![Kementerian Kerja Raya Malaysia Kementerian Kerja Raya Malaysia](/modules/owlapps_apps/img/nopic.jpg)
Kementerian Kerja Raya (Tulisan Jawi: كمنترين كرجا راي; singkatan: KKR) Malaysia ialah kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Kementerian ditubuhkan pada tahun 1956 dengan nama Kementerian Kerja Raya, Pos dan Telekom. Pada tahun 1975, kementerian telah disusun semula dan dinamakan Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan. Perkembangan pesat pembangunan dan sosio-ekonomi negara pada tahun 1970an telah menyebabkan fungsi dan peranan kementerian bertambah. Sesuai dengan perkembangan tersebut, pada tahun 1978 sekali lagi fungsi dan nama kementerian ditukar kepada Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan Awam. Namun selari dengan pengkhususan tanggungjawab, pada tahun 1980an, kerajaan telah mengambil keputusan menamakan kementerian dengan nama Kementerian Kerja Raya dan nama itu kekal sehingga sekarang.
Menyingkap kembali sejarah awal pengwujudan sesuatu Kementerian sebenarnya lebih bertitik tolak kepada penubuhan jabatan-jabatan kecil pada zaman pemerintahan Inggeris khususnya apabila Inggeris memulakan campurtangan di Negeri-negeri Melayu selepas termeterainya Perjanjian Pangkor pada 17hb - 20hb Januari 1874.
Salah satu jabatan yang tertua diwujudkan oleh pemerintahan Crown Colony sebelum Perjanjian Pangkor ialah 'Public Works Department' (PWD) atau kemudiannya dikenali sebagai Jabatan Kerja Raya (JKR) yang ditubuhkan pada tahun 1872. Penubuhannya bertujuan untuk menyediakan infrastruktur bagi pembangunan sosio-ekonomi dan sistem politik kerajaan Inggeris di Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada Singapura, Melaka, Perak (Dinding), Seberang Perai dan Pulau Pinang. Major J. FA Mcnair, bekas Jurutera Kolonial Negeri-negeri Selat adalah orang yang pertama dilantik mengetuai Jabatan Kerja Raya.
Pada tahun 1954, Kerajaan Inggeris telah mengambil langkah memisahkan pentadbiran Tanah Melayu (Malaya) daripada pentadbirannya yang berpusat di Singapura. Ini merupakan detik permulaan jabatan-jabatan kerajaan di Tanah Melayu dibenarkan melaksana polisi dan program masing-masing.
Pada tahun 1955, Pilihan Raya Persekutuan yang pertama peringkat Majlis Mesyuarat Perundangan menandakan saat peralihan kuasa di antara rakyat tempatan daripada pentadbiran Inggeris sebelum proses kemerdekaan Tanah Melayu dilaksanakan. Parti Perikatan iaitu gabungan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Se-Malaya (MCA) dan Kongres India Se-Malaya (MIC) telah memenangi 51 kerusi dan Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) memperolehi satu kerusi.
Dalam tahun 1956, Ketua Menteri dan beberapa orang Menteri telah dilantik mengetuai Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun yang sama, beberapa kementerian telah diwujudkan termasuklah Kementerian Kerja Raya dengan nama asalnya Kementerian Kerja Raya, Pos dan Telekom. Y.B. Encik Sardon bin Haji Jubir adalah Menteri pertama yang mengetuai Kementerian ini. Fungsi dan tanggungjawab Jabatan Kerja Raya telah dikekalkan dan diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian ini. Pengarah Jabatan Kerja Raya pula bertanggungjawab kepada Menteri berhubung dengan perkara-perkara dasar Kementerian.
Pada tahun 1975, Kementerian ini telah disusun semula dan dinamakan Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan. Perkembangan pesat pembangunan dan sosio-ekonomi negara dalam tahun 1970an telah menyebabkan fungsi dan peranan Kementerian ini bertambah. Sesuai dengan peranan tersebut, pada tahun 1978 sekali lagi nama Kementerian ditukar kepada Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan Awam. Walau bagaimanapun selari dengan pengkhususan tanggungjawab, pada tahun 1980an Kerajaan telah mengambil keputusan menamakan Kementerian dengan nama Kementerian Kerja Raya Malaysia dan nama itu kekal sehinggalah sekarang .
Menjadi organisasi terbilang di dalam pembangunan infrastruktur, industri pembinaan dan perkhidmatan profesional bertaraf dunia.
Membangun dan memajukan infrastruktur, industri pembinaan dan perkhidmatan profesional yang berkualiti supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Menentukan kecemerlangan kejayaan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam negara melalui prinsip:
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT
Kementerian Kerja Raya (KKR) dan agensinya adalah komited untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan infrastruktur, industri pembinaan dan tenaga profesional demi mencapai Wawasan 2020 dengan:
Owlapps.net - since 2012 - Les chouettes applications du hibou