Aller au contenu principal

Herzegovina Lama


Herzegovina Lama


Herzegovina Lama (bahasa Montenegrin dan Serbia: Стара Херцеговина/Stara Hercegovina) ialah kawasan sejarah di Montenegro. Istilah ini juga merujuk kepada hujung yang paling selatan kawasan Herzegovina di negara jiran Bosnia and Herzegovina.

Kawasan ini termasuk sebahagian Montenegro pada masa ini, dengan kawasan pantai Herceg Novi, kawasan sekitar Nikšić, dan kawasan bergunung merentangi ke Pljevlja. Kawasan ini juga dianggap termasuk Prijepolje, yang kini berada di Serbia, dan kawasan-kawasan sekitar Foča, Kalinovik, dan Goražde, yang kini termasuk di dalam Bosnia dan Herzegovina.

Nama ini datang daripada Duci St. Sava zaman pertengahan, ditubuhkan oleh herzog Stefan Vukčić Kosača di dalam Kerajaan Bosnia, dan zaman Uthmaniyah Sanjak Herzegovina. Antara tahun 1580 dengan tahun 1867, Herzegovina sebahagian daripada Eyalet Bosnia, dan sekejap sebahagian daripada Eyalet Herzegovina (1833–1851), dari Empayar Uthmaniyah. Bahagian timur telah diilhakkan ke Keputeraan Montenegro setelah Kongres Berlin (1878), manakala yang selebihnya ditubuhkan Kondominium Bosnia dan Herzegovina di bawah pemerintahan Austro-Hungary.

Lihat juga

  • Nikola Altomanović
  • Stjepan Vukčić Kosača
  • Herzegovina

Rujukan

Sumber

  • Šćekić, Radenko; Leković, Žarko; Premović, Marijan (2015). "Political Developments and Unrests in Stara Raška (Old Rascia) and Old Herzegovina during Ottoman Rule". Balcanica. XLVI: 79–106. doi:10.2298/BALC1546079S.

Templat:Geographical regions of Montenegro


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Herzegovina Lama by Wikipedia (Historical)






Text submitted to CC-BY-SA license. Source: by Wikipedia (Historical)






Text submitted to CC-BY-SA license. Source: by Wikipedia (Historical)


Pemerintahan Austria-Hungary di Bosnia dan Herzegovina


Pemerintahan Austria-Hungary di Bosnia dan Herzegovina


Bosnia dan Herzegovina jatuh ke bawah pemerintahan Austria-Hungary pada tahun 1878 apabila Kongres Berlin meluluskan pendudukan di Vilayet Bosnia, yang mana secara rasminya adalah sebahagian daripada Empayar Uthmaniyyah. Tiga dekad kemudian, iaitu pada tahun 1908, Austria-Hungary merangsang krisis Bosnia dengan secara rasminya mengilhak zon yang diduduki, mengasaskan Kondominium Bosnia dan Herzegovina di bawah kawalan bersama Austria dan Hungary.

Parti parlimen

  • Kesatuan Rakyat Croatia (Hrvatska narodna zajednica)
  • Persatuan Katolik Croatia (Hrvatska katolička udruga)
  • Pertubuhan Rakyat Muslim (Muslimanska narodna organizacija)
  • Pertubuhan Rakyat Serbia (Srpska narodna organizacija; Српска народна организација)

Parti bukan parlimen

  • Parti Progresif Muslim (Muslimanska napredna stranka)
  • Demokrasi Muslim (Muslimanska demokracija)
  • Parti Kebebasan Rakyat Serbia (Srpska narodna nezavisna stranka)
  • Parti Sosialdemocratik Bosnia dan Herzegovina (Socijaldemokratska stranka Bosne i Hercegvoine)

Demografi


Gabenor

Lihat juga

  • Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand dari Austria
  • Infantri Bosnia-Herzegovinia
  • Ludwig Thallóczy

Rujukan

Petikan
Bibliografi
  • Džaja, Srećko M. (1994). Bosnien-Herzegowina in der österreichisch-ungarischen Epoche 1878–1918 (dalam bahasa German). Oldenbourg Wissenschaftsverlag. ISBN 3-486-56079-4.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Krišto, Jure (November 2006). "Ivo Pilar's Role in the Organization of Croats in Bosnia and Hercegovina". PILAR - Croatian Journal of Social Sciences and Humanities. Croatian History Institute (2). ISSN 1846-3010.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Rothenberg, Gunther E. (1976). The Army of Francis Joseph. Purdue University Press. ISBN 978-1-55753-145-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Zovko, Ljubomir (2007). Studije iz pravne povijesti Bosne i Hercegovine: 1878. - 1941 (dalam bahasa Croatian). University of Mostar. ISBN 978-9958-9271-2-6.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Oršolić, Tado (June 2000). "Sudjelovanje dalmatinskih postrojbi u zaposjedanju Bosne i Hercegovine 1878" (PDF). Radovi / Institute for historical sciences in Zadar (dalam bahasa Croatian). Croatian Academy of Sciences and Arts. ISSN 1330-0474. Dicapai pada 2011-01-13.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Velikonja, Mitja (2003). Religious Separation and Political Intolerance in Bosnia-Herzegovina. Texas A&M University Press. ISBN 1-58544-226-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Europa Publications, penyunting (2003). Central and South-Eastern Europe 2004. ISBN 978-1-85743-186-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Sugar, Peter F. (1963). Industrialization of Bosnia-Hercegovina: 1878–1918. University of Washington Press. m/s. 201. ISBN 978-0295738147.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Ramet, Sabrina P. (2008). "Nationalism and the 'Idiocy' of the Countryside: The Case of Serbia". Serbia, Croatia and Slovenia at Peace and at War: Selected Writings, 1983–2007. LIT Verlag Münster. ISBN 3-03735-912-9.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Banac, Ivo (1988). The National Question in Yugoslavia: Origins, History, Politics. Cornell University Press. ISBN 0-8014-9493-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Okey, Robert (1992). "State, Church and Nation in the Serbo-Croat Speaking Lands of the Habsburg Monarchy, 1850–1914". Religion, State and Ethnic Groups. New York University Press. ISBN 1-85521-089-4.CS1 maint: ref=harv (link)

