Aller au contenu principal

Busters (kumpulan muzik)


Busters (kumpulan muzik)


Busters (Hangul: 버스터즈code: ko is deprecated ; RR: Beoseuteojeu) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Marbling E&M Inc. dan JTG Entertainment pada tahun 2017. Kumpulan ini terdiri dari lima orang ahli iaitu: Jieun, Takara, Minji, Seira dan Minmin

Sejarah

2017-2018: Debut dengan Dream On dan Grapes

Busters sebelum ini dibentuk untuk mempromosikan siri TV Monstergram yang akan datang yang bertajuk Idol Rangers Power Busters. Kumpulan ini debut pada 27 November 2017 dengan album single pertama mereka Dream On dengan single utama dengan nama yang sama.

Pada 12 Jun 2018, kumpulan ini mengeluarkan album single kedua mereka Grapes dengan single utama dengan nama yang sama.

2019: Minjung dan Minji meninggalkan kumpulan, perubahan barisan dan Pinky Promise

Pada 26 Januari, diumumkan melalui akaun YouTube rasmi Marbling bahawa Minjung telah meninggalkan kumpulan ini. Dia digantikan oleh Yeseo pada akhir bulan.

Pada 31 Julai, mereka mengeluarkan album mini pertama mereka Pinky Promise dengan single utama dengan nama yang sama dan menandakan debut rasmi Yeseo.

Pada 18 November, diumumkan bahawa Minji telah meninggalkan kumpulan ini kerana alasan peribadi.

Pada 10 Disember, diumumkan melalui fan cafe rasmi mereka bahawa Jieun telah bergabung dengan kumpulan ini.

2020: Penstrukturan semula dan hiatus kumpulan

Pada 17 Mac 2020, Marbling Entertainment menambahkan dua orang ahli baru, Takara dan Jeon Minji, menjadikan Busters sebagai kumpulan enam orang ahli.

Pada 29 Mac, Hyungseo menghantar sepucuk surat di fan cafe rasmi mereka yang mengumumkan dia akan meninggalkan kumpulan kerana ingin memberi tumpuan kepada pelajarannya. Chaeyeon tidak akan mengambil bahagian dalam comeback kali ini kerana jadual yang padat disebabkan beliau menjadi pengacara di ‘Boni Hani’. Pada 13 Mei, kumpulan ini telah mengeluarkan album single ketiga mereka "Paeonia" dengan single utama dengan nama yang sama.

Pada 6 Ogos 2020, Marbling Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan ini akan berada dalam keadaan hiatus dan akan disusun semula. Jisoo, Yeseo dan Chaeyeon telah meninggalkan kumpulan untuk meneruskan aktiviti lakonan dan aktiviti lain, sementara yang tinggal iaitu Minji, Jieun dan Takara akan bergabung dengan ahli asing untuk meneruskan promosi sebagai Power Busters.

2021–sekarang: Pembentukan semula kepada 5 ahli

Pada 20 Mei 2021, kumpulan ini disusun semula menjadi kumpulan lima orang ahli, dengan penambahan dua orang ahli baru iaitu Seira dan Minmin. Pada 22 Oktober 2021, Minmin secara rasmi meninggalkan kumpulan ini, manakala Yunji menyertai barisan.

Pada 28 Mac 2022, telah diumumkan bahawa Busters akan membuat debut semula mereka dengan single Re:Born pada 27 April.

Ahli

  • Jeon Ji-eun (전지은code: ko is deprecated )
  • Takara Yasuda (安田聖良code: ja is deprecated ) (야스다 타카라code: ko is deprecated )
  • Jeon Min-ji (전민지code: ko is deprecated )
  • Seira Tai (田井星空code: ja is deprecated ) (타이 세이라code: ko is deprecated )
  • Minmin (민민code: ko is deprecated )

Bekas ahli

  • Cha Min-jung (차민정code: ko is deprecated )
  • Kim Min-ji (김민지code: ko is deprecated )
  • Myung Hyung-seo (명형서code: ko is deprecated )
  • Kang Ye-seo (강예서code: ko is deprecated )
  • Kim Chae-yeon (김채연code: ko is deprecated )
  • Jung Ji-soo (정지수code: ko is deprecated )

Garis masa

Diskografi

Album mini

Album single

Single

Filemografi

Video muzik

Anugerah dan percalonan

Korea Brand Awards

Korea Culture Entertainment Awards

Korea Environment Culture Awards

Korean Wave Awards

Rujukan

Pautan luar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • Daum Cafe

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Busters (kumpulan muzik) by Wikipedia (Historical)


INVESTIGATION