Aller au contenu principal

Felda United FC


Felda United FC


Kelab Bola sepak Felda Bersatu atau KB Felda Bersatu adalah kelab bola sepak profesional Malaysia yang berpusat di Jengka, Pahang. Dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). Pasukan ini beraksi di liga utama bola sepak Malaysia, iaitu Liga Super Malaysia. Selepas merangkul kejuaraan Liga Premier Malaysia 2018, pasukan ini layak dipromosikan ke Liga Super. Dikenali dengan jolokan The Fighters di kalangan peminat, Felda United telah mengambil bahagian dalam liga bola sepak Malaysia sejak tahun 2007.

Sejarah

Kelab Bola sepak Felda Bersatu ditubuhkan pada 19 Januari 2007 untuk menyertai Liga Bola Sepak Malaysia bermula dengan Piala FAM 2007. Penubuhan dan pembangunan pasukan ini dimulakan oleh Felda. Pengenalan pasukan ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu Najib Razak pada 19 Januari 2007. Oleh kerana sukan bola sepak merupakan sukan utama di Malaysia dengan sejumlah besar penyokong, Felda memutuskan untuk melangkah lebih jauh ke industri bola sepak kerana mempunyai infrastruktur dan kemudahan cukup. Kelab ini memulakan perjalanan mereka dengan membuat debut di Liga Bola Sepak Malaysia dengan bermain di liga bahagian peringkat ketiga, Piala FAM Malaysia. Sekarang, kelab ini mendapat perhatian para penyokong terutamanya generasi Felda. Felda Bersatu dikenali dengan nama Budak Felda. Para penyokong pasukan ini menggunakan sorakan Serang Bang Serang setiap kali perlawanan Felda Bersatu berlangsung.

Stadium

Stadium utama Felda United adalah Stadium Tun Abdul Razak di Jengka, Pahang. Pasukan ini secara rasmi mula bermain di stadium ini pada tahun 2016 hingga kini. Stadium ini selesai pembinaannya pada akhir 2015.

Dalam penglibatan awal mereka di Liga Bola Sepak Malaysia, pasukan ini pernah beraksi di Stadium Petronas di Bangi, Selangor dan juga telah bermain beberapa perlawanan di Stadium Mindef di Kuala Lumpur apabila Stadium Petronas tidak digunakan. Mereka juga bermain di Stadium Petaling Jaya dan Stadium Selayang di Selangor, Stadium Hang Jebat di Melaka dan Stadium KLFA di Kuala Lumpur, sebelum berpindah ke Stadium Tun Abdul Razak untuk musim 2016 dan seterusnya.

Penajaan

Pemain

Skuad Utama

Sehingga 14 Februari 2020

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

Kelab Feeder

Felda United FC mempunyai kelab feeder nya tersendiri iaitu kelab Young Fighters FC. Dimana pasukan ini beraksi di divisyen 3 liga bola sepak Malaysia, Liga M3 Malaysia. Kelab ini ditubuhkan pada tahun 2015 dan turut dibiayai oleh syarikat FELDA.

Pencapaian

Domestik

Rekod

Domestik

Asia

  • Piala AFC: 1 Penampilan
    • 2017: Peringkat Kumpulan

Struktur organisasi

Pegawai-pegawai senior

  • Penasihat:
  • Presiden: Kosong
  • Timbalan Presiden: Datuk Mohd Isa Abu Kasim
  • Naib Presiden 1: Kosong
  • Naib Presiden 2: Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman
  • Setiausaha Agung: Zulkarnain Muhammad
  • Bendahari: Shahrin Mohd Ali

Pegawai pasukan

  • Pengurus Pasukan: Jamaludin Ahmad
  • Penolong Pengurus Pasukan: Mohd Norhafizi Abdul Rahim
  • Koordinator: Mohamad Faizal Taha
  • Ketua Jurulatih: Mohd Nidzam Jamil
  • Penolong Ketua Jurulatih :
  • Jurulatih 1: Mohd Zahid Hashim
  • Jurulatih 2: Mohd Khairul Ismail
  • Jurulatih Penjaga Gol: Azlisham Ibrahim
  • Jurulatih Kecergasan: Ahmad Radzi Salleh Raibi
  • Ketua Fisioterapi: Fikri Yusri
  • Ahli Fisioterapi: Shukri Arifin

Pengurus

Jurulatih

Persatuan yang Menyelia

  • Persatuan Bola Sepak Felda Malaysia

Pautan luar

  • Laman rasmi Felda United Diarkibkan 2012-03-14 di Wayback Machine

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Felda United FC by Wikipedia (Historical)



PEUGEOT 205