Aller au contenu principal

Pilihan raya umum Malaysia 2008


Pilihan raya umum Malaysia 2008


Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 merupakan pilihan raya umum yang ke-12 diadakan di Malaysia pada hari Sabtu, 8 Mac 2008 setelah parlimen Malaysia dibubarkan pada 13 Februari 2008 diikuti dengan hari penamaan calon pada 24 Februari 2008. Akhirnya, Barisan Nasional masih menang di peringkat Parlimen tetapi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) , Barisan Nasional tewas di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor. Banyak calon UMNO tewas kepada PAS. Sementara calon Gerakan , MIC dan PPP kalah teruk kepada DAP, PKR dan PAS. Gelombang baru ini merupakan permulaan kepada rentetan fenomena politik di Asia seperti di Filipina, Thailand dan Indonesia.

Pembubaran parlimen dan DUN

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mendapat ilham untuk membubarkan parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008 setelah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin memperkenankannya.

SPR mengumumkan hari penamaan calon pada 24 Februari 2008 di bangunan majlis daerah masing-masing.

Isu yang dipertikaikan dalam pilihanraya 2008

Beberapa isu telah dibangkitkan oleh beberapa parti pembangkang dalam pilihanraya 2008, antaranya ialah:

Jumlah pengundi berdaftar

Terdapat 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN di 12 negeri kecuali Sarawak yang perlu direbut oleh calon yang bertanding. 10,922,139 rakyat Malaysia termasuk 221,085 pengundi pos layak mengundi sebagaimana senarai akhir daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Februari 2008. Ini merupakan peningkatan 600,000 pengundi berbanding 10.3 juta tahun 2004.

Pengundi mati/hantu/bertindan

SPR telah mengumumkan bahawa mereka telah membuat pemeriksaan dengan balai polis dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi mengemas kini nama si mati, pindah dan sebagainya. Bagaimanapun masih terdapat mereka yang pindah tetapi tidak bertukar alamat dan yang telah mati belum dipadam rekodnya. , SPR menerangkan bahawa ini adalah kerana peruntukan undang-undang pilihan raya semasa tidak membenarkan SPR terus mengeluarkan nama-nama mereka daripada DPI. Ini kerana daftar yang digunakan telah 1 Jan hingga 31 Mac ini akan dipamerkan pada April depan untuk semakan orang awam, disahkan menyingkir nama mereka yang meninggal sehingga 31 Disember 2008 sahaja. Selain itu, terdapat nama yang bertindan di mana melibatkan pengundi pos (polis dan tentera) yang namanya dua kali.

Tempoh berkempen

Tempoh berkempen pilihan raya selama 13 hari sahaja . Katanya tempoh berkempen yang lama akan meningkatkan suhu pilihan raya sehingga membawa kepada keganasan dan pembunuhan. Adakah keganasan itu dilakukan oleh pihak parti pembangkang ataupun orang-orang yang di upah oleh pihak kerajaan untuk melakukan huru-hara? Supaya pihak pembangkang dapat dituduh sebagai pengganas dengan sewenang-wenangnya. Semasa pilihan raya umum Malaysia 2004 , masa berkempen hanya 8 hari sahaja. Tahun 1999 hanya 9 hari. Pilihan raya umum 1995 dan 1986 - 10 hari. Di Sabah, tarikh pembubaran hingga hari mengundi hampir dua bulan.. Semakin pendek tempoh berkempen, peluang parti kerajaan mendapatkan majoriti 2/3 semakin cerah.{who}}

Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengikut undang-undang pilihanraya Malaysia, tidak boleh melibatkan diri dalam politik termasuk menjadi calon pilihan raya sehingga April 2008 berikutan pertuduhan jenayah yang pernah dihadapinya di Mahkamah menghalang beliau dari bertanding selama 5 tahun. Oleh itu, pembangkang yang mahu melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim bergabung dengan Lim Kit Siang di Pulau Pinang dan menjadikan orang Melayu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan kesampaian. Hal ini menyebabkan berlakunya spekulasi sama ada anya pelepasan kerusi Parlimen untuk Anwar bertanding selepas April 2008.