Templat:Subdivisions of Austria-Hungary


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Pemerintahan Austria-Hungary di Bosnia dan Herzegovina by Wikipedia (Historical)


Masjid Ferhat Pasha


Masjid Ferhat Pasha


Masjid Ferhat Pasha (Bahasa Bosnia: [Ferhat-pašina džamija] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), Turki: Ferhad Paşa Camiicode: tr is deprecated ), juga dikenali sebagai Masjid Ferhadija, ialah sebuah bangunan masjid yang terletak di bandar Banja Luka dan merupakan salah sebuah pencapaian terbaik seni bina Uthmaniyyah pada kurun ke-16 di Bosnia dan Herzegovina. Masjid ini telah dimusnahkan pada tahun 1993 di bawah arahan oleh pihak berkuasa Republika Srpska, Ia kemudian dibina semula dan dibuka pada 7 Mei 2016.

Masjid yang dibina pada tahun 1579 telah dirasmikan oleh Sanjak-bey Bosnia yang bernama Ferhat-paša Sokolović. Pembinaannya telah didanai kononnya oleh keluarga Auersperg selepas pemulangan kepala jeneral Habsburg, Herbard VIII von Auersperg dan wang tebusan untuk anak lelaki jeneral selepas pertempuran di sempadan Croatia pada tahun 1575, di mana Ferhat-paša merupakan pemenang.

Masjid dengan seni bina klasik Uthmaniyyah berkemungkinan besar telah direka oleh seorang murid kepada Mimar Sinan. Tiada maklumat bertulis berkenaan para pembina yang membina masjid, tetapi berdasarkan analisis ke atas seni binanya, ia seolah-olah merupakan kerja tangan daripada sekolah Sinan disebabkan masjid ini memiliki persamaan yang ketara dengan Masjid Muradiye yang telah dibina oleh Sinan di Manisa yang bertarikh pada tahun 1585.

Kompleks seni bina

Kehancuran

Masjid ini merupakan satu daripada 16 buah masjid yang dimusnahkan di bandar Banja Luka semasa Perang Bosnia antara tahun 1992 hingga 1995.

Pihak berkuasa Republika Srpska telah memerintahkan keseluruhan kompleks masjid Ferhadija dan Arnaudija dimusnahkan, yang mana kedua-duanya berjarak kira-kira 800 m (2,625 ka) antara satu sama lain. Kedua-dua masjid ini dimusnahkan pada malam yang sama dengan selang masa selama 15 minit (dipercayai pemusnahan secara serentak masjid-masjid Ferhadija dan Arnaudija memerlukan bahan letupan yang banyak dan koordinasi yang besar. Ramai percaya peristiwa ini tidak akan berlaku tanpa penglibatan pihak berkuasa Banja Luka dan Republika Srpska).

Militia Serb meletupkan Masjid Ferhadija pada malam 6–7 Mei 1993. 6 Mei merupakan tarikh cuti awam bagi Ortodoks Serbia di Đurđevdan (Hari Saint George). Menara masjid terselamat semasa letupan pertama, tetapi kemudian diranapkan menyembah bumi.

Kebanyakan puing runtuhan dibuang ke tempat pembuangan sampah kota; beberapa batu, dan hiasan, dihancurkan oleh Serb untuk menambak tanah. Tapak runtuhan dijadikan tempat meletak kereta. Beberapa minggu selepas pemusnahan Ferhadija, Sahat Kula yang terletak berdekatan, salah satu menara jam era Uthmaniyah tertua di Eropah juga dimusnahkan.

Di Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia, seorang pemimpin Serb dari Banja Luka, Radoslav Brđanin, telah disabitkan bersalah atas penglibatan beliau dalam mengatur pemusnahan harta benda Muslim termasuk masjid, serta pembersihan etnik bukan Serb. Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 32 tahun.

Kes Brđanin membuktikan pemusnahan masjid telah dirancang sebagai sebahagian daripada kempen pembersihan etnik1|2. Selain itu, pihak Bosnia dalam kes genosid Bosnia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah memetik pemusnahan masjid Ferhadija sebagai salah satu unsur pembersihan etnik dan genosid yang digunakan oleh pihak berkuasa Republika Srpska dalam Perang Bosnia.

