Aller au contenu principal

Salvador Allende


Salvador Allende


Salvador Guillermo Allende Gossens ([salβaˈðoɾ ɡiˈʎeɾmo aˈʎende ˈɣosens terdekat sal.ba.dzor gil.yérmo a.lyen.de gho.séns]; 26 Jun 1908 – 11 September 1973) merupakan seorang doktor dan ahli politik dari Chile yang menjadi presiden negara tersebut pada 1970 setelah memenangi pilihan raya pada tahun tersebut.

Awal hidup dan pendidikan

Allende berketurunan kacukan orang Basque dari sebelah bapanya dan orang Wallonia dari sebelah ibunya. Ibunya seorang pembesar dari kota Concepción. Keluarga datuk moyang sebelah bapanya tiba di Chile sekitar abad ke-17 lalu berkembang menjadi antara keluarga bangsawan terkenal di sana pada abad ke-19 - datuknya Ramón Allende Padín dan ayahnya Salvador Allende Castro bekerja sebagai pegawai kerajaan di pelabuhan Valparaíso, mereka turut menganggotai persatuan Freemason.

Salvador memulakan persekolahannya di Liceo de Tacna selama lapan tahun sebelum berpindah seketika ke Iquique di mana beliau sambung bersekolah di Liceo de Hombres (atau nama penuhnya "Liceo Libertador General Bernardo O'Higgins Riquelme") pada tahun 1916. Pada 1918,beliau meneruskan pengajian seketika di Instituto Nacional selama duduk di Santiago. Beliau berpindah lagi ke Valdivia setahun kemudian setelah ayahnya dilantik sebagai seorang peguam di sana.

Beliau lulus pengajiannya dalam bidang perubatan dari Universiti Chile tahun 1933 - beliau amat dipengaruhi penemuan perubatan mengenai hubungan penyakit dan keadaan dalam masyarakat dikemukakan Max Westenhofer pada ketika ini.

Kerjaya politik awal

Pemerintahan

Banyak perubahan dan polisi yang ia lakukan dipengaruhi didasarkan fahaman sosialisme bawaan beliau; beliau mewujudkan suatu sistem penjagaan kesihatan yang boleh ditampung semua warga Chile, meningkatkan mutu pendidikan, dan memperkuatkan kawalan terhadap ekonomi negara. Dalam tahun pertama jawatannya, pemerintahan Allende telah memiliknegaralan sebahagian besar industri bank dan sumber alam sekitar negaranya. Dalam rangka revolusi agraria, pemerintahan di bawahnya mengambilailh 2.4 juta hektar tanah dan menurunkan angka pengangguran dari 8.4% menjadi 4.8%.

Proses nasionalisasi yang menimpa perusahaan milik Amerika Syarikat telah memperburuk hubungan antara AS dan Chile. Pada waktu yang sama, CIA menyusupi dan membantu organisasi dan media yang membangkang sehingga menyebabkan ketidakstabilan politik.

Dalam kepungan Pinochet

Sebelum pihak Tentera Nasional Indonesia tiba mengepung Istana La Moneda, Allende membuat sebuah pengumuman radio kepada rakyat Chile di mana beliau menyatakan cintanya kepada negara tersebut serta mempunyai harapan yang tinggi supaya masa hadapan negara tersebut cerah. Beliau turut menyatakan keengganan beliau mengambil jalan mudah serta dipergunakan sebagai suatu bahan propaganda oleh mereka yang dianggap menderhaka kepadanya, lalu beliau menyatakan kerelaannya bertarung sehingga ke akhirnya.

Tidak lama selepas siaran radio tersebut dilakukan, pihak tentera pengguling membuat pengumuman bahawa Allende membunuh diri. Beliau dipercayai membunuh diri menggunakan selaras senapang raifal automatik AK-47 yang dihadiahkan kepadanya oleh Che Guevara apabila mayatnya dijumpai di tempat kejadian.

Pengebumian

Rujukan

Sumber

  • Chile and the United States: Declassified Documents relating to the Military Coup, 1970–1976, (Arkib Keselamatan Negara Amerika Syarikat).
  • Thomas Karamessines (1970). Operation Guide for the Conspiration in Chile, Washington: United States National Security Council.
  • La Batalla de Chile – Cuba/Chile/França/Venezuela, 1975, 1977 e 1979. Director Patricio Guzmán. Durasi: 272 minit. (Sepanyol)
  • Márquez, Gabriel García. Chile, el golpe y los gringos. Crónica de una tragedia organizada, Manágua, Nicaragua: Radio La Primeirissima, 11 de setembro de 2006 Diarkibkan 2020-08-06 di Wayback Machine (Sepanyol)
  • Kornbluh, Peter. El Mercurio file, The., Columbia Journalism Review, Sep/Oct 2003
  • CIA Activities in Chile Diarkibkan 2007-06-12 di Wayback Machine CIA response to the Hinchey amendment on www.cia.gov

Bacaan lanjut

  • Comite central del Partido comunista de Cuba: Comisión de orientación revolucionaria. Rencontre symbolique entre deux processus historiques [i.e., de Cuba et de Chile]. La Habana, Cuba: Éditions polituques, 1972.