Teknik berkempen

Terdapat pertikaian mengenai penguasaan Barisan Nasional terhadap media. Kebanyakan media elektronik dan media cetak banyak membuat liputan mengenai Barisan Nasional dan kurang liputan mengenai parti pembangkang.

Pembangkang mendakwa bahawa mereka disekat dari menggunakan media elektronik seperti televisyen dengan itu terpaksa menggunakan teknik ceramah dan kempen dari rumah ke rumah yang tidak mencukupi dan sukar dilakukan oleh parti pembangkang.

Menurut pihak kerajaan, ceramah dan perhimpunan pra pilihan raya yang diadakan oleh pembangkang telah mencetuskan rusuhan dan dilabel sebagai perhimpunan haram. Contohnya, Rusuhan Kuala Terengganu 2007 dan Perhimpunan Bersih 2007. Bagaimanapun pembangkang mendakwa bahawa sebagai sebuah negara yang berprinsipkan demokrasi, sepatutnya ceramah-ceramah bebas seperti ini tidak harus dihalang kerana inilah yang mencetuskan rusuhan.

Proses penamaan calon

Proses penamaan calon pada 24 Februari 2008 menjangkakan 1,500 calon mengemukakan pencalonan masing-masing di seluruh negara seawal pukul 9 pagi. 222 pusat penamaan calon yang dibuka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi tumpuan mereka dan para penyokong parti-parti politik mahupun calon bebas.

Pusat-pusat penamaan ditempatkan di pejabat daerah, dewan majlis perbandaran, dewan serba guna, sekolah, balai raya dan stadium akan dibuka dari pukul 9 hingga 10 pagi untuk menerima kertas pencalonan dan diikuti dengan tempoh bantahan selama sejam sebelum pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan nama-nama calon sekiranya ada pertandingan.

Mengikut peraturan SPR, calon kerusi Parlimen disyaratkan membayar deposit RM10,000 semasa mengemukakan kertas pencalonan, manakala RM5,000 pula bagi kerusi DUN.

Selain syarat lama iaitu pencadang dan penyokong mesti daripada kalangan pengundi berdaftar di tempat yang hendak ditandingi, semua calon juga perlu mengemukakan borang Akuan Bersumpah serta duti setem yang dibayar atau mungkin menghadapi risiko kertas pencalonan mereka ditolak.

Petugas Pilihan raya

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) merupakan badan tertinggi menguruskan pilihan raya di Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan.60,000 anggota polis dibekukan cuti bagi memastikan keselamatan tahap 100 % . Hampir 149,000 guru-guru dan pekerja majlis daerah, pegawai Kemas telah dilatih dan dilantik sebagai petugas pilihan raya. 50,000 lagi kakitangan kasual termasuk juruterbang helikopter dan jurumudi bot di pedalaman Sabah dan Sarawak.

SPR telah memenuhi tuntutan parti pembangkang agar dakwat pada kuku (tetapi dibatalkan pada saat akhir atas sebab-sebab yang tidak diketahui) dan peti undi lutsinar digunakan dalam pilihan raya. Nombor siri pengundi pada kertas undi yang mencurigakan pengundi juga telah dihapuskan. Pada pilihan raya kali ini, diharapkan SPR dapat menjalankan amanah dengan bersih dan jauhkan dari berlakunya penyelewengan dan rasuah.

Pemerhati pilihan raya

Setakat ini SPR tiada kuasa menjemput pemantau pilihan raya dari luar negara dan tiada kuasa akreditasi terhadap mereka. Alasannya, Pemantau dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dari negara maju hanya akan mengundang masalah. Setakat ini PBB dan semua negara di dunia mengiktiraf status pilihan raya di Malaysia. Mafrel yang dipimpin oleh Abd Malek Hussin pernah bertugas dalam pilihan raya Thailand 2008. Tuduhnya lagi jika dijemput sekalipun, pasti akan ada yang tidak puas hati, kononnya dibeli.

