Aller au contenu principal

Sonny with a Chance


Sonny with a Chance


Sonny with a Chance ialah sebuah sitkom Amerika Syarikat yang dicipta oleh Steve Marmel yang disiarkan selama dua musim di Disney Channel dari 8 Februari 2009 hingga 2 Januari 2011. Siri ini mengikuti pengembaraan seorang remaja yang bernama Sonny Munroe, yang digambarkan oleh Demi Lovato, yang menjadi anggota barisan pelakon terbaharu yang diterima dalam rancangan televisyen komedi langsung kegemarannya, So Random!.

Sonny with a Chance merupakan Siri Asli Disney Channel pertama yang dirakam dan disiarkan dalam definisi tinggi sejak permulaan. Seperti kebanyakan sitkom Disney Channel, rakamannya pada pita tetapi menggunakan penampilan"difilemkan". Untuk musim kedua, sesetengah babak dirakam di lokasi. Siri ini merupakan salah sebuah daripada tiga buah Siri Asli Disney Channel yang menonjolkan rancangan dalam rancangan, bersama dengan The Famous Jett Jackson dan Shake It Up.

Sonny with a Chance diperbaharu untuk musim kedua pada Jun 2009, yang pertama kali ditayangkan pada Mac 2010 yang ditonton oleh seramai 6.3 juta orang penonton. Disney Channel pada asalnya telah memperbaharu siri ini untuk musim ketiga pada November 2010, tetapi peranan Lovato adalah tidak pasti pada masa itu selepas beliau dia mula dirawat atas permasalahan peribadi pada dua minggu sebelum itu. Penerbitan musim ketiga bermula tanpa Lovato pada Januari 2011, berfokus pada aspek So Random! dan bukan pula yang di sebalik tabir. Pada April 2011, Disney Channel mengesahkan bahawa Lovato tidak akan kembali sebagai watak utama siri ini dan Sonny with a Chance tidak akan kembali, sebaliknya memilih untuk menjenamakan semula musim ketiga yang sudah mula dirakam sebagai spin-off yang berjudulkan So Random!. Spin-off ini disiarkan untuk satu musim sebelum dibatalkan.

Rujukan

Pautan luar

  • Tapak web rasmi
  • Sonny with a Chance di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  • Sonny with a Chance di TV.com
  • Sonny with a Chance di TV Guide

Templat:Sonny with a Chance


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Sonny with a Chance by Wikipedia (Historical)


ghbass