Pembinaan semula

Nota dan rujukan

Nota:

1The ICTY Trial Chamber is satisfied beyond reasonable doubt both that the expulsions and forcible removals were systematic throughout the Autonomous Region of Krajina (ARK), in which and from where tens of thousands of Bosniaks and Bosnian Croats were permanently displaced, and that this mass forcible displacement was intended to ensure the ethnic cleansing of the region. These people were left with no option but to escape. Those who were not expelled and did not manage to escape were subjected to intolerable living conditions imposed by the Serb authorities, which made it impossible for them to continue living there and forced them to seek permission to leave. Bosniaks and Bosnian Croats were subjected to movement restrictions, as well as to perilous living conditions; they were required to pledge their loyalty to the Serb authorities and in at least one case, to wear white armbands. They were dismissed from their jobs and stripped of their health insurance. Campaigns of intimidation specifically targeting Bosniaks and Bosnian Croats were undertaken.

2This process of ethnic cleansing was sometimes camouflaged as a process of resettlement of populations. In Banja Luka, the Agency for Population Movement and the Exchange of Material Wealth for the ARK ("Agency"), which was established on 12 June 1992 pursuant to a decision of the ARK Crisis Staff, aided in the implementation of both the exchange of flats and the resettlement of populations. The Agency was popularly known variously as "Perka’s Agency" or as "Brđanin’s Agency". The ICTY Trial Chamber is of the view that although this Agency was set up for the exchange of flats and the resettlement of populations, this was nothing else but an integral part of the ethnic cleansing plan.

Rujukan:

Pautan luar

  • Bosnia and Herzegovina Commission to Preserve National Monuments Diarkibkan 2011-07-06 di Wayback Machine: Ferhad Pasha mosque (Ferhadija) in Banja Luka,
  • "Principles and Methodological Procedure for Reconsolidation of Ferhat-Pasha Mosque in Banja Luka" Diarkibkan 2005-01-11 di Wayback Machine- School of Architecture - Design and Research Center, Sarajevo
  • Ferhadija Case Diarkibkan 2006-03-13 di Wayback Machine
  • HRW report on ethnic cleansing in Banja Luka
  • HRW report on riots
  • Images from the riot
  • Bosnia and Herzegovina Commission to Preserve National Monuments - Ferhadija Diarkibkan 2006-04-09 di Wayback Machine
  • Radoslav Brđanin judgement about ethnic cleansing in Banja Luka
  • Rebuilding Ferhadija
  • Human Rights in a Multi-Ethnic Bosnia - Harvard study
  • Projekat Ferhadija - website documenting the reconstruction of the Ferhadija mosque
Giuseppe Zanotti Luxury Sneakers

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Masjid Ferhat Pasha by Wikipedia (Historical)


Foča


Foča


Foča (Jawi: فوچاcode: ms is deprecated ; Cyril Serbia: Фочаcode: sr is deprecated , disebut [fôtʃa]) ialah sebuah pekan dan perbandaran di tenggara Bosnia dan Herzegovina, di entiti Republika Srpska di tebing sungai Drina. Sehingga 2013, pekan ini mempunyai populasi 12,234 penduduk, manakala perbandarannya mempunyai 18,288 penduduk.

Foča adalah pusat beberapa fakulti (seperti Fakulti Teologi Perubatan dan Ortodoks St. Basil dari Ostrog) Universiti Istočno Sarajevo. Ia juga menempatkan "Seminari St. Peter Sarajevo dan Dabar-Bosna", salah satu daripada tujuh seminari dalam Gereja Ortodoks Serbia. Foča juga, sehingga tahun 1992, menempatkan salah satu sekolah menengah Islam terpenting di Bosnia, Madrasah Mehmed Pasha Kukavica. Taman Negara Sutjeska, yang merupakan Taman Negara tertua di Bosnia dan Herzegovina, juga terletak di kawasan perbandaran ini.

Sejarah

Sejarah awal

Pekan ini dikenali sebagai Hotča atau Hoča semasa zaman pertengahan. Ia menjadi pusat perdagangan penting di laluan antara Ragusa (kini Dubrovnik) dan Konstantiniyah (kini Istanbul, Turki). Dengan seluruh Gornje Podrinje, Foča adalah sebahagian daripada Empayar Serbia sehingga 1376, apabila ia terikat dengan Kerajaan Bosnia di bawah Raja Tvrtko, raja Serbia, Bosnia, Tanah Pantai dan Zachlumia. Selepas kematian baginda, Hoča diperintah oleh duke-duke Zachlumia, paling terkenal ialah Herzog Šćepan. Foča ialah pusat daerah Sanjak Usmaniyah Herzegovina, diasaskan pada 1470 dan kekal sehingga 1572, apabila pusatnya dipindahkan ke Pljevlja.

Perang Dunia Kedua

Pada tahun 1941, organisasi Fasisme Ustaše membunuh pemimpin-pemimpin Serb terkemuka di Foča. Antara Disember 1941 dan Januari 1942, lebih dua ribu orang awam Muslim Bosnia telah dibunuh di Foča oleh gerakan gerila Chetnik sebagai balas dendam atas penindasan tentera Muslim dalam Ustaše terhadap orang Serb. Selain itu, Chetnik menyerang Ustaše dan di Foča pada Ogos 1942.

