Aller au contenu principal

Perbezaan sebutan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia


Perbezaan sebutan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia


Seperti bahasa bahasa lain, bahasa Melayu perbualan mempunyai banyak loghat, sejauh Kelantan dan Brunei. Setiap mempunyai sebutannya tersendiri dan boleh dikenali dengan mudah oleh penutur ibunda. Bahasa Melayu piawai telah pun wujud sebagai daftar piawai sejak zaman Kesultanan Johor, berdasarkan dialek Johor manakala Bahasa Indonesia, daftar piawai di Indonesia, wujud pada 1901.

Perbezaan antara bahasa Melayu piawai di Semenanjung Malaysia dan bahasa Indonesia terletak pada sebutan akhir perkataan-perkataan yang mempunyai huruf vokal a dan u, dan huruf r. Contoh contoh ditunjukkan di bawah:

Vokal a ultima

Pengguguran bunyi vokal a kepada e pepet [ə] di Semenanjung Malaysia dan pengekalannya di Indonesia untuk perkataan yang berakhir dengan "a". Sebelum pembaharuan ejaan di Malaysia, huruf a yang bersebutan baku [ə] ditulis ă, seperti dalam Bahasa Romania.

Pengguguran bunyi vokal a ini adalah mengikut sebutan Johor-Riau, iaitu piawai bagi bahasa Melayu yang digunakan oleh MABBIM.

Vokal u ultima

Apabila huruf vokal u diapit dua huruf konsonan dalam suku kata akhir, pengguna bahasa Melayu Semenanjung Malaysia selalunya menggugurkan bunyi u dan menggantikannya dengan bunyi o. Sebelum pembaharuan ejaan 1972, perkataan u ultima dieja o

Pengguguran r hujung

Pengguguran ini sememangnya terlalu biasa dilakukan di Semenanjung Malaysia kerana dianggap sebagai tidak rhotic:

Pengguguran r tengah

Pengguguran bunyi ini tidak semestinya dilakukan oleh penutur bahasa Melayu Semenanjung Malaysia. Kadang kala bunyi r disebut terlalu laju sehingga kedengaran seolah-olah digugurkan:

Vokal i hujung

Penukaran bunyi vokal i kepada e taling sering dilakukan di Semenanjung Malaysia:

Lihat juga

  • Perbezaan antara Bahasa Melayu Piawai dan Bahasa Indonesia
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Indonesia

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Perbezaan sebutan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia by Wikipedia (Historical)