Aller au contenu principal

APEC Malaysia 2020


APEC Malaysia 2020


APEC Malaysia 2020 ialah mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Malaysia bermula pada Disember 2019 hingga November 2020.

Malaysia sebelum ini pernah menjadi tuan rumah mesyuarat APEC pada tahun 1998. Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah dipilih menjadi pemimpìn pertama yang dipilih untuk mengacarakan mesyuarat APEC buat kali kedua.

Namun, selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, tugas itu diambil alih oleh pengganti beliau selaku Pengerusi APEC 2020, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mesyuarat terpaksa ditunda kerana wabak penyakit koronavirus 2019 masih menular. Namun, Menteri Kanan Kluster Ekonomi, Azmin Ali menyatakan mesyuarat tersebut akan diteruskan juga setelah mendapat komitmen daripada para pemimpin negara-negara APEC.

Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC

Wakil yang menghadiri ke mesyuarat ini :

Mesyuarat

Pada 20 November 2020, Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald Trump adalah antara 21 pemimpin yang menyertai Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC tahun ini secara maya yang telah dihoskan oleh Perdana Menteri Malaysia kelapan Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur, Malaysia.

Presiden Trump mengulangi komitmen dan berjanji bahawa pentadbirannya akan menggalakkan keamanan dan kemakmuran di rantau Indo-Pasifik melalui pertumbuhan ekonomi yang utuh, bekerjasama ke arah pewujudan perniagaan dan pelaburan bebas, terbuka dan tanpa diskriminasi untuk memulihkan ekonomi mereka yang terjejas oleh koronavirus.

Semua ahli wakil APEC bersetuju dengan Presiden Trump dan buat pernyataan bersama untuk melaksanakan perdagangan bebas dan terbuka serta membantu orang yang dikena oleh pandemik COVID-19.

Mereka juga menyenaraikan akses digital dan keselamatan digital secara saksama dalam satu lagi pernyataan bersama yang mereka namakan sebagai "Wawasan Putrajaya APEC 2040 (APEC Putrajaya Vision 2040)".

Rujukan

Pautan luar

  • Laman web rasmi
  • APEC Malaysia 2020 di Twitter

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: APEC Malaysia 2020 by Wikipedia (Historical)