Pada 13 Februari 1943, Pavle Đurišić melaporkan kepada Draža Mihailović perbuatan Chetnik di daerah Foča, Pljevlja, dan Čajniče: "Semua perkampungan Muslim di tiga daerah yang disebutkan telah dibakar sepenuhnya sehingga tidak ada satu rumah yang masih utuh. Semua harta benda musnah kecuali lembu, jagung, dan gelenggang."

Dalam operasi Chetnik, "22 maut, yang mana 2 akibat kemalangan, dan 32 cedera. Dalam orang Islam, sekitar 1,200 pejuang dan sehingga beberapa ribu mangsa orang awam daripada kedua-dua warganegara." Đurišić berkata bahawa penduduk Islam yang tinggal melarikan diri dan kepulangan mereka telah dihalang. Perbandaran Foča juga merupakan tapak Pertempuran Sutjeska antara Partisan Yugoslav Tito dan tentera Jerman. Sebuah tugu peringatan kepada Partisan yang terkorban telah didirikan di kampung Tjentište.

Perang Bosnia

Pada tahun 1992, pada permulaan Perang Bosnia, bandar Foča jatuh ke dalam tangan Tentera Republika Srpska. Dari 7 April 1992 hingga Januari 1994, tentera, polis dan pasukan separa tentera Serb telah menggubal kempen pembersihan etnik di kawasan Foča terhadap orang awam Bosniak. Menurut satu anggaran, kira-kira 21,000 orang bukan Serb meninggalkan Foča selepas Julai 1992. Kebanyakan yang berjaya melarikan diri menetap di bandar Rožaje di Montenegro sehingga perang tamat. Hanya kira-kira 10 orang Islam yang tinggal pada akhir konflik tersebut. Tiga belas masjid termasuk Masjid Aladža musnah dan 22,500 orang Islam yang majoriti penduduknya telah melarikan diri. Hakim-hakim Tribunal menentukan tanpa keraguan munasabah lagi tujuan kempen Serb di Foča adalah, antara lainnya, "untuk membersihkan kawasan Foča daripada orang Islam" dan menyimpulkan "untuk tujuan itu, kempen itu telah berjaya."

Dalam banyak keputusan, Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia (ICTY) memutuskan bahawa pembersihan etnik, pembunuhan, rogol besar-besaran dan pemusnahan yang disengajakan ke atas harta benda dan tapak budaya Bosniak merupakan jenayah terhadap kemanusiaan. Menurut Pusat Penyelidikan dan Dokumentasi Sarajevo (IDC), 2,707 orang terbunuh atau telah hilang di perbandaran Foča semasa perang. Antaranya 1,513 orang awam Bosniak dan 155 orang awam Serbia. Selain itu, pihak berkuasa Serb Bosnia membina kem-kem rogol di mana ratusan wanita telah dirogol. Ramai pegawai Serb, tentera dan peserta lain dalam pembunuhan beramai-ramai Foča telah dituduh dan disabitkan dengan jenayah perang oleh ICTY.

Selepas perang

Pada tahun 1995 Perjanjian Dayton mewujudkan koridor wilayah yang menghubungkan bandar Goražde yang dahulunya dikepung dengan entiti Persekutuan; akibatnya, bahagian utara Foča telah dipecahkan untuk membuat perbandaran Foča-Ustikolina. Sebelum itu pada tahun 1994, pekan yang telah dibasmi etniknya itu dinamakan semula kepada Srbinje (Cyril Serbia: Србињеcode: sr is deprecated ), "tempat orang Serb". Pada tahun 2004, Mahkamah Perlembagaan Bosnia dan Herzegovina mengisytiharkan penukaran namanya melanggar perlembagaan, dan mengembalikannya kepada Foča.

Sejak perang, kira-kira 4,000 orang Bosnia telah kembali ke rumah mereka di Foča, dan beberapa masjid telah dibina semula. Sebahagian besarnya berlaku kerana pentadbiran Zdravko Krsmanović, datuk bandar dari 2004 hingga 2012. Walau bagaimanapun, dalam pilihan raya 2012, Krsmanović tewas dan Datuk Bandar baharu, Radisav Mašić, telah dipilih dengan sokongan parti SDS dan SNSD.

Masjid Aladža telah dibina semula 2014 dan dibuka semula pada Mei 2019.

Pada Oktober 2004, ahli Persatuan Wanita Mangsa Perang (Udruzenje Žene-Žrtve Rata) cuba meletakkan plak di hadapan dewan sukan Partizan (juga digunakan pada tahun 1992 sebagai kem rogol) untuk memperingati jenayah yang telah berlaku di situ. Kira-kira 300 orang Serb Bosnia, termasuk ahli Persatuan Tawanan Perang Republika Srpska, menghalang plak itu daripada dilekatkan.

Dewan sukan Partizan telah dibina semula oleh UNDP dengan pembiayaan EU berikutan pemilihan oleh majlis perbandaran Foča dan penglibatan orang tempatan yang telah kembali ke kawasan itu.

Pada 2018 dan 2019, persatuan mangsa perang telah memperingati rogol sebagai senjata perang dengan berkumpul di hadapan Rumah Karaman di Miljevina dan dewan sukan Partizan di Foča pada Hari Antarabangsa untuk Penghapusan Keganasan Seksual dalam Konflik (19 Jun).

Pada 2021, tugu peringatan pelaku pembunuhan beramai-ramai Srebrenica yang telah disabit Ratko Mladić telah disimbah cat berhampiran sebuah sekolah di pekan itu.

