Aller au contenu principal

How to Train Your Dragon: The Hidden World


How to Train Your Dragon: The Hidden World


How to Train Your Dragon: The Hidden World ialah filem fantasi aksi animasi komputer Amerika 2019 berdasarkan kepada siri buku dengan nama sama oleh Cressida Cowell, diterbitkan oleh DreamWorks Animation dan diedarkan oleh Universal Pictures. Ia merupakan sekuel bagi How to Train Your Dragon (2010) dan How to Train Your Dragon 2 (2014),yang merupakan animasi ketiga dan terakhir dalam trilogi How to Train Your Dragon.

Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Dean DeBlois, watak animasi di dalam filem ini disuarakan oleh Jay Baruchel, Cate Blanchett, Craig Ferguson, America Ferrera, Jonah Hill, Kit Harington, Christopher Mintz-Plasse, Justin Rupple, Kristen Wiig dan F. Murray Abraham. Ini merupakan filem pertama yang diterbitkan DreamWorks Animation untuk diedarkan oleh Universal Pictures, yang mana syarikat utama NBCUniversal memerlukan DWA dalam 2016, dan pengganti selepas perjanjian dengn 20th Century Fox tamat.

How to Train Your Dragon: The Hidden World diterbitkan pada 3 Januari 2019 di Australia dan dijadualkan akan diterbitkan pada 22 Februari 2019, di Amerika Syarikat.

Produksi

Pada bulan Disember 2010, CEO DreamWorks Jeffrey Katzenberg mengesahkan bahawa akan ada filem ketiga dalam siri ini.

Pada bulan September 2012, 20th Century Fox dan DreamWorks Animation mengumumkan tarikh penerbitan untuk filem ini iaitu pada 18 Jun 2016, yang kemudian diubah menjadi 17 Jun 2016. Pada bulan September 2014, tarikh penerbitan filem dipindahkan ke 9 Jun 2017. DeBlois menjelaskan bahawa pembuatan filem ini memerlukan waktu 3 tahun dan terlalu gopoh jika diterbitkan pada 2016. Pada bulan Januari 2015, tarikh penerbitan kembali dipindah ke tanggal 29 Jun 2018 kerana adanya penstrukturan perusahaan, PHK besar-besaran, dan untuk memaksimumkan "bakat kreatif dan sumber daya perusahaan, mengurangi biaya, dan mendorong kebolehuntungan." Pada tanggal 18 Jun 2016, tarikh penerbitan dipindahkan lagi ke 18 Mei 2018, mengambil alih tarikh penerbitan The Lego Movie Sequel (Warner Animation Group). Pada tanggal 5 Disember 2016, tarikh penerbitan ditangguhkan sehingga 1 Mac 2019.

Filem ini diterbitkan oleh Bonnie Arnold dengan produser eksekutif Dean DeBlois dan Chris Sanders. Pada tahun 2012, diumumkan bahawa Jay Baruchel, Gerard Butler, Craig Ferguson, America Ferrera, Jonah Hill, Christopher Mintz-Plasse, T. J. Miller dan Kristen Wiig akan kembali ke filem ketiga. Cate Blanchett dan Djimon Hounsou juga akan memainkan peranan mereka masing-masing sebagai Valka dan Drago dari filem kedua.

Pelakon suara

  • Jay Baruchel sebagai Hiccup
  • Cate Blanchett sebagai Valka
  • Craig Ferguson sebagai Gobber the Belch
  • America Ferrera sebagai Astrid
  • Jonah Hill sebagai Snotlout Jorgenson
  • Kit Harington sebagai Eret
  • Justin Rupple dan Kristen Wiig sebagai Tuffnut dan Ruffnut Thorston
  • Christopher Mintz-Plasse sebagai Fishlegs Ingerman
  • F. Murray Abraham sebagai Grimmel
  • Gerard Butler sebagai Stoick the Vast

Masa Depan

Butiran semula aksi langsung bagi filem pertama diumumkan sedang dalam pembangunan. Ia akan diterbitkan oleh Marc Platt Productions dan diedarkan oleh Universal Pictures, dengan DeBlois ditetapkan untuk kembali menulis dan mengarah. Ia pada asalnya dijadualkan untuk dikeluarkan pada 14 Mac 2025, tetapi telah ditangguhkan kepada 13 Jun tahun itu disebabkan oleh mogok SAG-AFTRA 2023.

Rujukan

Giuseppe Zanotti Luxury Sneakers


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: How to Train Your Dragon: The Hidden World by Wikipedia (Historical)