![Damansara Utama (kawasan negeri) Damansara Utama (kawasan negeri)](/modules/owlapps_apps/img/nopic.jpg)
Damansara Utama ialah bekas kawasan pilihan raya negeri yang telah diwakili oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sejak tahun 1986 sehingga 2018.
Kawasan pilihan raya ini dimandatkan dengan mengembalikan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada Dewan Undangan Negeri Selangor di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu.
Kawasan ini telah diciptakan pada tahun 1984 dan ia terletak di negeri Selangor. Pada tahun 2018, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah mengesyorkan kawasan negeri ini, Damansara Utama untuk dipinda. Kini, ia dikenali sebagai Bandar Utama. Kawasan ini dipinda kerana perubahan sempadan atau nama asalnya tidak sesuai digunakan lagi. Berdasarkan warta yang diperakui pada 29 April 2016, kawasan pilihan raya ini mempunyai 17 daerah mengundi iaitu SS 21 Utara, SS 20, Seksyen 17A, Damansara Jaya Utara, SS 2 Utara, Seksyen 19, SS 2 Tengah, SS 23, SS 24, SS 26, Kampung Chempaka, SS 25, SS 4, SS 2 Selatan, Seksyen 21 Barat, SS 21 Selatan dan Damansara Jaya Selatan. Masing-masing mempunyai satu atau lebih pusat pengundian.
Owlapps.net - since 2012 - Les chouettes applications du hibou