Penempatan

Selepas Perang Bosnia, kawasan Utara Perbandaran Foča telah dipecahkan dan dimasukkan ke dalam Perbandaran Foča-Ustikolina, dalam Persekutuan Bosnia dan Herzegovina. Majoriti penduduknya orang Bosnia.

Selain pekan Foča, perbandaran Foča termasuk penempatan berikut:

 

Demografi

Penduduk

Komposisi etnik

Ekonomi

Jadual di bawah menunjukkan bilangan orang dalam industri yang berbeza pada tahun 2018 dan memberikan gambaran keseluruhan jumlah bilangan pekerja berdaftar dalam setiap sektor:

Budaya

Muzium Herzegovina lama dan teater bandar terletak di Foča.

Giuseppe Zanotti Luxury Sneakers

Bandar kembar – bandar bersaudara

Foča berkembar dengan:

  • Kragujevac
  • Nikšić
  • Herceg Novi
  • Larissa

Orang yang terkenal

  • Risto Jeremić, doktor dan pakar bedah pertama di Bosnia dan Herzegovina
  • Zehra Deović, penyanyi lagu rakyat
  • Rade Krunić, pemain bola sepak
  • Aida Hadžialić, ahli politik di Sweden
  • Maksim Vasiljević, biskop Ortodoks Serbia

Rujukan

Karya yang dipetik

  • Blumenthal, David A.; McCormack, Timothy L. H. (2008). The Legacy of Nuremberg: Civilising Influence Or Institutionalised Vengeance? Volume 20 of International humanitarian law series. Martinus Nijhoff Publishers. ISBN 9789004156913.

Pautan luar

  • Tapak web rasmi

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Foča by Wikipedia (Historical)


Montenegro


Montenegro


Montenegro (bahasa Montenegro: Црна Гора, Crna Gora, /'t͡sr̩na: 'ɡɔra/; Jawi: مونتينيݢروcode: ms is deprecated ), secara rasminya Republik Montenegro ialah satu republik di rantau Balkan bersebelahan Laut Adriatik. Ia bersempadankan Bosnia dan Herzegovina pada sebelah utaranya, Serbia pada timurnya, Albania pada sebelah selatannya, dan Croatia di barat. Mengikut definasi perlembagaannya, Montenegro adalah satu "negara demokratik, kebajikan, dan negara ekologikal" [1] Diarkibkan 2006-06-26 di Wayback Machine.

Nama negara ini merupakan pinjam terjemah istilah bahasa Venezia "monte negro" Crna Gora yang bermaksud "gunung hitam" yakni hutan belukar hitam yang pernah meliputi bukit-bukau Alp Dinari sebagaimana dilihat daripada persisiran pantai.

Selama beberapa kurun lamanya Montenegro adalah prinsipiliti de facto merdeka yang diperintah oleh dinasti-dinasi dan pemerintahnya sendiri. Negara ini memperoleh pengiktirafan kemerdekaan de jure daripada komuniti dunia selepas Krisis Timur (1875-1878) di Kongres Berlin. Pada 28 Ogos 1910, pemerintah Montenegro Putera Nikola Petrović Njegoš mengisytiharkan dirinya sebagai Raja. Pada tahun 1918, perundangan Serb di Podgorica meluluskan pengambilan negara ini oleh Serbia. Rakyat Montenegro yang setia kepada Raja Nicholas I dan kedaulatan Montenegro membantah tetapi disenyapkan pada tahun 1924 oleh Ketenteraan Serbia.

Antara tahun 1945 dan 2003, Montenegro adalah sebahagian daripada Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia dan Republik Persekutuan Yugoslavia dan kemudiannya menjadi salah seorang ahli kesatuan negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Negara ini mengadakan referandum mengenai kemerdekaan untuk menentukan sama ada ia akan terus kekal dalam kesatuan berkenaan. Pada hari seterusnya, keputusan rasmi yang diterima menampakkan pemilihan rakyat Yugoslavia untuk sekali lagi merdeka dan menanggotai komuniti dunia dengan 55.4% daripada undi memilih pilihan itu. Kemerdekaan secara formal diisytiharkan pada 3 Jun 2006

Sejarah

Puak-puak Slav bercampur aduk dengan bangsa-bangsa Illyria, Avar dan Rom dan berorgansasi menjadi satu daerah duke Duklja menjelang abad ke-10. Pada tahun 1077, Paus Gregorius VII mengiktiraf Duklja sebagai satu negara bebas, dan mengiktiraf juga Raja Mihailo dari dinasti Vojisavljević diasaskan Stefan Vojislav) sebagai rex Doclea (Raja Duklja). Akan tetapi, negara itu menghantar tanda penghormatan kepada Empayar Byzantum; ia kemudianya melahirkan kerajaan medieval Serb Zupan Agong (bahasa Serb: župan) Stefan Nemanja yang berasal daripada Duklja.

Prinsipaliti bebas negara Zeta yang lebih dekat dengan negara Montenegro yang awal muncul pada tahun 1360. Rumah Balšić (1360 - 1421) dan Rumah Crnojević (1421 - 1499) merupakan dinasti yang memerintah Zeta; dan walaupun Empayar Uthmaniyah mengawal tanah selatan dan timur dari abad ke-15, ia tidak pernah menumpaskan seluruhnya Zeta.