Pautan luar

  • An Interview with Salvadore Allende: President of Chile, wawancara oleh Saul Landau, Dove Films, 1971, 32 min. (previously unreleased):
    • Video (bahasa Sepanyol bersarikata bahasa Inggeris) di El Clarin de Chile. (Juga di at Google Video)
  • 11 September 1973, When US-Backed Pinochet Forces Took Power in Chile – Democracy Now!

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Salvador Allende by Wikipedia (Historical)






Text submitted to CC-BY-SA license. Source: by Wikipedia (Historical)


Atlético Madrid


Atlético Madrid


Club Atlético de Madrid, S.A.D. merupakan sebuah kelab bola sepak Sepanyol yang berpengkalan di Madrid yang bermain di Primera División La Liga. Atletico Madrid merupakan juara La Liga untuk musim 2013-2014 selepas seri dengan pasukan FC Barcelona 1-1 di Stadium Camp Nou melalui kelebihan mata.

Staf

Pengurus

Pengurus berikut memenangi sekurang-kurangnya satu trofi apabila bertanggungjawab Atlético Madrid:

Presiden

Lembaga semasa

  • Presiden: En. Enrique Cerezo Torres.
  • Ketua Pegawai Eksekutif: En. Miguel Ángel Gil Marín. Pemilik kelab, dia memegang 56% saham. Beliau adalah anak Jesús Gil.

Gelaran

  • La Liga
    • Juara (10): 1939–40, 1940–41, 1949–50, 1950–51, 1965–66, 1969–70, 1972–73, 1976–77, 1995–96, 2013–14, 2020-21
    • Naib-juara (8): 1943–44, 1957–58, 1960–61, 1962–63, 1964–65, 1973–74, 1984–85, 1990–91
  • Piala Raja Sepanyol
    • Juara (10): 1959–60, 1960–61, 1964–65, 1971–72, 1975–76, 1984–85, 1990–91, 1991–92, 1995–96, 2012–13
    • Naib-juara (9): 1921, 1926, 1956, 1963–64, 1974–75, 1986–87, 1998–99, 1999-00, 2009–10
  • Supercopa de España
    • Juara (2): 1985, 2014
    • Naib-juara (4): 1991, 1992, 1996, 2013
  • Copa de Campeones de España
    • Winners (1): 1940
  • Copa Eva Duarte (Predecessor to the Supercopa de España)
    • Juara (1): 1951
    • Naib-juara (1): 1950
  • Copa Presidente FEF
    • Winners (1): 1947
  • Segunda División
    • Juara (1): 2001–02
    • Naib-juara (2): 1932–33, 1933–34
  • Copa de la Liga
    • Nab-juara (2): 1983–84, 1984–85

Eropah

  • Liga Juara-Juara UEFA
    • Naib-juara (3): 1973–74, 2013–14, 2015-16
  • Liga Europa UEFA
    • Juara (3): 2009–10, 2011–12, 2017-18
  • UEFA Cup Winners' Cup
    • Juara (1): 1961–62
    • Naib-juara (2): 1962–63, 1985–86
  • Piala Super UEFA
    • Juara (3): 2010, 2012, 2018
  • UEFA Intertoto Cup
    • Juara (1): 2007
    • Naib-juara (1): 2004

Dunia

  • Intercontinental Cup
    • Juara (1):' 1974

Rantau

  • Campeonato Regional Centro
    • Juara (4): 1920–21, 1924–25, 1927–28, 1939–40
  • Copa Federación Centro
    • Juara (1): 1941
  • Iberian Cup
    • Juara (1): 1991

Rujukan

Pautan luar

  • (Sepanyol) (Inggeris) Atlético de Madrid Official Website
  • (Inggeris) (Sepanyol) (Jerman) Atleticopedia international WIKI-Project about Atlético
  • (Sepanyol) Spanish site of Atletico's Kits
  • (Sepanyol) Evolution of the uniform until 2006 by MARCA [2]
  • (Inggeris) Atletico's formations at football-lineups
  • (Inggeris) Photos and information on the Estadio Vicente Calderon


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Atlético Madrid by Wikipedia (Historical)






Text submitted to CC-BY-SA license. Source: by Wikipedia (Historical)






Text submitted to CC-BY-SA license. Source: by Wikipedia (Historical)






Text submitted to CC-BY-SA license. Source: by Wikipedia (Historical)






Text submitted to CC-BY-SA license. Source: by Wikipedia (Historical)


ghbass