Aller au contenu principal

Perpustakaan Nablus


Perpustakaan Nablus


Perpustakaan Nablus merupakan perpustakaan awam tertua dan terbesar di Tebing Barat. Perpustakaan ini dibina oleh perbandaran Nablus denan bantuan dari kerajaan Jordan pada tahun 1960. Bangunan tersebut merupakan struktur dari era Uthmaniyah, yang dahulunya merupakan sebuah kafe. Perpustakaan dikelilingi sebuah taman yang digunakan sebagai ruang komuniti untuk pengajaran dan majlis. Ketika Intifadah Pertama, semua sekolah dan universiti di Tebing Barat telah ditutup, namun perpustakaan ini kekal beroperasi.

Terdapat kira-kira 80,000 buah buku di perpustakaan ini dan kebanyakannya dalam bahasa Arab. Selain itu, Perpustakaan Nablus juga mempunyai koleksi arkib yang penting termasuklah arkib bahan yang dibuat dan digunakan oleh tahanan Palestin ketika di di penjara Israel sekitar tahun 1975 dan 1995; koleksi peribadi Qadri Tuqan, iaitu seorang pendidik Nablus dan pengasas Kolej An-Najah (kini Universiti Kebangsaan An-Najah). Koleksi lain adalah koleksi surat khabar Palestin dari tahun 1920-an dan jua koleksi dokumen mahkamah syariah dari Palestin utara. Perpustakaan ini turut menerima sumbangan tesis dari para pelajar Universiti Kebangsaan An-Najah.

Pada tahun 2000, Perpustakaan Nablus melaporkan menerima 500 orang pelawat dengan 300 buah buku dipinjam keluar setiap hari. Menurut International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA), pada tahun 2000 perpustakaan ini mempunyai 27 orang staf dengan 4 orang daripadanya mempunyai pendidikan dalam bidang sains perpustakaan. Kini, mereka mempunyai 46 orang staf.

Rujukan

Pautan luar

  • Nablus Library Diarkibkan 2016-04-27 di Wayback Machine

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Perpustakaan Nablus by Wikipedia (Historical)