Aller au contenu principal

Senarai laluan bas di Lembah Klang


Senarai laluan bas di Lembah Klang



Senarai laluan bas di Lembah Klang adalah senarai perkhidmatan bas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (kini APAD) beroperasi di Metropolitan Lembah Klang, juga perkhidmatan dikendalikan oleh majlis tempatan Metropolitan Lembah Klang. Perkhidmatan bas di Lembah Klang dioperasikan oleh Rapid Bus, Nadi Putra, Causeway Link, Selangor Omnibus, Setara Jaya (SJ Bus) dan Wawasan Sutera (Aerobus). Lebih daripada 200 laluan bas beroperasi dibawah kontrak APAD.

Sistem Pernomboran Laluan

Bermula Disember 2015, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (kini APAD dibawah MOT) telah merombak laluan bas di Metropolitan Lembah Klang dibawah Bus Network Revamp (Bahasa Melayu; Rombakan Rangkaian Bas). Setiap laluan bas akan diberi nombor mengikut laluan dan koridor masing-masing. Semua laluan bas utama akan diberi nombor x00 ke x99 manakala bas henti-henti dan bas perantara dilabelkan Tx00 ke Tx99.

Dibawah BNR, koridor bas sedia ada akan disusun semula menjadi koridor lebih kecil berdasarkan jalan utama menghubungkan Bandaraya Kuala Lumpur dan kawasan sekeliling. Rangkaian bas baharu akan dibahagi kepada 8 koridor iaitu Koridor Jalan Ipoh, Jalan Pahang, Ampang, Cheras, Sungai Besi, Jalan Klang Lama, Lebuhraya Persekutuan dan Damansara.

Laluan bas

100-199

200-299

300-399

400-499

500-599

600-699

700-799

800-899

Laluan bas luar rangkaian APAD

Rangkaian bas Putrajaya

Putrajaya mempunyai beberapa laluan bas henti-henti tempatan yang diioperasikan dibawah Nadi Putra. Bas ini adalah inisiatif Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam menyediakan pengangkutan awam bagi penduduk Putrajaya. Bas henti-henti tempatan Putrajaya dilabel mengikut waktu operasi iaitu siang (L) dan malam (N).

Bas Smart Selangor

Kerajaan Negeri Selangor melancarkan perkhidmatan Bas Smart Selangor (dahulu dikenali sebagai Bas Selangorku) yang menyediakan perkhidmatan bas percuma di seluruh negeri Selangor bermula pada Julai 2015. Tiga laluan pertama di Shah Alam dan Subang Jaya dilancarkan pada Julai 2015 dan akan dikembangkan ke daerah lain bermula hujung tahun 2015.

PJ City Bus

PJ City Bus (Bahasa Melayu: Bas Bandar PJ) adalah sebuah projek Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang dilancarkan pada Mei 2015 untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma dioperasikan RapidKL bagi penduduk di Petaling Jaya.

GOKL City Bus

Bas Bandar Go KL (dijenamakan sebagai GOKL CityBus) adalah sebuah rangkaian perkhidmatan bas percuma dioperasikan RapidKL yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Perkhidmatan percuma ini mula beroperasi pada 31 Ogos 2012 dengan pelancaran dua laluan pekeliling:Hijau (KLCC-Bukit Bintang) dan Ungu (Pasar Seni-Bukit Bintang). Kini, rangkaian GoKL telah dikembangkan menjadi tujuh laluan pekeliling termasuk Merah, Biru, Merah Jambu, Jingga, Firus, Merah Manggis dan Coklat.

Laluan bas lain

Semua laluan bas ini adalah laluan bas yang tidak mengikut klasifikasi laluan bas APAD untuk Metropolitan Lembah Klang ataupun rangkaian bas dibawah majlis-majlis tempatan.

Rujukan

Pautan luar

  • Halaman Utama Agensi Perkhidmatan Awam Darat
  • Halaman Utama Moovit Kuala Lumpur
  • Laman Web Rasmi Bas RapidKL
  • Laman Web Rasmi Nadi Putra
  • Laman Web Rasmi Causeway Link KL
  • Laman Web Rasmi Wawasan Sutera
Giuseppe Zanotti Luxury Sneakers

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Senarai laluan bas di Lembah Klang by Wikipedia (Historical)