Aller au contenu principal

Stesen MRT Kentonmen


Stesen MRT Kentonmen


Stesen MRT Kentonmen ialah stesen transit aliran deras (MRT) di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Putrajaya, yang sebelum ini dikenali sebagai Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya. Ia terletak di antara Stesen MRT Kampung Batu dan Stesen MRT Jalan Ipoh serta mempunyai kod stesen iaitu PY14.

Sejarah

Projek Laluan MRT Putrajaya telah mula dibina secara rasmi pada 15 September 2016. Majlis pecah tanah dan pelancaran pembinaan Laluan Putrajaya telah dilakukuan di tapak pembinaan Stesen MRT Putrajaya Sentral. Pada hari yang sama, nama stesen "Kentonmen" disebut dalam video "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" di saluran rasmi MRT Corp di Youtube dengan kod S14.

Pembinaan MRT Laluan Putrajaya terbahagi kepada sebelas pakej iaitu, V201, V202, V203, V204, V205, V206, V207, V208, V209, V210, dan bawah tanah. Stesen MRT Kentonmen telah terpilih dan akan dibina di bawah Pakej V203, bersama-sama dengan tiga stesen lainnya iaitu, Stesen MRT Sri Delima, Stesen MRT Kampung Batu dan Stesen MRT Jalan Ipoh. Kontak pembinaan stesen-stesen dan kerja-kerja berkaitan di bawah Pakej V203 telah diberikan kepada IJM Construction Sdn. Bhd dengan jumlah sebanyak RM 342.18 juta. Pembukaan stesen-stesen Laluan Putrajaya terbahagi kepada dua fasa; Fasa 1 dan Fasa 2. Stesen MRT Kentonmen akan dibuka di bawah Fasa 2 pada Julai 2022 bersama-sama dengan stesen lain iaitu dari stesen ini hingga ke Stesen MRT Putrajaya Sentral tetapi ia telah ditangguhkan ke Januari 2023 akibat pandemik COVID-19 di Malaysia. Stesen ini juga merupakan salah satu stesen yang termasuk dalam projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT) dan dikendalikan oleh Rapid Rail yang juga merupakan anak syarikat kepada Prasarana Malaysia.

Lihat juga

  • Laluan Putrajaya
  • Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang

Rujukan

Pautan luar

  • Kemajuan Projek Laluan Putrajaya


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Stesen MRT Kentonmen by Wikipedia (Historical)