Aller au contenu principal

Demokrasi Islam


Demokrasi Islam


Demokrasi Islam adalah ideologi politik yang berusaha menerapkan prinsip-prinsip Islam ke dalam polisi rakyat dalam kerangka demokrasi. Teori politik Islam menyebutkan tiga ciri dasar demokrasi Islam: pemimpin mesti dipilih rakyat, tunduk kepada undang-undang syariah, serta berkomitmen mengamalkan "syura", sebuah bentuk badan penasihatan khusus yang dilakukan oleh Nabi Muhammad yang dapat ditemukan dalam berbagai-bagai hadis dengan masyarakat mereka.

Konsep liberalisme dan penglibatan secara demokratik ini sudah ada di dunia Islam abad pertengahan. dianggap para pendukungnya sebagai contoh awal sebuah negara demokratik lalu diteruskan dan berkembang di dunia Islam sehingga terhenti berikutan perpecahan Sunni–Syiah.

Pengamalan di negara tertentu

Pakistan

Berikutan pengasasan Pakistan berikutan Pembahagian India pada 1949, suatu resolusi dipakai menyatakan matlamat perlembagaan baru yang bakal diterapakn dalam pemerintahan negar tersebut. Resolusi ini menyatakan seperti berikut:

Kedaulatan milik Allah sahaja namun Dia mengurniakan kedaulatan itu kepada Negara Pakistan melalui pelaksanaan oleh rakyatnya dalam had yang diberikan-Nya sebagai suatu perjanjian yang suci.

  • Negara Pakistan akan melaksanakan kuasa dan pentadbirannya berdasaran wakil yang diundi rakyatnya.
  • Prinsip-prinsip demokrasi, rakyat, kebebasan, kesaksamaan, toleransi dan keadilan sosial seperti yang ditekankan dalam Islam akan dikerjakan.
  • Muslimin akan dibenarkan mengurus diri secara individu dan klektif mengikut ajaran Islam seperti yang ditetapkan dalam al-Quran dan Sunnah.
  • Peruntukan akan diberikan kepada minoriti agama lain untuk menganut dan mengamal serta mebangun budaya mereka secara bebas.

Iran

Idea dan konsep demokrasi jenis ini telah lama diterima para ulama, cendekiawan dan intelektual di Iran, antaranya Ayatollah Ali Khamenei. Terdapt juga cendekiawan yang mengkritik, bahkan sehingga menentang konsep demokrasi ini. Ayatollah Naser Makarem Shirazi misalnya berkata: "seandainya keengganan merujuk kepada undian rakyat akan menyebabkan tuduhan menyokong kekejaman, maka undian rakyat dibenarkan diterima sebagaii suatu rukun yang sekunder."

Lihat juga

  • Etika Islam
  • Islamisme

Rujukan


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Demokrasi Islam by Wikipedia (Historical)


INVESTIGATION