Aller au contenu principal

Stesen keretapi Tanjung Malim


Stesen keretapi Tanjung Malim


Stesen keretapi Tanjung Malim merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di utara Tanjung Malim, Perak, Malaysia. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM ETS dan terletak dalam jajaran Laluan Pelabuhan Klang.

Sejarah

Stesen keretapi Tanjung Malim telah dibuka pada tahun 1899 apabila landasan kereta api dari Tapah ke Tanjong Malim siap dibina. Namun pada tahun 2009, Stesen keretapi Tanjung Malim telah dipindahkan ke bangunan yang baharu dalam Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Rawang.

Perkhidmatan kereta api

Stesen keretapi Tanjung Malim menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui KTM ETS dan komuter Laluan Pelabuhan Klang.

Melalui Laluan KTM ETS, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;

  • 16 perlepasan ke Kuala Lumpur Sentral
  • dua perlepasan ke Gemas
  • 16 perlepasan ke Ipoh
  • enam perlepasan ke Butterworth
  • lima perlepasan ke Padang Besar

Melalui Laluan KTM Komuter Pelabuhan Klang, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;

  • 24 perlepasan ke Sungai Buloh
  • tujuh perlepasan ke Kuala Lumpur Sentral

Struktur stesen

Stesen ini mempunyai dua platform dengan tiga trek landasan. Selain kemudahan tiket dan kemudahan asas, stesen ini dilengkapi ruang untuk penghuni pentadbiran, serta kiosk dan jejantas tambahan (yang digabungkan dengan jejantas untuk pengguna komuter sahaja) bagi pejalan kaki yang hanya mahu melintas landasan. Stesen ini juga menyediakan kemudahan asas untuk penumpang kurang upaya. Pintu masuknya di timur laut menghadap jalan cabang yang membawa ke arah barat ke pusat bandar Tanjung Malim.

Satu platform sisi dan satu platform tengah stesen ini ditetapkan sebagai Platform 1 (bersempadan dengan bangunan stesen utama di barat, untuk menaiki kereta api ke arah utara), Platform 2 (di timur, untuk menaiki kereta api ke arah selatan), dan Platform 3.

Rujukan

  • "KTM Komuter Services For Rawang - Rasa Sector Launched". Official Keretapi Tanah Melayu website. April 21, 2007. Dicapai pada 2007-05-03.
  • "KTM Komuter New Route : Rawang - Kuala Kubu Bharu". Official Keretapi Tanah Melayu website. January 2, 2008. Dicapai pada 2008-01-02.
  • "KTM Komuter service to Tanjung Malim, Perak (Perkhidmatan KTM Komuter Ke Tanjung Malim, Perak)". Official Keretapi Tanah Melayu website. June 1, 2008. Dicapai pada 2008-06-03.


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Stesen keretapi Tanjung Malim by Wikipedia (Historical)