Aller au contenu principal

Penyelesaian Terakhir


Penyelesaian Terakhir


Penyelesaian Terakhir (Jerman: (die) Endlösungcode: de is deprecated ) atau Penyelesaian Terakhir untuk Permasalahan Yahudi (Jerman: die Endlösung der Judenfragecode: de is deprecated , disebut [diː ˈɛntˌløːzʊŋ deːɐ̯ ˈjuːdn̩ˌfʁaːɡə]) ialah satu rancangan Nazi untuk menghapuskan bangsa Yahudi semasa Perang Dunia II. Dasar yang disengajakan ini dan genosid bersistematik diseluruh Eropah taklukan Jerman telah dirumuskan dalam syarat-syarat tatacara oleh kepimpinan Nazi pada Januari 1942 di Persidangan Wannsee berhampiran Berlin, dan memuncak dalam peristiwa Holokus yang menyaksikan pembunuhan 90 peratus orang Yahudi Poland, dan dua pertiga dari populasi Yahudi Eropah.

Tiada aspek Holokus telah dikaji dan dibahaskan secara intensif sebagai sifat dan masa keputusan yang membawa kepada Penyelesaian Terakhir. Program itu berkembang semasa 25 bulan pertama peperangan yang membawa kepada cubaan "membunuh setiap orang Yahudi sehingga habis yang berada dalam genggaman Jerman." Ramai sejarawan sepakat, ditulis Christopher Browning, bahawa Penyelesaian Terakhir tidak boleh dikaitkan dengan satu keputusan tunggal yang dibuat pada satu-satu masa tertentu. "Ia diterima secara umum proses membuat keputusan telah dilanjut dan ditambah." Pada tahun 1940, selepas Kejatuhan Perancis, Rancangan Madagascar telah direka oleh Adolf Eichmann untuk menempatkan semula populasi kaum Yahudi Eropah ke koloni Perancis; tetapi rancangan itu telah ditinggalkan kerana masalah logistik terutamanya disebabkan sekatan tentera laut. Setahun kemudian, tulis Raul Hilberg, dalam fasa pertama pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi, unit pembunuh bergerak mula memburu mangsa mereka diseluruh wilayah taklukan timur; dalam fasa kedua, merangkumi seluruh Eropah taklukan Jerman, mangsa-mangsa Yahudi telah dihantar dengan keretapi maut untuk ditempatkan ke kem penghapusan dengan tujuan pelaksanaan sistematik Penyelesaian Terakhir.

Lihat juga

  • Laporan Korherr ditulis pada 1943 tentang perkembangan Penyelesaian Terakhir
  • Ketibaan Telegram Höfle ke kem Einsatz Reinhardt
  • Peranan keretapi dalam Penyelesaian Terakhir
  • Sejarah bangsa Yahudi semasa Perang Dunia II
  • Rancangan Madagascar untuk penempatan semula bangsa Yahudi.
  • Porajmos, genosid Romani semasa Perang Dunia II

Nota

Petikan

Rujukan

Pautan luar

  • Website of the House of the Wannsee Conference
  • The Development of the Final Solution—lecture from Dr. Havi Dreifuss, Yad Vashem
  • Elimination of the Jewish National Home in Palestine: The Einsatzkommando of the Panzer army Africa, 1942 by Klaus-Michael Mallmann and Martin Cüppers
  • Death Decree: Göring directive officially launches the Final Solution
Collection James Bond 007

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Penyelesaian Terakhir by Wikipedia (Historical)