Aller au contenu principal

Stesen MRT Kampung Selamat


Stesen MRT Kampung Selamat


Stesen MRT Kampung Selamat adalah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Sungai Buloh, Selangor, Malaysia. Stesen adalah salah satu stesen Laluan Sungai Buloh-Kajang dan telah dibuka pada 16 Disember 2016 dibawah Fasa 1 laluan tersebut. Nama stesen diambil daripada kawasan berhampiran iaitu Kampung Selamat yang terletak di bahagian timur Jalan Sungai Buloh. Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Kampung Baru Sungai Buloh.

Walaupun stesen ini adalah stesen  Laluan Sungai Buloh-Kajang, stesen ini akan bertukar menjadi stesen Laluan Putrajaya (nama lamanya ialah Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya) apabila laluan itu bermula operasinya pada November 2021 (mengikut perancangan stesen ini sepatutnya dibuka pada Julai 2021), dibawah Fasa 1 laluan tersebut iaitu dari stesen MRT Kwasa Damansara hingga stesen Kampung Batu.

Ciri-ciri stesen

Lokasi stesen

Stesen ini terletak di sebelah timur Jalan Sungai Buloh berdekatan simpang Jalan Sungai Buloh dan Jalan Welfare. Di sebelah timur laut stesen adalah Kampung Selamat manakala di sebelah barat stesen adalah Kampung Baru Sungai Buloh. Berdekatan dengan stesen adalah kompleks pembangunan bercampur SqWhere dan D'sara Sentral.

Pelan stesen

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat:aras platform, aras legar dan aras tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.

Pintu masuk dan keluar

Terdapat tiga pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Kampung Selamat. Pintu A terletak di Jalan Sungai Buloh untuk ke arah selatan atau berdekatan dengan Kampung Selamat. Pintu B terletak di Jalan Sungai Buloh untuk ke arah utara dan Pintu C terletak di Jalan Welfare. Terdapat juga jambatan pejalan kaki yang dibina yang akan menghubungkan D'sara Sentral dengan Stesen MRT Kampung Selamat; pintu masuk/keluar ini belum dibuka untuk kegunaan orang ramai.

Kesalinghubungan

Perkhidmatan bas

Perkhidmatan bas pengantara di Stesen MRT Kampung Selamat terletak di Hab MRT Kampung Selamat Pintu B (kod hentian bas – SA1016) sahaja. Terdapat satu sahaja laluan bas pengantara yang ditawarkan di hab ini. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut.

Galeri

Stesen

Pintu stesen

Rujukan

Collection James Bond 007


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Stesen MRT Kampung Selamat by Wikipedia (Historical)