Aller au contenu principal

Stesen MRT Sentul Barat


Stesen MRT Sentul Barat


Stesen MRT Sentul Barat ialah stesen Transit Aliran Deras (MRT) bawah tanah, di Kuala Lumpur yang menjadi tempat perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL). Stesen ini akan dibuka rasmi pada 16 Mac 2023 dibawah pembukaan Fasa 2 laluan tersebut. Ia terletak di antara Stesen MRT Jalan Ipoh dan Stesen MRT Titiwangsa serta mempunyai kod stesen iaitu PY16. Nama asal stesen ini ialah Sentul West, sebelum ditukar ke Sentul Barat.

Sejarah

Pada 15 September 2016, MRT Corp telah mengumukan bahawa stesen Sentul West akan menjadi sebahagian daripada cadangan jajaran stesen Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (kini Laluan Putrajaya), melalui video yang ditayangkan secara rasmi di Youtube, bertajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video". Stesen MRT Sentul West terletak sektor landasan kereta api bawah tanah Laluan Putrajaya Kod awal untuk pembinaan struktur stesen ini ialah S12. Nama stesen telah diubah menjadi nama stesen sedia ada iaitu, Sentul Barat pada tarikh yang tidak diketahui.

Stesen ini tertelak di bawah tanah dan di bawah kontrak kerja pembinaan bawah tanah. Pembinaan struktur stesen termasuk aras legar, platform, pintu stesen dan struktur berkaitan bagi kontrak itu telah dianugerahkan kepada syarikat MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd, pada tahun Mac 2016 dengan jumlah sebanyak RM 15.47 bilion, oleh MRT Corp. Kontrak kerja pembinaan bawah tanah sepanjang 13.5 kilometer (8.4 bt) itu, juga merangkumi pembinaan stesen MRT Sentul Barat sehingga stesen MRT Bandar Malaysia Selatan. Pembinaan stesen ini ialah di bawah nanungan projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT).

Stesen MRT Sentul Barat telah dibuka kepada orang ramai dan memulakan operasinya pada bulan Mac 2023 bersama-sama stesen-stesen Laluan Putrajaya di bawah Fasa 2 yang lain, iaitu dari stesen Kampung Batu sehingga Putrajaya Sentral. Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 telah diumumkan pada 23 Disember 2022 oleh MRT Corp. Walaupun begitu, mengikut perancangan asal stesen ini patut dibuka pada Julai 2022, tetapi pembukaannya menghadapi kelewatan lagi dan ditangguhkan pada Januari 2023 akibat sesi ujian set gerabak kereta api mengambil masa lama daripada biasa dan belum selesai.

Ciri-ciri stesen

Perkhidmatan

Stesen MRT Sentul Barat menyediakan perkhidmatan Laluan Putrajaya (PYL), dan terletak di antara stesen Jalan Ipoh dan Titiwangsa. Kod stesen yang rasmi bagi stesen ini ialah PY16.

Lokasi

Stesen ini terletak di bawah Jalan Sultan Azaln Shah (Jalan Ipoh), di Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen MRT Sentul Barat akan menghubungkan penduduk sekitar di Sentul, Taman Million, Kampung Kasipillay, Taman Segambut, dan Taman Goh Nam Huat. Mercu tanda berhampiran dengan stesen MRT Sentul Barat ialah Stesen Komuter Sentul, yang menyediakan perkhidmatan Laluan Seremban, Tanah Perkuburan Islam Segambut, Kondominium Putra Majestik, Kondominium The Birch, Kondominium Court 28 Residence, Wisma TCT, Kondominium Rivercity, Kuil Sri Thandayuthapani Sentul, SK Sri Dhandayuthapani, dan SK Sentul Utama.

Pelan stesen

Stesen ini adalah stesen bertingkat dan mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya. Terdapat dua platform menuju ke terminus laluan; Platform 1 ke Putrajaya Sentral manakala Platform 2 pula menuju ke Kwasa Damansara.

Infrastruktur stesen

Berdasarkan Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang yang diterbitkan oleh Rapid KL, Stesen MRT Sentul Barat tidak dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan berbayar.

Stesen MRT Sentul Barat dilengkapi dengan kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, tulisan braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, tandas awam, surau lelaki dan perempuan, pusat perkhidmatan pelanggan, eskalator, tangga turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri. Stesen ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan bas pengantara di pintu C, dan bas tempatan di pintu B dan C.

Pintu stesen

Stesen MRT Sentul Barat mempunyai tiga pintu masuk dan keluar stesen, yang dikelaskan mengikut abjad iaitu A, B, dan C. Satu daripadanya pembinaanya telah diketepikan dan selebihnya akan dibina serta beroperasi seperti biasa.

Rujukan


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Stesen MRT Sentul Barat by Wikipedia (Historical)