Pada tahun 1516, putera berhaluan sekular Đurađ Crnojević turun daripada tahktanya untuk memberi peluang kepada Ketua Bishop Vavil memerintah, dan kemudiannya Montenegro bertukar menjadi negara teokrasi di bawah pemerintahan uskup (vladika) dari Cetinje, satu tempat yang dipegang dari tahun 1697 oleh keluarga Petrović-Njegoš dari klan Riđani. Petar Petrović Njegoš yang merupakan vladika paling berpengaruh, memerintah dalam bahagian pertama abad ke-19. Pada tahun 1851, Danilo II Petrović Njegoš menjadi vladika tetapi pada tahun 1852 kemudian beliau telah berkahwin, seterusnya membuang sifat keagamaannya dan menjadikan kerajaannya sebagai prinsipaliti sekular semula dengan memakai gelaran baru knjaz (Putera).

Pada tahun 1910, Putera Nikola I menjadi Raja Montenegro. Dua tahun kemudiannya, pada bulan Oktober 1912, Raja Nikola mengistiharkan peperangan keatas Empayar Uthmaniyyah dengan mencetuskan dua Perang Balkan. Serangan tentera Montenegro keatas kubu pertahanan Utmaniyyah di bandar Skutari memaksa empayar berkenaan menyediakan satu angkatan tentera di Macedonia berhampiran. Angkatan tentera ini pula diserang oleh ketenteraan Yunani, Serbia dan Bulgaria yang telah berpakat untuk memasuki peperangan ini pada sebelumnya. Hasilnya suatu kekalahan teruk kepada Utmaniyyah, yang terpaksa berundur sehingga ke Istanbul.

Montenegro kemudian mendapat hadiahnya - sebahagian besar kawasan yang telah diperintah oleh Utmaniyyah dikenali sebagai Sanjak, tetapi tidak mendapat Skutari, iaitu habuan paling besarnya dalam peperangan itu. Persidangan London memberikan Skutari kepada negara bebas Albania.

Sebagai pihak yang menyokong kuasa perikatan dalam Perang Dunia I, Montenegro diceroboh tentera Austro-Hungary. Pada tahun 1918, satu legislatif yang dikawal Serbia menyetujui kemasukannya kedalam kawasan jajahan Serbia. Kendatipun begitu, golongan pro-merdeka menentang mereka pada Hari Krismas tahun 1919 dengan melancaran bantahan. Bantahan ini ditumpas pada tahun 1924.

Dari tahun 1919 ke 1941, Montenegro merupakan sebahagian daripada Kerajaan Yugoslavia. Semasa Perang Dunia II, Montenegro diceroboh tetera fasis Itali dan kemudiannya Nazi (1941-1944). Dari tahun 1945 ke 1992, Montenegro adalah satu republik dalam Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia. Pada masa itu ibu negaranya yang bernama Podgorica dikenali sebagai Titograd.

Kesatuan dengan Serbia

Dalam referendum kemerdekaan Montenegro 1992, 95.96% undian menyokong untuk terus berada dalam kesatuan dengan Serbia, meskipun kehadiran pengundi hanya di tahap 66% kerana tindakan boikot oleh penduduk Islam dan Katolik serta golongan pro-merdeka. Mereka yang menyokong kemerdekaan mendakwa bahawa referendum ini diadakan dalam situasi yang tidak demokratik, dengan propaganda berterusan daripada media milik kerajaan untuk undian pro-kesatuan.

Pada tahun 1996, kerajaan Milo Đukanović memutuskan perhubungan de facto antara Montenegro dan Serbia (pada masa itu masih dibawah Milošević. Montenegro kemudiannya mengenakan dasar ekonominya sendiri dan bertukar menggunakan Deutsche Mark sebagai mata wangnya yang utama berdasarkan nasihat pakar ekonomi pada masa itu. Ia kini menggunakan euro meskipun bukan secara rasminya sebahagian daripada Zon Euro. Dinar Serbia tidak diiktiraf di Montenegro dan hanya diterima di sesetengah resort perlancongan sahaja.

Kerajaan Montenegro yang lepas dan kini sedang menjalankan dasar pro-merdeka. Ketengangan dengan Serbia tetap berlaku dengan tidak mengira pertukaran politik di Belgrade.

Pada tahun 2002 Serbia dan Montenegro bersetuju untuk menggantikan persekutuan Yugoslav dengan kesatuan lebih renggang yang bernama Serbia dan Montenegro dan referendum kemerdekaan Montenegro ditangguh selama tiga tahun minima.

Kesatuan dengan Serbia akhirnya musnah pada 21hb Mei 2006 apabila referendum kemerdekaan Montenegro 2006-nya menunjukkan bahawa 55% daripada pengundi mengundi untuk merdeka. Parlimennya pula telah mengistiharkan kemerdekaan secara formal pada 3 Jun 2006.

Kemerdekaan

Selepas kemansuhan Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia pada tahun 1992 Montenegro menganggotai sebuah persekutuan dengan Serbia pada mulanya sebagai Republik Persekutuan Yugoslavia dan kemudiannya sebagai Serbia dan Montenegro. Pada 21 Mei 2006 pula, Montenegro mencapai kemerdekaannya melalui satu refurandum dimana 55.3% memilih untuk memansuhkan Serbia dan Montenegro dan berdikari sebagai Montenegro. Parlimen negara ini telah mengistiharkan kemerdekaannya pada 3 Jun 2006.

