Aller au contenu principal

Bandar Sunway


Bandar Sunway


Bandar Sunway merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Selangor.

Selangor dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).

Pentadbiran

Bandar Sunway merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Selangor, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Petaling.

Bandar Sunway ialah sebuah bandar di konurbasi Lembah Klang di Selangor, Malaysia. Ia terletak di daerah Petaling. Bandar ini berdekatan dengan kawasan baru tepi lebih besar UEP Subang Jaya (USJ), dan Subang Jaya.

Sejarah

Bandar Sunway dibangunkan oleh Sunway City Group of Companies. Pembinaan bermula pada tahun 1986 bagi membangunkan Bandar Sunway.

Kemudahan

Selama ini, Bandar Sunway berkembang menjadi sebuah komuniti yang banyak menikmati pelbagai kemudahan, seperti sekolah-sekolah, kolej-kolej, hospital, temapt beribadat, dan kawasan niaga yang giat seperti kompleks beli-belah Sunway Pyramid.

Bandar Sunway dihubungkan erat dengan bandaraya Kuala Lumpur, Shah Alam dan Petaling Jaya, serta perbandaran Subang Jaya dan Klang melalui serangkaian lebuh raya, iaitu Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Lembah Kelang Baru (NKVE), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah dan Lebuhraya Damansara-Puchong. Bandar Sunway juga boleh dicapai melalui rangkaian rel, iaitu KTM Komuter.

Bandar Sunway juga terkenal sebagai pusat pengajian tinggi dengan adanya tiga buah institusi utama di kawasan tersebut, iaitu Universiti Monash, Kolej Universiti Sunway, dan The One Academy.

In addition to these services, a ride-pooling on-demand service known as Kumpool is available.


Rujukan

Pautan luar

  • Sunway Group Official Website
  • Sunway Pyramid
  • Monash University
  • Sunway University College


Giuseppe Zanotti Luxury Sneakers

Pautan luar

  • KOD PENCAMAN LOT TANAH – Unique Parcel Identifier : UPI Diarkibkan 2017-12-27 di Wayback Machine

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Bandar Sunway by Wikipedia (Historical)