Aller au contenu principal

Atas Nama Cinta (novel)


Atas Nama Cinta (novel)


Atas Nama Cinta ialah novel 2007 oleh penulis novel Malaysia, Lily Suriani, diterbitkan oleh Alaf 21. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2012.

Sinopsis

Sukarnya Firas menakluki hati dan cinta Ardini. Pelbagai cara dilakukan agar gadis punjaan hati menjadi miliknya yang abadi. Bukankah cinta itu satu pengorbanan? Dan itulah yang menguntumkan kemanisan cinta. Ijab kabul bukti bahawa cinta mereka bukan hanya di bibir.

Gelora ombak dan taufan telah mengaramkan bahtera cinta mereka ketika disinari cahaya bahagia. Namun, mengapa ada insan yang mencemburui keindahan cinta mereka? Mengapa perlu ada duri-duri yang menghalang mereka ke puncak kasih hingga hati mereka tercalar luka? Atas nama cinta, mereka berpegang teguh pada janji setia...

Keluaran dan legasi

Atas Nama Cinta dikeluarkan pada 2007 oleh Alaf 21. Pada tahun 2012, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia bermula 13 Februari 2012 di TV3, dibintangi oleh Shahz Jaszle, Fiza Halim, Shah Iskandar dan Tasha Shilla.

Rujukan

Pautan luar

  • Laman web rasmi


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Atas Nama Cinta (novel) by Wikipedia (Historical)


ghbass