Aller au contenu principal

Baddrol Bakhtiar


Baddrol Bakhtiar


Yang Berhormat Baddrol bin Bakhtiar (lahir di Sarawak, 1 Februari 1988; umur 36 tahun) ialah seorang ahli politik dan bekas pemain bola sepak profesional kebangsaan Malaysia yang menamatkan kerjaya bola sepaknya sebagai Kapten Pasukan Sabah. Beliau telah bermain untuk pasukan Sabah sebagai kapten pasukan pada tahun 2022 sehingga tahun 2023. Beliau juga pernah memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2009 dan 2011 bersama skuad Malaysia B-23.

Kehidupan awal

Baddrol dilahirkan di Sarawak ketika bapanya bertugas sebagai anggota tentera di sana. Kedua-dua ibu dan bapanya berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ibunya dari Kampung Lanjut Manis, Tanjung Ipoh, manakala bapanya dari Kampung Gemetir, Terachi.

Baddrol dibesarkan dan bersekolah di Sungai Petani, Kedah iaitu negeri terakhir tempat bapanya bertugas.

Kerjaya

Penglibatan awal

Baddrol mula mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden. Dia kemudian diserapkan ke skuad Sukan Malaysia Kedah pada 2006. Sepanjang berlangsungnya Sukan Malaysia, Baddrol sering berada dalam kesebelasan utama.

Kedah

Baddrol diserapkan ke skuad utama Kedah pada musim 2006/07 dan bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama dengan K. Soley di bahagian sayap kanan atau dengan Mohd Khyril Muhymeen Zambri di bahagian sayap kiri.

Pemergian K. Soley ke Perlis membuka peluang untuk Baddrol beraksi dalam kesebalasan utama. Pada musim 2007/08, Baddrol menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menjaringkan 14 gol keseluruhan iaitu 8 gol Liga Super, 2 gol Piala Malaysia, Piala FA dan Piala AFC.

Bawah 20 Malaysia

Baddrol mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan kelayakan Belia Asia pada tahun 2005. Malaysia berjaya menumpaskan Myanmar 4-2 dan layak bermain di Bangalore, India pada tahun 2006. Bagaimanapun, penampilan pertama Baddrol dalam kejohanan Belia Asia bermula dengan langkah kiri apabila dia menjaringkan gol sendiri semasa menentang Vietnam.

Baddrol turut bermain di kejohanan Piala Juara Belia. Permainan yang ditunjukkannya semasa menentang Chelsea menarik minat kelab itu untuk membawanya ke Stamford Bridge.Beliau menjadi kapten Malaysia B-23 sepanjang tahun 2011.Brliau menjadi wira malaysia apabila menjuarai sukan sea 2011 apabila nenjadi hero penentuan penalti

Peluang ke Stamford Bridge

Pada 6 April 2008, Pengerusi Gifted Group Jonathan Price mengotakan janjinya untuk memberi pengalaman kepada Baddrol dan rakannya Mohd Bunyamin Umar untuk mengikuti latihan selama dua minggu di Stamford Bridge.

Politik

Baddrol telah menyertai Perikatan Nasional pada Julai 2023, dan dicalonkan dalam pilihan raya negeri Kedah 2023 mewakili Perikatan Nasional bagi DUN Gurun.

Keputusan pilihan raya

Pencapaian

Bersama Kedah

  • Liga Super - 2007, 2008
  • Piala FA - 2007, 2008, 2017, 2019
  • Piala Malaysia - 2007, 2008, 2016
  • Liga Premier - 2006, 2015
  • Piala Sumbangsih - 2017

Bersama Malaysia

  • Emas Bola Sepak Sukan Sea - 2009, 2011

Rujukan

https://anakbapak.com/baddrol-bakhtiar/

Collection James Bond 007

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Baddrol Bakhtiar by Wikipedia (Historical)



INVESTIGATION