Aller au contenu principal

Festival Filem Malaysia ke-30


Festival Filem Malaysia ke-30


Festival Filem Malaysia ke-30 disampaikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk filem-filem terbaik tahun 2017/2018. Ia berlangsung pada 30 Mac 2019 di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Adibah Noor. Sebanyak 42 filem telah dipilih untuk bertanding di festival ini dan tema bagi acara ini ialah Inspirasi Sinemaku.

Filem Crossroads: One Two Jaga arahan Namron telah memenangi 6 anugerah daripada 9 pencalonan yang diterima termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik, manakala Dukun telah memenangi 4 anugerah daripada 9 pencalonan yang diterima, termasuk Pelakon Wanita Terbaik. PASKAL dan Munafik 2 masing-masing menerima tiga pencalonan. FFM30 diadakan seminggu sebelum Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 yang berlangsung pada 7 April 2019.

Gambaran keseluruhan

Pengumuman rasmi FFM30 diadakan pada Julai 2018, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan bakal memberi kelainan kepada penganjuran FFM30 dengan membuka penyertaan daripada filem antarabangsa terutama negara Asia.

Pada 7 September 2018, tarikh penganjuran yang ditetapkan untuk festival ini diadakan ialah pada 8 Disember 2018 selepas beberapa kali ditunda akibat masalah teknikal. FFM30 pada asalnya dijadualkan untuk penganjurannya pada September, namun ditunda ke Disember akibat peralihan kerajaan sebelum memilih tarikh penganjuran 30 Mac 2019.

Menurut Pengarah festival Abdul Khalid Moulod dalam satu sidang akhbar pada 12 Mac 2019, sebanyak 42 filem akan berentap bagi membolot anugerah dalam 24 kategori yang dipertandingkan dalam FFM-30 yang dijadual berlangsung pada 30 Mac. "Daripada 42 filem itu, 25 dalam bahasa Melayu, 10 bahasa Cina termasuk dua Kantonis dan tujuh bahasa Tamil," Tarikh tutup bagi penyertaan filem yang dipertandingkan ialah pada 31 Disember 2018, pengumuman Top 5 untuk semua 24 kategori termasuk kategori utama seperti Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Terbaik diumumkan pada 7 Januari 2019.

Pada malam anugerah, FFM 30 tidak lupa untuk mengenang jasa penggiat seni yang telah kembali ke Rahmatullah. Lagu "Pelangi Petang" nyanyian asal Allahyarham Sudirman Haji Arshad dipersembahkan oleh Innuendo dan Flag Nation didedikasikan khas kepada pelakon dan penyanyi seperti Tan Sri Jins Shamsuddin, Zaibo, Pak Ngah, Norma Alang, Saleem, Mior Ahmat Zaudi dan ramai lagi. Barisan penyampai anugerah terdiri daripada Pekin Ibrahim, Liyana Jasmay, Izzue Islam, Faizal Hussein, Fauziah Nawi, Zul Ariffin, Fauziah Ahmad Daud dan ramai lagi.

Pemenang dan pencalonan

Anugerah

Pemenang disenaraikan terlebih dahulu, diserlahkan dalam teks tebal, dan ditandakan dengan pisau berganda ().

Anugerah khas

Filem dengan pencalonan terbanyak

Penyampai dan penghibur

Individu yang berikut, yang disenaraikan dalam susunan rupa, menyampaikan anugerah atau membuat persembahan muzik.

Penyampai

Penghibur

Kontroversi

Beberapa jam sebelum FFM30 berlangsung, pelakon Sharifah Amani, yang memenangi Pelakon Wanita Terbaik FFM19 dikatakan enggan hadir ke FFM30. Dalam kenyataannya di laman Twitter, keputusan itu diambilnya kerana tidak sanggup berpura-pura sedangkan ramai dalam kalangan penggiat seni masih bergelut mencari nafkah hidup: "Saya tidak dapat meyakinkan diri untuk berpura-pura untuk kelihatan cantik dan meraikan apabila kebanyakan penggiat seni dalam industri kita tidak dapat membayar bil, memberi makan kepada keluarga atau memenuhi keperluan mereka,".

Pelakon Nur Fazura menafikan dakwaan penampilan beliau dan suami, Fattah Amin sebagai penyampai trofi di FFM30, ialah atas permintaan peribadi, selain menjadi syarat yang perlu dipenuhi penganjur. Mereka berdua tampil sebagai trofi bagi kategori Anugerah Khas Juri dan masing-masing mendapat undangan rasmi sebagai penyampai trofi.

Catatan

Rujukan

Pautan luar

  • Tapak web rasmi

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Festival Filem Malaysia ke-30 by Wikipedia (Historical)


INVESTIGATION