Pengundi hantu yang diriuhkan oleh pembangkang di Malaysia tahun 2004 belum dihadapkan ke mahkamah. Kecelaruan pilihan raya 2004 berpunca daripada:

  • Persempadanan semula kawasan pilihan raya
  • Dua senarai daftar pengundi
  • Nama si mati masih ada dalam daftar pengundi.
  • Nama pengundi dipindahkan tanpa dimaklumkan terlebih dahulu.
  • Pengundi tidak dapat mengundi kerana senarai daftar pengundi belum diwartakan.

Pengundi yang mempunyai capaian internet boleh menyemak status mereka di [lamanweb SPR].

Keputusan Pilihan Raya

Kekalahan Teruk Barisan Nasional

Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-12 telah dinafikan majoriti 2/3 dan hanya boleh membentuk kerajaan pusat dengan majoriti asas (iaitu lebih daripada 1/2 jumlah kerusi, tetapi kurang daripada 2/3 jumlah kerusi). Bagi Dewan Undangan Negeri pula, Barisan Nasional gagal mempertahankan kerajaannya di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta gagal mencapai hasratnya untuk membentuk kerajaan di negeri Kelantan. Pilihan raya kali ini juga melihatkan kegagalan banyak ahli politik veteran mempertahankan kerusi mereka, antaranya termasuk Koh Tsu Koon, Samy Vellu, Shahrizat Abdul Jalil, M. Kayveas, Zainuddin Maidin . Manakala kemenangan kerusi Parlimen Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi tidak begitu membanggakan apabila undi majoritinya berkurangan banyak berbanding dengan Pilihanraya Umum tahun 2004. Harus diperhatikan bahawa Barisan Nasional hanya berjaya meraih kemenangan besar di Sabah, Sarawak dan Johor atas sebab rakyat di negeri terbabit masih percaya dan yakin dengan kemampuan Barisan Nasional. Rekod kekalahan Barisan Nasional kali ini adalah yang paling buruk diikuti Pilihan Raya 1969 dan 1999.

Empat negeri berubah angin

Barisan Nasional gagal mempertahankan kerajaannya di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor setelah selama ini diperintah oleh kerajaan di bawah Barisan Nasional. Angin perubahan ini jelas kelihatan apabila diumumkan bahawa parti-parti pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS bersama-sama memperoleh undian yang banyak lantas bakal menguasai negeri-negeri itu dengan majoriti yang menunjukkan bahawa angin perubahan telah melanda pihak pengundi. Bagaimanapun, secara teknikal parti-parti terlibat tidak memenangi negeri berkenaan kerana, menurut SPR, gagal memperoleh majoriti mudah. Maka, perikatan atau gabungan parti diperlukan untuk membolehkan kerajaan campuran diwujudkan.

Collection James Bond 007

Pasca Pilihan Raya Umum

Tuduh-menuduh dalam Barisan Nasional

  1. Parti-parti komponen Barisan Nasional seperti MCA dan Gerakan telah mendakwa bahawa antara sebab kekalahan besar mereka berpunca daripada UMNO. Antara isu-isu yang dibangkitkan termasuk tindakan Hishamuddin Tun Hussein yang gemar melambaikan keris dalam Perhimpunan Agung UMNO dua tahun kebelakangan ini serta Istana Zakaria.
  2. Mahathir Mohammad dan anak bongsunya Mukhriz Mahathir mendakwa bahawa Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi bertanggungjawab penuh terhadap kegagalan Barisan Nasional dalam PRU kali ini kerana kelemahan dan "kelembikan" pimpinannya.
  3. Abdullah Ahmad Badawi pula tidak berpendapat bahawa kelembikannya menyebabkan tumbangnya BN, malah menuduh Mahathir yang kuat mengkritik kerajaan Barisan Nasional sejak beliau bersara dan tindakan ahli-ahli UMNO yang mensabotaj 22 DUN dan 14 Parlimen [1] yang menyumbang kepada kekalahan Barisan Nasional.

Pembentukan Pakatan Rakyat

Berikutan kejayaan dalam mengambil alih kuasa pemerintahan dalam 4+1 negeri, ketiga-tiga parti melibatkan DAP, Keadilan, dan PAS telah bersetuju membentuk satu pakatan yang dikenali Pakatan Rakyat (nama belum muktamad) bagi menguatkan kerjasama sesama mereka.

