Aller au contenu principal

Sukan Asia Tenggara 2011


Sukan Asia Tenggara 2011


Sukan Asia Tenggara ke-26 diadakan di Palembang dan Jakarta, Indonesia pada November 2011. Ini kali keempat Indonesia menjadi tuan rumah Sukan SEA, ia kali terakhir menganjurkan Temasya ini pada 1997. Seiring dengan Sukan SEA, SukanPara ASEAN ke-6 untuk atlit kurang upaya, bermula 2 minggu selepas Sukan SEA tamat, dengan pertandingan diadakan di Surakarta (Solo), Jawa Tengah, Indonesia.

Ibu negara Jakarta pernah menjadi tuah rumah Sukan Asia Tenggara sebanyak tiga kali, iaitu di 1979, 1987, dan 1997. Palembang menjadi tuan rumah Sukan SEA yang ketiga luar daripada ibu negara, selepas Chiang Mai dan Nakhon Ratchasima, Thailand.

Tuan rumah Indonesia mendapat pungutan pingat emas dan jumlah pingat terbanyak, kali pertama ia mengetuai jadual pingat sejak 1997, di mana ia turut menjadi tuan rumah.

Penganjuran

Lokasi

Lokasi di Palembang

Lokasi di Jakarta

Perkampungan atlet

Jakabaring, Palembang yang meliputi kawasan lebih daripada 45,000 meter persegi adalah perkampungan atlet (wisma atlet) semasa temasya. Ia terletak di hadapan Stadium Jakabaring (Gelora Sriwijaya).

Pemasaran

Maskot

Maskot rasmi untuk Sukan SEA 2011 di Indonesia dikenali sebagai Modo dan Modi, sepasang biawak komodo . Modo adalah biawak komodo jantan memakai pakaian tradisional biru Indonesia dan batik sarong, manakala Modi ialah biawak komodo betina yang memakai kebaya merah dengan batik sash dan seluar. maskot ini telah dipilih kerana biawak komodo, merupakan haiwan eksotik dan endemik di Indonesia, selain merupakan fauna asal yang mendiami Komodo, Rinca, Kepulauan Padar islands di Nusa Tenggara Timur. Maskot ini telah diperkenalkan dan dipersembahkan 200 hari sebelum Sukan SEA 2011 berlangsung pada, Isnin 25 April 2011 di tiga tempat iaitu: Jakarta, Teater Tanah Airku di Taman Mini Indonesia Indah dan Monumen Selamat Datang di Jakarta Tengah. "Modo" adalah perkataaan kependekan dari perkataan Komodo, manakala "Modo-Modi" ejaan yang ditukarkan dari gabungan perkataan Muda-Mudi yang bermaksud "belia" dalam bahasa Indonesia, yang berasal dari perkataan pemuda (belia lelaki) dan pemudi (belia wanita).

Temasya

Upacara pembukaan

Upacara pembukaan bermula pada jam 7:00 pm 11 November 2011 di Stadium Gelora Sriwijaya, Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang, Sumatera Selatan. Tarikh ini dipilih kerana ia jatuh pada tarikh unik 11-11-11. Dirasmikan oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, acara gilang-gemilang yang bertemakan Harmony in Victory itu berlangsung selama tiga jam melibatkan lebih 3,000 orang.

Upacara ini dibuka dengan persembahan muzik dan tarian, yang menceritakan sejarah Kerajaan Srivijaya. Ini diikuti dengan perarakan masuk kontinjen negara yang bertanding, dengan Indonesia selaku tuan rumah akhir sekali. Bendera Sukan SEA kemudian dinaikkan selepas Presiden Susilo secara rasmi mengisytiharkan pembukaan temasya kali ke-26 ini. Kemuncak upacara pembukaan ialah larian membawa masuk obor untuk diserahkan kepada Susi Susanti, yang menyalakan obor temasya. Acara ini diakhiri dengan persembahan lagu United & Rising yang liriknya ditulis sendiri Presiden Susilo sambil diiringi pertunjukan bunga api.

Acara sukan

Temasya Sukan SEA 2011 akan mempertandingkan pelbagai acara dalam 44 jenis sukan.

Acara sukan demonstrasi:

  • Kriket
  • Tarung Derajat - seni pertahan diri tradisional Sunda

Jadual pingat

Petunjuk

  *   Negara penganjur (Indonesia)

Lihat juga

  • Sukan Para ASEAN 2011

Rujukan

Pautan luar

  • Laman rasmi
  • Majlis Olimpik Asia - Senarai kawasan tuan rumah Sukan SEA
  • Blog Official 26th SEA Games blog


Giuseppe Zanotti Luxury Sneakers

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Sukan Asia Tenggara 2011 by Wikipedia (Historical)



PEUGEOT 205