gol (Peraturan Artikel 24.1 dan 24.2).

Peringkat Kumpulan

Pemenang dan naib juara setiap kumpulan mara ke suku akhir.

Pemecah seri

Pasukan yang menduduki tempat berdasarkan mata (3 mata untuk menang, 1 mata untuk seri, 0 mata untuk kalah). Jika dua atau lebih pasukan adalah sama pada mata setelah selesai perlawanan kumpulan, kriteria berikut digunakan untuk menentukan kedudukan, untuk menentukan kedudukan (Peraturan Perkara 9.3):

  1. Mata dalam perlawanan satu-lawan-satu antara pasukan terikat;
  2. Perbezaan gol dalam perlawanan satu-lawan-satu antara pasukan terikat;
  3. Jumlah gol dalam perlawanan satu-lawan-satu antara pasukan terikat;
  4. Jika lebih daripada dua pasukan terikat, dan selepas memohon semua kriteria satu-lawan-satu di atas, subset pasukan masih terikat, semua kriteria satu-lawan-satu di atas diterapkan semata-mata untuk subset pasukan ini;
  5. Perbezaan gol yang lebih besar dalam semua perlawanan kumpulan;
  6. Jumlah gol yang lebih besar dijaringkan dalam semua perlawanan kumpulan;
  7. Sepakan penalti akan dimainkan jika hanya dua pasukan yang terlibat;
  8. Sedikit keputusan dikira mengikut jumlah kad kuning dan merah yang diterima dalam perlawanan kumpulan (1 mata untuk kad kuning tunggal, 3 mata untuk kad merah akibat dua kad kuning, 3 mata untuk kad merah langsung, 4 mata untuk kad kuning dan diikuti dengan kad merah langsung);
  9. Undian terbanyak.

Semua masa tempatan, ICT (UTC+7)

Kumpulan A



Kumpulan B



Kumpulan C



Kumpulan D



Peringkat kalah mati

Di peringkat kalah mati, masa tambahan dan penalti digunakan untuk menentukan pemenang jika perlu (Peraturan Artikel 12.1 dan 12.2).


Suku Akhir




Separuh Akhir

Pemenang layak ke Sukan Olimpik 2020.


Tempat Ketiga

Pemenang layak ke Sukan Olimpik 2020.

Pentas Akhir

Pemenang

Anugerah

Anugerah berikut diberikan pada akhir kejohanan:

Penjaring gol

Terdapat 69 gol dijaringkan dalam 32 perlawanan, bagi purata 2.16 gol setiap perlawanan.

3 gol

2 gol

1 gol

1 gol sendiri

Kedudukan Akhir

Kedudukan berdasarkan keputusan keseluruhan perlawanan, jika kemenangan pada penalti, keputusan hanya dicatatkan sebagai seri.

Pasukan layak ke Sukan Olimpik

Empat pasukan berikut dari AFC layak ke kejohanan bola sepak lelaki Sukan Olimpik 2020, termasuk Jepun yang layak sebagai tuan rumah.

Nota

Rujukan

Pautan luar

  • AFC U-23 Championship, the-AFC.com

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Piala Asia B-23 AFC 2020 by Wikipedia (Historical)