Aller au contenu principal

Miss Universe 2019


Miss Universe 2019



Miss Universe 2019 adalah pertandingan Miss Universe ke-68 yang telah diadakan pada 8 Disember 2019 di Tyler Perry Studios di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Catriona Gray dari Filipina memahkotakan penggantinya Zozibini Tunzi dari Afrika Selatan pada akhir acara. Ini merupakan kemenangan ketiga Afrika Selatan selepas kemenangan Demi-Leigh Nel-Peters pada 2017. Edisi ini juga menyaksikan pemahkotaan pemenang wanita berkulit hitam pertama sejak Leila Lopes yang dinobatkan pada tahun 2011.

90 peserta telah menyertai pertandingan tahun ini. Steve Harvey kembali sebagai hos untuk tahun kelimanya serta Olivia Culpo dan Vanessa Lachey sebagai hos di belakang pentas dan menampilkan Ally Brooke sebagai penghibur undangan. Edisi ini juga telah menampilkan mahkota terbaharu iaitu Mouawad Power of Unity. Swe Zin Htet dari Myanmar menjadi peserta lesbian terbuka pertama untuk bersaing untuk gelaran Miss Universe.

Latar Belakang

Lokasi dan tarikh

Pada 19 Disember 2018, DZMM, sebuah stesen radio Filipina dan sponsor utama Miss Universe 2016, Chavit Singson menyatakan bahawa Miss Universe 2019 akan diadakan di Korea Selatan namun belum disahkan secara rasmi oleh pihak Miss Universe Organization.

Pada 31 Oktober 2019, Miss Universe Organization mengesahkan bahawa edisi kali ke-68 akan diadakan pada 8 Disember 2019 di Tyler Perry Studios di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.

Keputusan

Anugerah Khas

Juri

Berikut adalah senarai juri Miss Universe 2019:

  • Gaby Espino – Pelakon asal Venezuela
  • Sazan Hendrix – Usahawan
  • Riyo Mori – Miss Universe 2007 dari Jepun
  • Cara Mund – Miss America 2018
  • Bozoma Saint John – Pengusaha dan Eksekutif pemasaran
  • Crystle Stewart – Miss USA 2008
  • Paulina Vega – Miss Universe 2014 dari Colombia
  • Olivia Jordan (Hanya di pusingan penyingkiran) - Miss USA 2015

Peserta

90 peserta bertanding untuk gelaran Miss Universe 2019:

Rujukan

Giuseppe Zanotti Luxury Sneakers

Pautan luar

  • Laman sesawang rasmi Miss Universe

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Miss Universe 2019 by Wikipedia (Historical)



PEUGEOT 205