Aller au contenu principal

Darren T. Holmes


Darren T. Holmes


Darren T. Holmes ialah seorang penyunting filem Amerika Syarikat yang berkarya dalam filem-filem animasi seperti The Iron Giant (1999), Lilo & Stitch (2002), Ratatouille (2007), How to Train Your Dragon (2010), dan The Croods (2013). Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting perundingan untuk Song of the Sea (2014).

Holmes terpilih menjadi anggota American Cinema Editors.

Holmes juga merupakan anggota Akademi Sains dan Seni Perfileman.

Rujukan

Pautan luar

  • Darren T. Holmes di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Darren T. Holmes by Wikipedia (Historical)