Aller au contenu principal

Isabel, Puteri Empayar Brazil


Isabel, Puteri Empayar Brazil


Dona Isabel (29 Julai 1846 – 14 November 1921), nama julukan "the Redemptress" (Penebus), merupakan heiress presumptive kepada takhta Empayar Brazil, memegang gelaran Puteri Empayar. Baginda juga berkhidmat sebagai pemangku Empayar pada tiga peristiwa.

Isabel diputerakan di Rio de Janeiro, puteri sulung Maharaja Pedro II dan Maharani Teresa Cristina, dan oleh itu ahli cabang Brazil Kerabat Braganza (bahasa Portugis: Bragança). Selepas kemangkatan dua kakandanya semasa kecil, baginda diiktiraf sebagai pewaris raja paduka ayahandanya. Baginda mengahwini seorang putera Perancis, Gaston, Count Eu, dalam satu perkahwinan yang diatur dan baginda berdua dikurniakan tiga orang putera.

Apabila paduka ayahandanya berangkat ke luar negeri, Isabel diangkat sebagai pemangku. Pada pemangkuan ketiga dan terakhir baginda, baginda giat berusaha supaya undang-undang itu diluluskan dan akhirnya menandatangani satu undang-undang bernama Lei Áurea atau Undang-undang Emas, memerdekakan kesemua hamba abdi di Brazil. Walaupun tindakan itu secara umum terkenal, terdapat penentangan kuat terhadap pewarisan baginda ke takhta. Jantinanya, pegangan kuatnya terhadap ajaran Katolik dan perkahwinannya dengan orang asing dipandang sebagai kecacatan menentangnya, dan pembebasan hamba abdi menimbulkan rasa tidak suka dalam kalangan pengurus ladang. Pada tahun 1889, kerabat baginda digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera dan baginda menghabiskan 30 tahun terakhir kehidupannya dibuang negeri ke Perancis.]]

Keputerian

Isabel diputerakan pada pukul 6:30 p.m. tanggal 29 Julai 1846 di Istana São Cristóvão di Rio de Janeiro. kepada Maharaja Pedro II dan Permaisuri Teresa Cristina. Beliau dibaptis dalam sebuah upacara di Igreja da Glória (Gereja Kejayaan) pada 15 November tahun sama. Raja Ferdinand II dari Portugal dan nenek sebelah ibunya María Isabella dari Sepanyol menguruskan upacara keagamaan ini.

Gelaran dan kurniaan

Terasul dan gelaran

  • 29 Julai 1846 – 11 Jun 1847: Her Highness (Yang Amat Mulia) Puteri Dona Isabel dari Brazil
  • 11 Jun 1847 – 19 Julai 1848: Her Imperial Highness (Yang Teramat Mulia) Puteri Empayar
  • 19 Julai 1848 – 9 Januari 1850: Her Highness (Yang Amat Mulia) Puteri Dona Isabel dari Brazil
  • 9 Januari 1850 – 14 November 1921: Her Imperial Highness (Yang Teramat Mulia) Puteri Empayar
    • 15 Oktober 1864 – 14 November 1921: menandatangani surat peribadinya sebagai "Isabel, Condessa d'Eu"
    • 1871–72, 1876–77, 1887–88: Her Imperial Highness (Yang Teramat Mulia) Puteri Empayar Pemangku

Gelaran penuh puteri ialah "Yang Teramat Mulia Senhora Dona Isabel, Puteri Empayar Brazil."

Kurniaan

Puteri Isabel merupakan penerima kepada darjah kebesaran Brazil berikut:

  • Grand Cross of the Order of Christ.
  • Grand Cross of the Order of Saint Benedict of Aviz.
  • Grand Cross of the Order of Saint James of the Sword.
  • Grand Cross of the Order of the Southern Cross.
  • Grand Cross of the Order of Pedro I.
  • Grand Cross of the Order of the Rose.

Baginda juga penerima kurniaan asing berikut:

  • Band of the Spanish Order of Queen Maria Luisa
  • Band of the Portuguese Order of Saint Isabel
  • Insignia of the Austrian Order of the Starry Cross
  • Grand Cross of the Mexican Imperial Order of Saint Charles

Salasilah

Keturunan

Anakanda

Perkahwinan Puteri Isabel dengan Putera Gaston mengurniakan tiga orang putera dan seorang puteri. Putera sulung dinamakan sempena ayahanda baginda puteri, sebagai anakanda pertama pewaris raja, diberi gelaran Putera Grão Pará. Putera-puteri Puteri Isabel ialah

  • Dona Luíza Vitória de Orléans e Bragança (1874–1874) (mangkat ketika diputerakan),
  • Dom Pedro de Alcântara de Orléans e Bragança (1875–1940),
  • Dom Luiz de Orléans e Bragança (1878–1920),
  • Dom Antônio de Orléans e Bragança (1881–1918).

Nota

Nota kaki

Giuseppe Zanotti Luxury Sneakers

Rujukan

Pautan luar

  • D. Isabel I the Redemptress Cultural Institute

Templat:Empire of Brazil Templat:Brazilian princesses Templat:Princesses of Orléans by marriage Templat:House of Braganza Templat:Brazilian Imperial Family


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Isabel, Puteri Empayar Brazil by Wikipedia (Historical)






Text submitted to CC-BY-SA license. Source: by Wikipedia (Historical)






Text submitted to CC-BY-SA license. Source: by Wikipedia (Historical)