Aller au contenu principal

Stesen keretapi Batang Kali


Stesen keretapi Batang Kali


Stesen Keretapi Batang Kali ialah sebuah stesen perhentian keretapi di Bandar Baru Batang Kali, Selangor, Malaysia. Stesen ini dibuka pada 21 April 2007 bersama dengan stesen Rasa dan stesen Serendah. Terdapat dua platform sisi iaitu Platform 1 (bercantum dengan bangunan utama stesen di sebelah timur, untuk kereta api ke arah selatan) dan Platform 2 (di sebelah barat, untuk kereta api ke arah utara).

Stesen keretapi Batang Kali merupakan perhentian utama di daerah Hulu Selangor kerana satu-satunya perhentian yang mempunyai perkhidmatan ETS jarak jauh. Tren ETS memulakan perhentiannya di Batang Kali pada tanggal 1 Julai 2015 dengan laluan KL Sentral ke Ipoh, membawa perkhidmatan ETS Silver. Pada tanggal 18 Disember 2017, perkhidmatan ETS di Batang Kali telah diperluas ke laluan Gemas dan Padang Besar dengan membawa perkhidmatan ETS Gold. Sehingga hari ini (15 Januari 2022), perkhidmatan ETS di Batang Kali masih aktif dengan laluan Gemas - KL Sentral - Ipoh - Butterworth - Padang Besar, membawa ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ETS Platinum, ETS Gold dan ETS Silver.

Kini, stesen Batang Kali menjadi salah satu stesen yang tersibuk di daerah Hulu Selangor akibat jumlah pengguna yang semakin tinggi saban tahun.


Pelan Stesen





Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Stesen keretapi Batang Kali by Wikipedia (Historical)