Reaksi

Kematian Zakaria Deros

Zakaria Mat Deros, bekas ADUN Pelabuhan Klang yang terjebak dalam kontroversi besar kerana membina sebuah mahligai bernilai RM3 juta tanpa kebenaran kerajaan negeri, meninggal dunia pada 11 Mac akibat serangan jantung. Menantu beliau, Roselinda Abdul Jamil mengambil alih tempat beliau dalam pilihanraya tetapi tewas.

Ekonomi

Ketidaktentuan politik susulan pembentukan kerajaan Malaysia yang amat berbeza, tambahan pula kebimbangan kelembapan ekonomi sedunia kesan perkembangan ekonomi tidak memberangsangkan dari Amerika Syarikat, menyumbang kepada keresahan pelabur di Indeks Komposit Kuala Lumpur dan kejatuhan mendadak di IKKL.

Pada 10 Mac, iaitu hari perdagangan pertama sejak berlalunya pilihanraya, saham-saham di IKKL jatuh 9.5% dari 1,296.33 mata kepada 1,173.22 mata pada pukul 5 petang, iaitu kejatuhan dalam sehari terbesar dalam sedekad lalu. Perdagangan di IKKL dihentikan secara automatik selama sejam setelah nilai saham menjunam melepasi had 10% pada 10.5%, sebagai langkah mencegah "penjualan panik"; IKKL kembali berdagang pada pukul 4 petang. Antara syarikat-syarikat berdagang yang teruk terjejas merupakan syarikat berkaitan kerajaan1, termasuk Sime Darby (jatuh 18%), UEM World (jatuh 24%), Tenaga Nasional (jatuh 15%) dan Malaysian Resources Corporation (jatuh 34-39%).

Pada hari yang sama, nilai ringgit jatuh lebih 1% kepada RM3.2075 untuk satu dolar AS, berbanding penutupan hari perdagangan sebelumnya pada paras RM3.166 untuk satu dolar, sekaligus memadam sebahagian daripada kenaikan 2.5% dalam sebulan seterusnya. Seorang penganalisa berpendapat bahawa pelabur asing sudah kehilangan premium kestabilan politik yang dinikmati sebelum pilihanraya lalu melepaskan peluang pelaburan di Malaysia.

Tanda tanya mengenai prospek projek besar-besaran yang dimulakan atau diurus oleh pentadbiran Abdullah Badawi dari tahun 2004 hingga 2008 timbul juga; pihak Pembangkang berikrar untuk menilai semula projek kerajaan utama, termasuk hasrat DAP mengkaji semula projek pembangunan hartanah bernilai $8 bilion di kawasan perindustrian Pulau Pinang. Cadangan pentadbiran untuk membentuk hab-hab ekonomi di rantau utara, timur dan selatan Semenanjung, serta Sabah dan Sarawak sebelum ini menarik pelaburan baik tempatan mahupun asing, serta menaikkan IKKL, tetapi juga menimbulkan persoalan mengenai pembiayaannya.

Penganalisa lain melihat kebangkitan Pembangkang yang lebih kuat di parlimen sebagai peluang meningkatkan ketelusan dan pentadbiran korporat. Seorang pengarah pengurusan syarikat pengurusan aset antarabangsa berkata "Pembangkang yang lebih berkuasa adalah perkembangan yang positif dalam jangka masa panjang, agar memastikan sekatan dan imbangan bagi pembelajaan kerajaan bertrilion ringgit."

Lihat juga

  • Senario Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12
  • Pilihan Raya Umum Malaysia
  • Proses Pilihan Raya di Malaysia
  • Parlimen Malaysia 2008, Ahli Dewan Rakyat
  • Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Dewan Undangan Negeri
  • Analisis Prestasi Barisan Nasional 2008‎;
  • Analisis Prestasi PAS 2008‎;
  • Analisis Prestasi DAP 2008‎;
  • Analisis Prestasi PKR 2008‎;
  • Pilihan raya umum

Rujukan



Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Pilihan raya umum Malaysia 2008 by Wikipedia (Historical)