Status kesatuan antara Serbia dan Montenegro telah ditentukan oleh satu referendum pada 21 Mei 2006. 55.54% daripada pengundi memilih untuk merdeka daripada Montenegro mengatasi keperluan mendapat 55% daripada jumlah pengundian yang ditetapkan untuk mengesahkan referendum dibawah peraturan yang ditetapkan Kesatuan Eropah, sebagai dilaporkan oleh 99.80% daripada 1,100 tempat pengundian. Serbia, ahli-ahli Kesatuan Eropah dan anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah berkata akan mengiktiraf kemerdekaan Montenegro, dan ini telah memungkinkan jalan tampa halangan kepada Montenegro menjadi negara berdaulat terbaru dunia. Predrag Popović, suatu pemimpin parti penyokong kesatuan dengan Serbia menuntut pengiraan semula undi, dan berkata sehari selepas pilihanraya bahawa bloknya akan membuat bantahan kepada pengurusi suruhanjaya pilihanraya, diplomat Slovakia Frantisek Lipka. Mengikut suruhanjaya, tahap 55% diatasi hanya dengan 2,300 undian (55.5% menyokong).

Dengan pengundian disahkan, kerajaan di Podgorica dianggap akan memanggil suatu mesyuarat Parlimen Montenegro untuk menulis semula Perlembagaan. Ini memerlukan majoriti dua per tiga, yang mungkin menjadi masalah jika parti-parti pro-kesatuan terus mengenakan bantahan. Akan tetapi jika ia berhasil, Montenegro kemudiannya boleh mencari pengiktirafan antarabangsa dan satu kerusi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada tarikh 3 Jun 2006, Parlimen Montenegro mengistiharkan kemerdekaan Montenegro dan mengesahkan secara rasmi pilihan rakyat Montenegro untuk berdikari sebagai suatu negara bebas dan berdaulat.

Dengan penggunaan semula bendera yang serupa dengan bendara diraja sebelum tahun 1918, terdapat spekulasi bahawa raja terbuang negara Montenegro, Putera Nikola II Petrović-Njegoš, untuk kembali menjadi raja berpelembagaan. Dia kini hidup dalam buangan di Paris. Dimana Nikola II tidak pernah menarik tuntutannya terhadap tahkta dan sememangnya pro-kemerdekaan Montenegro, dia telah baru-baru ini berkata bahawa dia "tidak mahu" ditabalkan sebagai raja.

Kerajaan dan Politik

Geografi

Bandaraya dan bandar-bandar utama bagi Montenegro adalah:

  • Ibu negara Podgorica (136,473 penduduk)
  • Nikšić (58,212)
  • Pljevlja (21,377)
  • Bijelo Polje (15,883)
  • Herceg Novi (16,493 - incl. Igalo)
  • Berane (11,776)
  • Ibukota dan kedudukan takhta adalah Cetinje.

Secara antarabangsanya, ia bersempadankan Croatia, Bosnia dan Herzegovina, Serbia, Albania dan wilayah Serbia selatan iaitu wilayah Kosovo.

Permukaan bumi Montenegro adalah dari kemuncak-kemuncak tinggi di sepanjang sempadannya dengan Kosovo dan satu segmen Karst bahagian barat semenanjung Balkan di Albania, sehingga ke satu tanah rata sempit yang hanya berkeluasan satu sehingga empat batu. Tanah rata berhenti secara tiba-tiba di utara, dimana Gunung Lovcen dan Gunung Orjen mempunyai lembah curam hingga ke Teluk Kotor.

Kawasan luas Karst Montenegro berada pada ketinggian 1,000 meter (3,281 kaki) atas paras laut akan tetapi sesetengah kawasan meninggi ke 2,000 meter (6,560 kaki) sebagai contoh Gunung Orjen (1,894 m / 6,214 kaki), masif tertinggi di kawasan batu kapur persisiran pantai. Lembah sungai Zeta adalah kawasan yang terendah pada ketinggian 500 meter (1,640 kaki).

Pergunungan Montenegro yang kasar merangkumi sesetengah kawasan paling tidak rata di Eropah. Secara puratanya mereka mempunyai ketinggian lebih daripada 2,000 meter (6,560 kaki). Satu kemuncak negara ini yang paling terkenal adalah Bobotov Kuk di gunung Durmitor, yang mencapai ketinggian 2,522 meter 8,274 kaki). Pergunungan Montenegro merupakan yang paling kehilangan ais semasa waktu zaman ais yang lampau.

