Aller au contenu principal

Namanzee Harris


Namanzee Harris


Namanzee Harris merupakan seorang eksekutif media Malaysia. Beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah sejak 1 Julai 2019.

Namanzee dilahirkan dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor, merupakan anak kedua daripada empat beradik. Bapanya ialah pesara tentera laut di Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran) dari Universiti Putra Malaysia serta turut memiliki sijil Darjah Khas dari Sekolah Agama Datuk Abdullah Esa, Johor Bahru.

Selepas tamat belajar di UPM, Namanzee menyertai Astro pada 2004 sebagai pembantu penerbitan dan kemudian menjadi pengurus saluran TV AlHijrah. Jawatan terakhir beliau di Astro ialah sebagai Ketua Jabatan Strategi Kandungan & Inovasi.

Pada 1 Julai 2019, beliau dilantik sebagai CEO yang baru bagi menggantikan Saidi Yaacob. Pengerusi TV AlHijrah, Hussamuddin Yaacub berkata pelantikan Namanzee dibuat berdasarkan pengalaman luas dalam dunia penyiaran serta mempunyai latar belakang media: “Kami amat gembira dengan pelantikan beliau, di mana beliau memiliki pengalaman enam belas tahun di dalam dunia penyiaran serta pernah menyandang jawatan Ketua Jabatan Strategi Kandungan & Inovasi di Astro".

Rujukan


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Namanzee Harris by Wikipedia (Historical)


INVESTIGATION