Aller au contenu principal

Stesen BRT Mentari


Stesen BRT Mentari


Stesen BRT Mentari ialah stesen BRT yang terletak di Subang Jaya, Selangor dan merupakan stesen bagi BRT Laluan Sunway. Stesen ini dibuka apabila laluan ini mula berkhidmat di stesen ini pada 2 Jun 2015. Seperti stesen-stesen BRT lain, stesen ini adalah stesen bertingkat.

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di atas Jalan PJS 8/9, Sunway Mentari, Petaling Jaya, Selangor. Di timur stesen adalah Sunway Mentari manakala di barat stesen adalah PJS 10. Juga terletak berhampiran adalah Masjid al-Husna, Gereja Methodist Subang (TRAC), pusat membeli-belah Sunway Pyramid, Pangsapuri Kayangan, Apartment Makmur, Bandar Sri Subang, PJS 8 dan PJS 10.

Pelan stesen

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan dua platform sisi untuk perkhidmatan BRT Laluan Sunway. Di setiap platform terdapat mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif. Bagi penumpang yang ingin menukar laluan, mereka perlu keluar dari sistem dan membeli tiket baharu kerana jejambat merentasi platform terletak di ruang tidak berbayar stesen.

Perkhidmatan bas

Stesen ini terletak berhampiran hentian bas Sunway Mentari (Barat) dimana bas RapidKL laluan 783 berkhidmat di hentian bas tersebut.

Rujukan



Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Stesen BRT Mentari by Wikipedia (Historical)



ghbass