  • Pantai terpanjang: Velika Plaza, Ulcinj - 13,000 meter (8 batu)
  • Kemuncak tertinggi: Bobotov Kuk (Gunung Durmitor) - 2,522 meter (8,274 kaki)
  • Tasik terbesar: Tasik Skadar - 391 km² (151 mi²) luas permukaan.
  • Lembah tercuram: Sungai Tara - 1,300 meter (4,265 kaki)
  • Teluk terbesar: Teluk Kotor
  • Taman-taman negara: Durmitor - 390 km² (150 mi²), Lovćen - 64 km² (25 mi²), Biogradska Gora - 54 km² (21 mi²), Tasik Skadar - 400 km²(154 mi²)
  • UNESCO World Heritage sites: Durmitor dan lembah Sungai Tara, bandar lama Kotor.
Lihat juga: Senarai bandar-bandar Montenegro

Ekonomi

Demografi

Komposisi etnik mengikut bancian pada tahun 2003:

  • Montenegro: 267,669 (43.16%)
  • Serb: 198,414 (31.99%)
  • Bosniak: 48,184 (7.77%)
  • Albania: 31,163 (5.03%)
  • Penganut Islam: 24,625 (3.97%)
  • Croat: 6,811 (1.1%)
  • Roma dan Orang Mesir: 2,826 (0.46%)

Di luar, lebih 270,000 penduduk Serbia mempunyai kewarganegaraan Montenegro. 69,000 daripada mereka adalah berbangsa Montenegro dengan yang selebihnya berbangsa Serb.

Dalam perlembagaan Montenegro yang dikuatkuasakan pada tahun 1992, bahasa rasmi republik ditukar dari Serbo-Croat ke bahasa Serb standard Ijekavia. Pada tahun 2003, 63.5% daripada penduduk mengistiharkan bahasa Serb sebagai bahasa ibunda mereka, manakala hampir 22% mengistiharkan bahasa Montenegro. Dialek yang digunakan adalah sama, dan hampir serupa kepada yang digunakan oleh Serb, Croat dan Muslim di Bosnia dan Herzegovina serta Croatia dengan sedikit perbezaan.

Lebih 74% daripada bangsa Montenegro adalah penganut Kristian Ortodoks Timur, yang mengikuti ajaran Gereja Ortodoks Serbia, walaupun terdapat juga Gereja Ortodoks Montenegro. 110,000 orang Islam menjadi 17,74% jumlah penduduk Montenegro. Mereka dibahagikan antara tiga kumpulan: etnik Albania dan Penganut Islam Slav yang terbahagi antara Bosniak yang bercakap bahasa Bosnia dan Muslim Montenegro yang lebih menyukai bahasa Serb. Bangsa Albania adalah berasingan dengan menggunakan bahasa Albania dan merupakan 5.26% daripada jumlah penduduk dan tinggal di kawasan tenggara, terutama di Ulcinj, dimana mereka merupakan penduduk majoriti. Bosniaks adalah Penganut Islam Slav yang bertutur bahasa Bosnia yang tinggal kebanyakannya di utara. Terdapat juga sedikit bangsa Croat dan penganut Katolik lain, yang kebanyakannya tinggal di kawasan persisiran pantai, khususnya Boka Kotorska.

Giuseppe Zanotti Luxury Sneakers

Simbol

Satu bendera Montenegro baru didukung pada tarikh 12hb Julai 2004 oleh legislatur Montenegro. Bendera baru ini didasarkan standard peribadi Raja Nikola I Montenegro. Ia berwarna merah secara keseluruhan dengan bersempadankan warna emas serta jata emas Raja Nikola I (huruf НI adalah huruf abjad awal King Nikola I dalam tulisan Cyrillic).

Hari kebangsaan pada 13hb Julai menandakan tarikh pada tahun 1878 dimana Kongres Berlin mengiktiraf Montenegro sebagai negara bebas ke-27 di dunia dan permulaan penentangan terhadap Kuasa Paksi di Eropah pada tarikh sama tahun 1941.

Pada tahun 2004, legislatur Montenegro memilih lagu tempatan Montenegro, "Oj, svijetla majska zoro (Oh, Pagi yang Cerah pada Bulan Mei) sebagai lagu kebangsaan. Lagu kebangsaan Montenegro semasa pemerintahan Raja Nicholas lepas adalah Ubavoj nam Crnoj Gori (Kepada Montenegro kita yang cantik). Musik lagu itu digubah oleh puteranya Knjaz Mirko.

Lihat juga

  • Pemerintah Montenegro - senarai
  • Makanan Montenegro
  • Pengangkutan di Montenegro
  • Ekonomi Montenegro
  • Sejarah Yugoslavia
  • Sejarah Wilayah Balkans
  • Perper Montenegro
  • Gereja Ortodoks Timur Montenegro
  • Portal:Montenegro
  • WikiProject Montenegro

Pautan luar

Kerajaan dan politik

  • Laman web rasmi Republik Montenegro Diarkibkan 2004-10-01 di Wayback Machine
  • Laman web rasmi Kerajaan Republik Montenegro Diarkibkan 2008-06-29 di Wayback Machine
  • Laman web rasmi Parliamen Republik Montenegro Diarkibkan 2008-07-02 di Wayback Machine
  • Laman web rasmi Presiden Republik Montenegro Diarkibkan 2006-07-04 di Wayback Machine
  • Perlembagaan Montenegro (dalam Bahasa Serbia) Diarkibkan 2006-06-13 di Wayback Machine
  • Montenegro

Budaya dan sejarah

  • Rumah DiRaja Montenegro
  • Tetang Montenegro dalam Bahasa Inggeris
  • Sejarah Montenegro
  • Warganegara Montenegro di Argentina

Perlancongan

  • Laman web Perlancongan Rasmi
  • Laman web Informasi Perlancongan
  • Direktori Pelancong
  • Montenegro Baru

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Montenegro by Wikipedia (Historical)